Thursday, 5 January 2012

Dimarah pengundi, gaji para menteri Singapork dipotong

MASIN MULUT - BOS SMRT RESIGN!!!!

Ah kan! Ah kan! 
Baru pork chic kata. You pay market rates, you submit to market practices.
Boss-maam ini anak kelahiran Malaysia, dan bersekolah di sekolah catholic yang baru ni kecoh kerana ada guru besar Melayu.
I salute her, for showing the politicians the honorable way to go.


------------------------------------------------- 


SETEM NAGA yang nampak garang dan berang, rakyat China mulut berapi.



-------------------------------------------------  
BESAONYA GAJI MENTERI, ARGUMENTS:

Di sini dan di sini.
Singapore menunjukkan bahawa kamu tak payah pekik-mekik demo, tapi jika guna argument dan peti undi, garmen dengar juga.
Mana lebih 'islamik'? Pekik-mekik takutkan orang ramai dan kasi jam satu bandar, atau discuss cara intelektual dan undi dengan bijak cara gentlemen?

-------------------------------------------------
Alright baby, a reponsive government at last!
Baca sini, sini, dengan grafik di sini.

Gaji semua menteri Singapore akan kena potong.
Gaji presiden pun kena potong.
Gaji Speaker Parlimen dan Timbalan pun kena sunat.
Purata 30 peratus.

Gaji PM Lee Hsien Loong "tinggal hanya" S$2.2 juta setahun (RM5.28juta). Dulu setahun S$3juta.
Presiden kena potong 50 peratus, kesian gaji "tinggal" S$1.5juta (RM3.6juta) saja. Dulu S$3.2juta.

Gaji menteri kini akan "hanya" S$935,000 setahun (RM2.24juta) = atau RM172,000 sebulan (termasuk 1bulan bonus).
Makan tak habis oi, gaji RM172,000 sebulan!!!
(Dulu purata gaji mereka S$1.5juta!)

GAJI OBAMA sebagai biggest economy in the world? Yang kawal tentera paling gah?
Ish, US$400,000 setahun = S$520,000 = RM1.25juta.
Maknanya masih terror lagi gaji menteri Singapork walau dah kena potong steam.


YANG paling menarik untuk saya ialah elauns Ahli Parlimen.
Kena potong hanya 3 peratus kepada S$192,500 setahun = S$16,041 sebulan! = RM38,500 sebulan!!!
The highest paid Parliamentarians in the world, nak jaga pulau sekangkang kera.

Cerita tentang PAP dapat undi paling rendah sejak Merdeka di sini.
(Juga sila Goog dalam blog saya: Singapore, elections, PAP = banyak cerita lagi).

Kita tentunya masih boleh dan akan argue sama ada potongan itu kecik, patut kena sunat semua etc. Tapi OKlah tu, depa nak juga respond cepat.
Bagus juga kalau undi pembangkang ni kadang2, ya? Biar depa takut sikit dan sedar kuasa ditanga pengundi.

Tapi 'Bang Loong, itu Orchard Road masih "ponding" ke? Dan MRT harap terus pulih ya?
Terima kasih.

15 comments:

Anonymous said...

Pokcik,

Walaupun gaji Obama is less than abang Loong, atok Pres BUT Obama has fringe benefits thats to be envied of. Obama ada White House, private jet, Camp David (family holiday house) dan mungkin banyak lagi yang kita tak tahu.

Tidak seperti negeri ASEAN yang lain,
Singapore office holders (PM/PRES/MPs etc) tak ada 'HIDDEN' fringe benefits. Mereka dapat gaji sebesar itu dan pandai pandai lah mereka hidup.

Saya tak marah jika abang Loong has that much salary as his responsibility is huge. Saya juga tak marah if the MPs has that much salary because they are on-call for duty 24hrs/7dys. They belong to their constituents ... hahhaha.

Tapi saya hairan sungguh (dan sikit marah) kenapa atok Pres dan Speaker Parlimen dapat gaji yang begitu lumayan, saya rasa mereka dapat gaji terlebihhhhhhh sangat.

Limau Manis

puppy said...

It mean a lot to us but nothing to them.....

slashing their salary wont guarantee our life will get better tomorrow. There's no direct solutions at all on our daily headache.

I dont see it will solve our HDB, MRT, Water and social problems.

us as the voters, only the toughest will survive.

Anonymous said...

kalau kat malaysia..menteri gaji kecil jer.. tapi jumpa..kena bayar tol pd S/U..Dapat project kena ufti pengarah yg luluskan..pilihanraya tolong sponser.. xmau, lain kali nama potong..tau2 harga dah jadi berganda2..ramai sangat yg kelaparan..silap2 kontraktor yg terpaksa pencen..

kontraktor pencen..

Anonymous said...

kalau di temasek sna, brapa rate gaji ya pak reme? brpa gaji cikgu, brp gaji arkiter, gaji pegawai, gaji buruh.

boleh compaare rate gaji sini

remgold said...

Saya sebenarnya tak marah kamu nak kasi gaji besar2 nih.
u have to pay market rates to get the best people - walau ada yg kata 'kan mereka ni buat public service?'

tapi awas. jika orang market - top bankers, ceo, accountants, lawyers - bila mereka buat salah, kepala mereka kena potong. kena sack, removed, ousted.
yg saya marah ialah bila terjadi big fumble kat spore, kenapa menteri tak kena chop cepat?
ada isu yg memalukan spore as a country -isu besar sungguh! - kenapa menteri terus syiok duduk kat situ?
examples saya:
1) mas selamat terlepas dari high-tech, top security prison.
kemaluan spore terbuka! satu dunia tertawakan.
menteri tak kena sack! yg kena ialah gurkha dan security personnel jaga prison tu saja.

this is not a criminal escaped from small police station kat perlis atau batam. tingkap mungkin terlupa nak tutup.
ini top terrorist escaped from top security prison in high security spore, beb.

kamu bezakan UBS bank swiss. seorang tradernya di london lenyapkan us2bil.
ceo ubs di switzerland kata - saya tak kenal pun mamat itu, tak tahu pun apa yg dilakukannya.
tapi kena resign juga under pressure sebab memalukan syarikat terkemuka itu (temasek ada share dlm ubs).
http://www.globalpost.com/dispatch/news/business-tech/110924/ubs-ag-ceo-oswald-gruebel-resigns-rogue-trader-kweku-adoboli

2) dulu bila Port of Tanjung Pelepas di johor sedang naik, dia offer much lower costs jika syarikat perkapalan masuk johor bukan port spore.
PSA (dulu port of spore authority, kini dah diprivatise), sombong kata - ye eleh, siapa pun boleh offer lower costs, tapi kami beri quality services.
hah kau, malu besar psa bila Maersk (biggest kapal xport company then) dan Evergreen (among the biggest in asia then) kata kami keluar dari port spore, gunakan PTP sebagai main port.
menteri xport spore tak kena xfer pun, walhal isu tu jadi scandal besar satu dunia perkapalan dan spore ditertawakan orang.
yg kena transfer, tapi much later, ialah boss psa (bekas menteri).
oklah juga tu.
tapi jika ikut strict market practice, kena sack orang yg begini.

3) orchard banjir dua kali, bukit timah (kawasan orang kaya. jika kamu kata Bukit Timah = ia macam damansara height - landed dan kondo kaya) tenggelam.
nasib baik PM Lee xfer keluar cepat Environment Minister yg lama sangat duduk situ.
environment jaga sampah dan longkang, dan menteri tu kata - eleh, banjir tu ok lah sebab hujan terlalu lebat.
tapi jika ikut market ptractice, kena sack itu menteri!

these are poor examples. dan mungkin apa yg saya tulis tak tepat tentang apa yg berlaku (urut jalan cerita mungkin tersasar).
but u get the idea - if u want to pay people market rates, konon to attract best talent, then u must follow the market practice of removing them if they make Big Mistakes (only Big Mistakes pls).
walaupun mereka mungkin kata, 'i didn't know about that'.
that's not an excuse, pada saya, sebab jika company dapat untung, walau bukan sebab kamu yg buat, kamu akan cepat take credit.

saya lihat belum ada culture take responsibility macam itu di spore. tidak seperti di jepun. atau di open market.

NOTA: gaji menteri spore di ambil dari 48 top salaries of people in business, law, accounting, MNCs, with a 40pct discount.
sebab tu gaji banyak tinggi.
kini akan diubah kepada top 1,000 people with highest salaries in spore, and must be sporeans, with a 40 pct discount.

yg bagusnya, pabila PM Lee rombak cabinet selepas May elections, - menteri environment kena xfer.
- menteri perumahan pun kena bilis,
- menteri transport juga orang baru.

jika MRT problem lagi macam dulu di masa depan = 3breakdowns in a week (satu dunia tertawakan), kalau aku, aku sack itu mrt chief, with a warning to the xport minister.
baru orang segan sikit dan tak marah kamu nak beri gaji tinggi2.

remgold said...

Anon 04:40,
jika ikut gaji saja tentu semuanya bergaji tinggi di spore.
receptionist kat msia jika dapat rm1,000, di spore dapat dua kali ganda dengan mudah.
sama juga tukang sapu sampah, wartawan, arkitek etc.
security guard di spore (5-8yrs experience, dapat gaji sgd2,000 easily = rm4,400!)

tapi ia tidak bermakna msia lebih miskin.
sebab harga rumah dan makanan di spore dua kali ganda juga!
teh tarik kat msia rm1-1.50? di sini sgd0.80 (rm1.90). nasi lemak, prata etc semua double dengan mudah.

para ekonomist kerap gunakan PPP = purchasing power parity, nak tahu negara kamu ni teruk serba serbi atau tidak, walau matawang rendah.
orang kat majalah The Economist dulu lagi pandai - mereka gunakan Big Mac Index.

http://www.economist.com/blogs/dailychart/2011/07/big-mac-index

sebab Big Mac serupa saiz dan rasa, serta penjualnya pun kedai yg sama, maka mudah nak compare.

ikut us dollar, harga Big Mac di msia hanya us$2.42. di spore ia us$3.65 = jauh lebih tinggi. maknanya harga makanan di spore lebih tinggi.
you can buy MORE of the same items in msia than in spore = purchasing power in msia is higher.
walau gaji rendah, tapi kerana di msia harga makanan lebih rendah, jadi hampir come back to square one.

ada rakan saya yg suka merayap dgn bininya satu dunia (belum ada anak). negara eropah kaya, mahupun cerok india, pakistan, nagorno-karabakh dan uzbekistan beliau dah sampai.
katanya di norway, sweden kehidupan mewah sungguh utk orang tempatan sebab gaji tinggi.
tapi kopi secawan mak oi, sgd15 (rm36), kalau tak salah.
di tokyo secawan sgd8/rm19. sama juga di london (jika tak salah).

nak sewa rumah teres di wangsa maju (2tingkat, 4bilik, 3toilets) saya rasa rm2,500 (6lrt stations from klcc) boleh dapat.
nak sewa flat di kawasan saya di spore (5-7stations from orchard) - 3bilik, 1,300sq ft, 2toilets ialah sgd2,500 (rm6,000)!!! ini bukan kondo, hanya hdb flat.

jadi apa pun, saya bersyukurlah kopi susu di kedai cheena spore tu masih sgd0.80 (rm1.90).
dan di msia teh tarik rm1.00-rm1.50.
kamu nak gi demo, silakanlah.

laporpo said...

senang cerita kita jadi rakyat negara mana pon di dunia kena tahu bersyukur

takdak satu negara pon di dunia ni yang betul2 sempurna.pasti ada kekurangan sana sini berbanding negara orang lain

Allah tu maha adil.dia tak bagi semua yang baik2 pada sebuah negara saja..dan Dia tak bagi semua yang buruk pada sebuah negara

tak salah protes tapi jangan sampai menjahanamkan negara kita sendiri

adakah keadaan indonesia sekarang lebih baik berbanding orde baru suharto?

adakah kualiti hidup rakyat filipina makin baik berbanding zaman marcos?

adakah orang iraq lebih mewah hidupnya berbanding pemerintahan saddam hussein dulu?

borhan said...

Baguslah kalu depa dengar dan buat perubahan. Masalahnya dah hilang majoriti 2/3 di parlimen pun masih keras kepala. Tak mahu buat perubahan. Pembesar yang parti sendiri dapati telah melakukan rasuah dan dihukum masih dilantik memegang jawatan menjadi bos besar super estate kerajaan..

puppy said...

so not all the foreign talent especially Malaysian Chinese is the best, no matter how high the salary you pay.

Its time to employ back the local talent, from CEO down to the food court cleaner.

mr labu said...

tapikan pok cik rem, kalau ikut logic kes UBS, maksudnya PM Spore pon kene step down lah, dia yang lantik menteri2 tu, yang tak kenal pon kene resign apantah lagi yang di lantik sendiri oleh CEO negara.

hehehehehe blunder after blunder, do thr honorable action tuan ketua heheheheehe saje cucuk pok rem

lama tak komen

remgold said...

Mr labu,
Ko jangan cari pssal. Nak suruh menteri harakiri dah payah, kamu nak suruh pm pulak terjun dari blok.
Lagipun tak logik lah. Sebab kalau mu kata gitu, semua board of directors UBS kena resign nak take responsibility.
Maka banyak nanti pulak board syarikat naik turun dlm setahun jika ada produk gagal macam HP dan tabletnya, atau ceo tak perform macam yahoo, atau iskandar investment rasuah, china sky chemical di spore lawan stock exchange etc.
Dan jika bukan tukar menteri saja patut resign, maka bukan saja finance minister greece, portugal, ireland, italy, france kena potong kepala, tapi semua presiden dan pm mereka. Malah, kenapa tak semua cabinet resign every time.
Dan rakyat semua kena punish sebab dulu undi parti itu masuk parlimen. Hahaha.
Kecoh mecoh dunia.

Anonymous said...

Ada kenyataan yang sangat menarik berkenaan gaji menteri dan dan pejawat awam yang datang dari bekas Ketua Menteri Singapura David Marshall,beliau berkata bahwa apa yang mereka terima itu bukanlah gaji tetapi "permanent bribery".

Dan beliau pernah berkata bahwa reporter yang datang dari "stable SPH" semua nya adalah "political prostitutes reporter".

remgold said...

Tuan,
saya rasa tak adil nak tuduh gaji mereka sebagai 'permanent bribery'.
esok kalau tuan jadi politikus, takkan nak gaji sgd3,000 sebulan saja? tentunya tak cukup! lebih lagi kerana politikus berada dalam public eye 24jam sehari. cannot rest. nak gi shopping tak boleh pakai sleuar pendek. nak jumpa gfren kena sembunyi2 etc.
tentunya anda nak gaji setinggi mungkin to make the job worth it.

jadi tak adillah jika kita tak dapat memerintah maka kita tuduh orang lain diberi rasuah. nanti bila kita naik nanti, susahkan diri sendiri.
david marshall tu lawyer besar (dah meninggal). jika beliau menang dulu dan jadi PM Spore, akan potong gaji hingga sgd3,000 (ikut gaji hari ini) ke?
tentunya beliau ada nafsu nak naikkan gaji, sebab hilang income jadi lawyer kerana jadi pm.

soalan yg patut didebat ialah How Much Is Enough? What benchmark shall we use?
Only the Top 1,000 highest paid sporeans? atau the top 1,000 and also the bottom 10,000?
jika orang atas gaji naik, tapi 10,000 gaji paling rendah tak naik, patut ke menteri terus naik gaji?
itulah yg disarankan oleh setengah orang - ministerial pay should not only be pegged to the top moneymakers, but also to the poorest sporeans.

saya rasa sgd100,000 a month utk menteri (atau sgd1.2mil a year) agak tinggi.
tapi kena tengok juga - sebab ada antara mereka top surgeons, top lawyer dan top banker, yg kena potong gaji nak jadi menteri.
walau ada pula yg hanya dulu hanya uni lecturer saja (gaji lecturer berapa? sgd10,000-15,000 a month?).


tentang tuduh ST (The Straits Times) reporter tu sebagai pelacur, biasalah tu.
bila press sokong mereka, mereka puji setinggi langit - itulah kebenaran.
bila kena bantai - itulah pelacur.

kita lihat benda sama di malaysia - dulu abang anwar, ku li dalam garmen, mereka tau press akan puji mereka. kalau tidak, mereka akan herdik atau telefon chief editor suruh kita kena transfer jangan cover mereka lagi.

bila dah keluar garmen, kena bantai macam2 pula dituduhnya.
yg sokong pembangkang dan kerap menipu - seperti malaysiakini dan malaysian insider - tak pula kita kata pelacur. mereka hero jagoan.
walhal penipuan dan exaggeration tulisan mereka kadang membahayakan negara dan memalukan negara.

bersambung...

remgold said...

...sambungan....

esok bila tables are turned, mereka akan pusing balik dan kata - itu pelacur.

kamu lihat saja kes Raja Petra - saya dari dulu (10 tahun dah) tahu beliau suka exaggerate dan menambah2 dlm tulisannya.
beliau tulis siri The Khairy Chronicles (agaknya 30parts) ada mention nama saya tiga kali - reme ahmad, bureau chief of spore paper - lepas tu tulis benda yg saya pun tak tahu saya buat: konon saya rapat dgn KJ (walhal mamat ni tak suka saya).
tapi penyokong pembangkang semua agong2kan RPK sebab beri mereka dengar apa yg mereka mahu - garmen jahat dan corrupt. RPK jadi hero.

the moment he exposes another side of the opposition, beliau dah jadi pelacur pula!
u cannot have it both ways.
either kamu percaya semua yg dia kata, atau kamu panggil dia Mr Exaggerator.

sama juga lim guan eng di penang. dulu masa pembangkang dia kata nak beri press freedom.
bila dah jadi ketua menteri, hingga hari ini Utusan dan NST dilarang masuk pejabatnya dan cover press conference beliau.
katanya utusan dan nst menipu. lor!

bila umno ban malaysiakini dari umno assembly di pwtc atas sebab yg sama (tulisan menipu dan memburukan umno dan melayu), bising pula pembangkang bahawa garmen tak ada press freedom?!?!?

bila terlepas, 'justice has been served'. bila tercekup, the court's decision 'stinks to high heavens' dan mahkamah pelacur.

jadi itulah tuan. bila lagu dondang sayang kita suka, maka kita kata itulah kebenaran.
bila lagu bahasa mongolia yg kita tak suka, maka kita tuduh orang lain pelacur.

di china, vietnam, cambodia, media tersekat. negara maju juga. di indonesia, filipina, amerika, eropah media bebas habis. hancus juga ekonomi mereka. di india, media bebas dan ekonomi kencang. tapi corruption tetap berleluasa.
jadi utk orang seperti saya yg dah 24thn dalam media, media freedom ni hanya sebahagian drpd kepuasan hidup. kita selalu sengat dengar slogan barat, kita pun terikut2.
kat egypt, tunisia, libya tu, malah iraq dan afghanistan saya gerun apa akan terjadi. media dah bebas ni beb, tapi kamu selesa atau makin takut nak keluar rumah dan tak ada pekerjaan?

pada saya dan wartawan lain mudah saja: jika kamu kata kami pelacur (iaitu tak tulis yg benar, tulis hanya yg garmen mahu), maka kamu bawa ramai2 pengundi UNDI KELUAR pap atau bn atau congress atau republican. iaitu pemerintah yg kamu kata penipu.
jika kamu gagal - iaitu seperti di spore, orang tetap sayang PAP - maka kamu kena senyap. u have lost.
maknanya u are in the minority who does not like what is contained in the media and how the govt is running the country and the media.
pada ramai wartawan: The voters get the type of media that they deserve, by voting in the govt that they want.
Pengundi dapat media yg mereka mahukan. jika mereka benci sangat media pelacur ni, maka mereka 5thn sekali boleh halau PAP. jika ini tidak berlaku, maka kamu ni macam sour grapes.

SAYA REPEAT: Voters get the type of media that they deserve, by voting in the govt that they want.

kenapa saya kata gitu?
kamu lihat nanti jika anwar dan pakatan jadi kerajaan.
mereka karang akan ganti kami semua ni, diganti dgn 'pelacur' lain. itulah permainan politik.

no govt wants a critical press. bukan salah anwar atau pakatan, semua orang di mana saja pun sama - suka dipuji, dan benci dikeji.

semua pembangkang yg dulu kata RPK hero kini kata beliau pelacur. sebab berita yg dibawa beliau dah janggal. tak sedap didengar.

bottomline: jangan salahkan media. the media is as free as voters want them.
if u can't win enough votes to topple the govt, then it means MANY MORE voters want the media as it is.

koloGnyer said...

salam pok chik oPEd
....kelasssssss....tabek2..... truth and proof... you like or you dislike...