Monday, 16 January 2012

Haji

OLEH Timur Tengah
*Penulis Super-KHAS
Engineer Malaysia di Qatar

---------------------
*Saya 25tahun dahulu di Berita Harian Singapore masih ingat lagi label yang diberi kepada contributors kepada akhbar. Jika 'orang biasa' yang hantar cerita yang dipakai, akan diberi label 'Penulis Sambilan'.
Jika mamat besar seperti MP atau orang yang dikenali ramai, 'Penulis Khas'.
Timur Tengah ni kita tambah 'Super' dan capitalise 'KHAS', sebab depa ni macam Super PAC Amriki kerana boleh menggoncang dunia.

JIKA anda nak tahu, saya tahu nama sebenar TT ni, sebab pernah bertukar email, tapi tak kenal rupa dan apa kerja sebenarnya. Cuma tahu depa ni ada kena mengena dengan minyak-gas, jadi saya 'engineer'kan nya. Mungkin anak sultan Qatar yang pandai berbahasa Melayu dan muka iras Keanu Reeves, wallahu'alam.

Terima kasih bro - saya ambil tulisan beliau ini daripada Comments di bawah posting sebelum ini.
Dan saya delete dari situ - kita naik-hajikan tulisan TT.
Beliau tulis panjang lebar sebab saya bertanya - kata nak cerita hang gi haji tu. Beliau juga hantar gambar-gambar berikut - tak tahu mana satu Keanu Malaysia sebab semua pakai songkok haji....


---------------------
AL-KISAH....

Bro ingat lagi kau ye, hang betul lah wartawan financial. Bukan apa Bro, wa minta maaf hujung rambut hujung kaki sabit tangguh2.

Bukan apa.. hang punya Q buat aku teringat pengalaman aku tanya benda yang sama to one of my relative yang baru balik dari kerja haji years ago. Jawapan yang aku terima “sesak ramai orang, berebut, etc” which same tone I heard from many. Bro apa yang aku tulis kalau baiknya / hidayahnya, ianya datang dari ALLAH S.W.T kalau ada buruknya datang dari kelemahan aku sendiri / bisikan syaitan (yang direjam).

Adventure group ni, pergi secara rombongan, di atur sama sendiri by committee yang dilantik. Urusan di Saudi diuruskan oleh pihak Hamlah (hajj & umrah agency). Committee uruskan kerja2 di Doha, macam permohonan quota haji, latihan yang berterusan bermula seawal May sehingga lah berlepas menaiki bas sekitar penghujung bulan Nov. So setiap 2-3 minggu akan diadakan ceramah, sessi motivasi, latihan, etc. to those who are interested / registered.

Selepas habis kerja haji, pun di adakan ceramah pengisian selepas haji.

Kat sini, kerajaan Qatar bagi peluang kpd setiap expatriate Islam mengerjakan haji menggunakan kuota dari Qatar sekali dalam setiap 3 tahun. Tapi biasanya kalau minta , insyALLAH dapat. Jarang (satu kes je aku ada dengar) permohonan akan ditolak sabit kes pernah memohon setahun sebelum itu tetapi sahabat tersebut membatalkan disaat akhir kerana kecemasan, mungkin rekod kerajaan tak dikemaskini yang sahabat ni cancel saat akhir tahun sebelumnya.


Naik bas 32 jam, 3 biji bas dalam 105 orang. 2 biji bas penuh dgn orang Msia/Indonesia/Spore (Nusantara – majoriti 80% Msian) sementara 1 bas lagi, 50% Nusantara, the rest Pakistani.

Trust me - setiap orang akan berhadapan dgn cabaran yang hikmahnya orang tu akan tahu sekemudiannya. Macam kes aku, hantar permohonan, nama tak ada dalam panggilan pertama, (dah tahu dah, akan ada 2nd call), bila 2nd call keluar, nama aku yang pertama. Nampak macam mudah, tapi disebalik itu ada cabaran. Cabaran kerja dan cabaran untuk secure cuti.

The good reading material untuk those yang nak pergi haji ni aku recommend – baca buku “Travelog Haji – Mengubah Sempadan Iman” karya Prof. Madya Dr. Muhd. Kamil Ibrahim. Ramai yang setuju – the book (dgn izin ALLAH S.W.T) will give you persediaan mental dan membuat kita memuhasabah kan diri. Tapi kena baca dgn mata hati bukan dengan just readings for fun.

Nak dapat kuota haji senang, perbelanjaan pergi haji naik bas (QR12,000 dalam RM10 ribu x 2, dgn isteri) pun AlhamDULLILAH izin ALLAH dimurahkan rezeki, disenangkan – tapi itu dari kacamata luaran. 1st challenge yang aku hadapi – kerja aku dgn nak secure cuti. Semuanya ALLAH S.W.T atur dah.

Cuma kita peringkat pra (sebelum kita tahu hikmah satu2 kejadian) kita jadi gundah gulana i.e. aku nak pergi haji, cuti tak approve lagi, boss (mat salleh) asyik tunda2kan, dah 3 kali review, aku dah buat detail sedetail detail nya hand over plan, masih boss tangguhkan. Persiapan semua dah line-up, cuti tak tahu juga status.

Sini GLC company granted kau 28 hari cuti haji sekali dalam seumur perkhidmatan, tapi is up to the boss to approve how many days, but if boss not approved you can bring up to the HR, but again it is up to the boss to decide to cut down those 28 days.
In some/ many cases the boss cut it down to 14 days - just enough to perform the hajj. Balik hari ni, esok dah start kerja. You imagine – my wife up to the extent – cakap kat aku – that dia redha kalau tak jadi pergi. Boss aku Mat Salleh tu tangguh sign form cuti aku sampai 2 minggu terakhir sebelum aku dijadualkan bertolak.

Minggu yang ke-2 akhir (sebelum aku bertolak), aku sounds we have to make the decision coz HR need to process – which is sebelum tu macam2 dia cakap include suruh aku cancel kan rancangan aku nak pergi.



2/5
Tapi ALLAH tu dah buat perancangan untuk aku. Minggu dia sign form tu, big boss Qatari aku kena kerja out station, so Qatari lain pangku jawatan Manager. Kebetulan big boss Qatari aku tu ada sikit ‘berbulu’ dgn aku. Since dia tak ada, mamat Qatari yang muda tu acting – dia yang signed final approval, halas – semua berjalan lancar. Secured 28 days. Bila big boss Qatari tu balik, aku beritahu dalam optns meeting yang aku will be away for 28 days, bising dia kata kerja aku sapa nak buat, bla, bla, bla..... aku cakap aku dah bagi detail hand over kat immediate surpv. Baru lah dia diam.

Disamping tu terdapat ujian2 kerja yang buat aku betul menghargai peluang / kesempatan jadi tetamu ALLAH S.W.T. Bila kita kerja dangan GLC yang banyak expatriate dari pelbagai negara ni, macam2 karenah perangai budaya kerja orang – masa aku nak gi – aku kena facilitate proses inspection 17 biji chemical tanks.

Kebetulan ada satu mangkuk ayun Phinoy Kabayan jadi area operator / safety officer, macam2 masaalah dia create kan untuk susah kan aku untuk siapkan project tu on time – seminggu sebelum aku bertolak. Up to the extent aku pergi masjid tengah2 malam buat sembahyang hajat untuk permudahkan kerja aku / settlekan semua kerja aku sebelum aku pergi, sebab kita pergi pun kita pergi dgn aman, nak fokus. Tak nak ada kerja tertinggal separuh jalan.

Bila aku duduk sendiri (sebelum aku bertolak) ohhh... padanlah ALLAH S.W.T. jadikan macam ni, macam ni, hikmah dia macam ni, macam ni.

Itu je yang dugaan / ujian aku nak gi, the rest lepas tu AlhamDULLILAH, kerja haji tu ALLAH S.W.T permudahkan untuk diri aku. 32 jam perjalanan tu memang dah adat ikut jalan darat (standard luar musim haji, dalam 16-17 jam). In fact 8 jam proses imigration nak masuk border Saudi memang dah mentally prepared, better than group yang pergi musim haji sebelumnya (tahun sebelum) – stucked 12 jam kat immigration.

Seronok nya pergi stail rombongan ni, susah sama2 susah, senang sama senang. 8 jam stucked kat immigration point tu, kita orang bentang tikar ramai2, sambil buka juadah hidangan, so sama2 makan masakan yang dibawa.

Bertolak pukul 12.00 thg hari dari Doha, sampai immigration point dalam pukul 1.30 petang, tunggu proses immigration 8 jam, lepas Isyak baru bertolak ke Mekah. Dari Doha, ke sempadan Saudi (Salwa) took about 1 hours plus. Dari Salwa (immigration point / border) bertolak dalam pukul 8.30 malam, sampai Riyadh pagi Subuh dalam pukul 4 pagi (the day after).

Dari Riyadh ke Taif, took about 10-11 hours, sampai Miqat Qarn-al-Manazil half an hour before solat Maghrib. Lepas jamak Maghrib dgn Isyak, baru bertolak ke Mekah dgn pakain ihram untuk kerja umrah.

Mekah as per usual, banyak construction, so tip untuk yang nak buat kerja haji tahun ni, cari lah pintu masuk ke Masjidil Haram dari arah laluan pekerja construction. Pintu2 sekitar Bab Al Fatah berdekatan Marwah. Kenapa? Semua maklum, masa kerja haji memang orang akan ramai, millions, semua pintu masuk yang common i.e. seperti Pintu King Abdul Aziz, King Fahd, dan Pintu As-Salaam akan di penuhi orang, dan tempat duduk dari arah masuk pintu2 ini akan dipenuhi orang, sementara tempat solat/duduk dari arah constrcution site akan kurang orang, kerana ramai tak tahu cara nak approach pintu2 dari arah constrcution side.

Ada 2-3 pintu dari arah constrcution side, pintu utamanya Bab Al-Fatah. InsyALLAH ada banyak ruang untuk solat dan mengaji jika kita masuk dari arah Bab Al-Fatah ini. Tapi pergi lah ke arah laluan masuk ke masjid i.e. belok ke kiri melalui jambatan, jangan pulak belok ke kanan ke arah construction side – ke kiri / kanan dari arah Marwah, atau dari arah deretan kedai bergunting / cukur rambut / tandas / tempat ambil wudu’.


3/5
OK kau pernah tulis kenapa buat jam besar Mekah Tower tu. Benda ni ada pro & kontra. Satu advantage yang aku nampak based on pengalaman aku (not to justify the construction but just to share how this tower put me in relief), biasa banyak jemaah haji akan duduk di lingkungan 7-12 km dari Masjidil Haram, pada musim haji. Jadi terpaksa lah naik teksi / private sapu, of course ditambah cerita pemandu teksi melarikan pasangan suami / isteri / perempuan, kita punya jadi extra cautious, tapi kena juga naik private sapu ni atau pun teksi in order to get to Masjidil Haram.

Bila kita tengok kita semakin approach Mekah Tower ni, kita semakin sedap hati... teksi driver ni / private sapu ni tak berniat nak culik aku, AlhamDULLILAH. Lagi satu masa selepas melontar Jumrah Aqobah, yang mana kita boleh bertahlul awal dgn bercukur rambut menggunakan ramai tukang cukur yang siap menanti di laluan keluar dari Mina, kita senang menetukan arah kiblat (bercukur mengarah kepada kiblat berdasarkan arah Mekah Tower).

Cuma yang tak sedap pasal Mekah Tower ni, setiap kali masuk waktu (Maghrib dan Isyak), ianya bergemerlapan dgn lampu kelap kelip dan celoreng2 lampu. Maka ramai jemaah akan berpaling dari memandang ke Kaabah kepada memandang Tower tersebut dan klip2 ambik gambar. Tetapi aku bersetuju dgn pandangan Kaabah tu hanya sebagai arah kiblat, bukan benda yang disembah, yang disembah hanya ALLAH S.W.T. Kaabah itu satu binaan rumah ALLAH S.W.T yang tertua.

As usual – jangan lepas cakap / kena berjaga. Bukan saja bercakap tapi gerak hati yang berterusan atas satu2 perkara. Kalau ada lintasan tak baik dalam hati, cepat2 beristighfar. Aku pernah sekali kutuk orang dalam hati – cerita nya begini – satu malam tu diedarkan senarai nama untuk sesiapa yang mahu menempah tambahan air zam-zam. Mula2 tu senarai tu berpindah tangan dari satu kerusi ke satu kerusi, molek lah. Aku kebetulan duduk tak hujung sangat dalam dewan makan tu, lebih kurang kat tengah dewan makan. Aku pun (dalam hati) baguslah semua orang beradab menulis nama dalam senarai tu.

Tup2 tetiba ramai baris belakang bangkit berebut-rebut nak menulis nama dalam senarai tu. Aku pun (dalam hati) apa ni berebut-rebut macam budak. So aku angkat kaki blah, dgn niat akan turun semula bila dah reda. So lepas 30 minit aku turun balik dari bilik. Aku minta senarai nama dan thicked nama aku berapa tambahan air zam-zam dan sebagaimana biasa aku thicked sekali nama isteri aku juga. Engkau tahu apa dah jadi, bila air zam-zam tambahan tu dah sampai, rupanya aku thick nama isteri orang lain, membebel isteri aku (mula2 jelah dia membebel). ALLAH S.W.T bayar cash kat aku.

Banyak peristiwa yang buat kita muhasabah diri kita sepanjang kerja haji ni, kalau nak tulis banyak Reme.


4/5
Banyak peristiwa yang buat kita muhasabah diri kita sepanjang kerja haji ni, kalau nak tulis banyak Reme. Tapi in term of pergerakan (AlhamDULLILAH – dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T) bermula;

1. Dari niat haji di penginapan di Mekah @ 8hb Zulhijah, bergerak ke Mina untuk mabit atau pun bermalam,

2. Naik keretapi untuk WUKUF di Arafah @ 9hb Zulhijah, naik keretapi untuk mabit atau bermalam di Muzdalifah (tidur ramai2 bawah lampu jalan),

3. Selepas solat subuh 10hb Zulhijah (Hari Raya Qurban) – bertolak semula ke Mina untuk melontar Jamrah Aqabah. Niat berkorban dan bercukur. Tahalul Awal. Selepas itu ke Mekah semula untuk Tawaf Ifadah dan Saei Haji. Tahalul Thani. Then mabit / bermalam di Mina (di sini ada cabarannya, kalau kita lambat bertolak ke Mina semula dari Masjidil Haram – jalan ke Mina selepas Asar akan mula sesak). Dekat sini sekumpulan dari kami, dalam 10 orang (termasuk aku & isteri sesat lantaran terpisah dari kumpulan utama kerana jalan raya untuk keluar dari Mekah sudah mula banyak ditutup).

Nasib baik sampai juga memasuki terowong Muassem sebelum tengah malam dan berada di kawasan Mina sebelum tengah malam. Tak kena bayar dam (wajib haji). Semasa sesat ini juga aku dapat rasa ukhwah persaudaraan sesama Islam. Selepas 2 jam berjalan kaki, tak tahu arah, dengan perut lapar, ALLAH S.W.T ketemukan dgn mereka2 yang mengedarkan nasi berlauk percuma. Tapi masaalah nya nak duduk makan kat mana, pintu2 khemah (di Mina berdasarkan negara) semuanya sudah di tutup, tepi2 jalan dipenuhi longgokan sampah dan sudut2 jalan yang molek untuk lepak, dipenuhi oleh jemaah haji yang datang secara backpacker (yang datang sendiri2 tanpa ada facilitate dari mana2 agensi haji).

Kami masa tu buntu nak berhenti duduk makan kat mana. Atas ketentuan ALLAH S.W.T juga kami bertemu dgn 2-3 orang Egyptian yang mulanya macam nak gaduh dgn kami (sebab dia ingat... kita orang nak ambil port tempat tidur dia orang – kat tepi bahu jalan sebelah luar kem negara India – setiap kem negara ada pagar dan pintu gate). Tapi kita beritahu kita nak tumpang saja duduk sebab nak makan dan dah penat 2 jam berjalan tanpa henti.

Bila Egyptian ni tahu kami sesat dan nak tumpang sekejap aje, dilayan nya kami macam saudara sendiri, dikuak space, di beri buah-buahan yang menjadi bekalan mereka. Termenung sekejap memikir betapa Maha Besar ALLAH S.W.T boleh mengubah nasib seseorang dari senang ke susah. Kami yang datang dgn package agency, di siapkan khemah ber air-cond. di Mina, disiapkan tilam dan bantal di khemah Mina, akhirnya merempat menumpang belas Egyptian yang datang secara backpacker. Tak lama selepas itu, datang rescue team dari kumpulan utama kami.

Untuk rescue kami, 3 orang rescue team ini terpaksa meredah khemah2 di Mina dgn perjalanan 1-2 jam. Bila aku tanya kawan aku yang datang rescue kami, berapa lama jalan kaki nak sampai ke Khemah Qatar, dia jawap ada 2 jam. So aku sampai kat Khemah Qatar dalam pukul 1.30 pagi.

4. 11hb dan 12hb – melontar 3 Jamrah dan mabit / bermalam di Mina. Nafar Awal.

5. 13hb – Tawaf Wada’ dan bertolak ke Madinah.


5/5
Kalau nak cerita panjang lagi i.e. kat Madinah, tips macam mana nak masuk Raudah – selepas solat Subuh, datang solat Subuh awal dan masuk dari arah pintu Babu’ Jibril atau dari pintu Babu’ Nisaa’. Selepas solat Subuh, jangan keluar dulu, tunggu keadaan dah reda, ikut arah sekatan kanvas putih dan cari celah yang dibuka. Akan ada satu celah yang dibuka, untuk memberi laluan keluar dari Raudhah atau orang2 yang sembahyang di belakang Raudhah, tunggu orang habis keluar dan masa tu anda masuk.

Satu doa aku masa aku buat kerja haji ni – doa minta keadaan susah (challenge/cabaran) tu ALLAH S.W.T kekalkan. Mesti kau tanya kenapa despite of kemampuan Arab Saudi untuk menyediakan semua kemudahan, kenapa nak susah. Hanya kesusahan yang buat kita untuk ingat kepada ALLAH S.W.T. Kerja haji ni nak buat kita ingat pada ALLAH S.W.T senantiasa, kalau kerja haji ni senang, kita akan mudah lupa pada ALLAH S.W.T. Bila kita susah, berhimpit-himpit, laluan tak bergerak, Q keretapi panjang sangat, terolak ke kiri, terolak ke kanan – nyawa umpama telur di hujung tanduk – Masa tu kita akan takut, ingat dan hampir dgn ALLAH S.W.T


Allahumma yassir wa la tu'assir.

Salam – Doha, State of Qatar


11 comments:

koloGnyer said...

salam pok chik oPEd dan pok chik Timur Tengah.....

ada button "SUPERLIKE" tak untuk saya tekan...

memang benar kata pok chik Timur Tengah..ketika berada dlm keadaan susah atau menghadapi cabaran/dugaan barulah kita terasa Allah tu amat dekat dgn diri kita....

Kama At-Tarawis said...

good account of his experience.. teringat kat baitullah, betapanya seronoknya perasaan walaupun ramai orang..

Namza Norman said...

Memang sebak setiap kali membaca cabaran mengerjakan haji atau pun umrah. Walaupun begitu, keinginan mengerjakan nya berulang kali jelas menjadi kerinduan. Setiap jemaah akan menerima dugaan yg berbeza dalam keadaan yg sama. Kuasa Allah ta'ala - benar dan nyata.

Penghuni Sevilla said...

saya berkesempatan duduk semeja dengan beberapa jemaah dari goup ni semasa bersarapan pagi kat d'saji, safwa tower semasa musim haji yang lalu. Kesian mendengar cerita perjalanan 30jam dengan bas dari Qatar (sangkut kat immigration checkpoint) & lihat jemaah berselera makan nasi kerabu depan saya, walaupun yang makan tu towkay jual nasi kerabu kat Qatar. Btw, prof kamil is now lecturing at Medina University since last year, go and read his blog :-)

Ummie said...

Menggamit kerinduan.

Ya ALLAH, perkenankan,
kami semua akan datang kepada MU,
lagi & lagi & lagi...

Labbaikallaahumma Labbaiik...

Thanks 4 sharing.

Zulkhairi Abdul Rahman said...

alhamdulillah ... niat yg baik dapat kesudahan yang baik ... saya rasa saya kenal Haji TT ni ... engineer, sesat ... mmm

Yaziz Yunus said...

Teringat pengalaman saya buat haji pada 2003. Memang benar bahawa segala dugaan dan kepayahan yang kita hadapi ke tanah suci akan membuatkan kita ingat pada kekuasaan Allah.

UnclearEngineer

Pengembara said...

Assalamualaikum Pak Cik Rem dan Hj Timur Tengah. Bila baca kisah pengalaman haji ni teringat ketika menunaikan fardu haji pada tahun 2009. Terutamanya pengalaman berulang alik dari Mina-Mekah-Mina untuk melontar, berjalan kaki dan naik 'teksi sapu'. Hari terakhir melontar, langsung berjalan kaki terus dari Mina ke Mekah memandangkan kenderaan langsung tak bergerak di jalan raya.

remgold said...

untung anda yg dah berhaji.
pok chic dah lama register dgn Tabung Haji tapi belum dapat panggilan. doakanlah dapat sebelum lutut terus lemah tak mampu nak jalan jauh.

dulu ada orang atasan nak bagi slot VIP nak bantu percepatkan, tapi kami keluarga tolak sebab takut kita ikut tiket VIP ada makcik-pakcik tua kat kampung kena delay naik haji.

koloGnyer,
hee kamu nak press SUPERLIKE tak ada. tapi boleh masuk tabung dana kebajikan remgold: maybank 1121-334-873. minima 1000 euros, sebab kamu tu duduk di germany. hee.

gitu-gitu aje said...

saya dan famili dah beberapa kali plan nak gi umrah, selalu ada aje aral melintang, harap tahun ni dipermudahkan oleh Allah.
Pok Chik,curious jugak nak tahu, kat singapork ada tak badan yang menguruskan urusan haji macam tabung haji ni?

remgold said...

Kerana lama duduk di kl dulu, dua kali umrah pakai Tabung Haji. Dan apply gi haji pun sama.
Walau ada mungkin persoalkan itu dan ini TH Travel ni, pada saya best!
Pak pak arab yg saya jumpa di saudi pun selalu puji TH sebagai best organiser of haj dan umrah se antero dunia. tentunya tak 100pct perfect.

tentang cara orang gi umrah-haj lion city ni saya kurang paham.
cuma apa yg saya tahu ada travel agent tertentu di spore yg boleh uruskan umrah-haji jadi apply dgn mereka.

Tapi kuota haji yg tolong uruskan ialah Majlis Ugama Islam Spore - badan agama di bawah pemerintah garmen PAP (terima kaseyyy garmen!).
travel agents spore dan muis yg organise haji pun selalu dipuji orang yg menggunakan khidmat mereka.
sekali lagi, tentunya tak 100 pct perfect.

nak ke makkah-madinah ni kadang kita seram maklumlah kita rasa kurang 'beragama'. tapi kalau pandnag gitu, sampai bila pun tak sampai.

saya hafal apa yg boleh, yg lain bawa buku.
arab bukan bahasa saya, jadi nak tunggu sampai pandai doa semua tak akan tiba pun ke tanah suci.
asal tahu yg wajib, yg lain tabung haji siapkan guide (ustaz) di sana.
kalau gi dgn rombongan lagi syiok, sebab ada yg dah pernah pergi, jadi tak kekok sangat.