BAPAK DREBAR TEKSI, ANAK SUPER-KAYA
Begitulah Sheldon Adelson, pemilik casino Marina Bay Sands di Singapore dan casino negara lain.
Mengaku dirinya sebagai "Yahudi terkaya di dunia", beliau kini di tengah perebutan nak jadi presiden Parti Republican di Amerika. Beliau sokong mamat gila Newt Gingrich, kerana mamat ni penyokong kuat Israel.
Sama ada kamu suka atau benci apa yang disokongnya, Adelson ni bijak menggunakan wangnya untuk favourite causes. Begitulah cara orang kaya, bukan syiok sendiri saja.
------------------------------------------
KITA PEMBUNUH PEKERJA MISKIN?
Begitulah kejamnya CON-society ni.
Bukan iPad dan syarikat tech saja, jika anda nonton CNN, anda tentu tahu tentang slave labour budak kecik nak keluarkan cocoa cara murah - agar kita dapat sedap makan coklat.
------------------------------------------
POSTING ORI
Dulu kuno, now ada kelas.
Dulu slow, now very fast!
Itulah perasaan saya bila nampak kereta baru Beetle ni. Sedangkan New Beetle saya tak mampu, makin jauhlah tahap kemampuan saya dengan the faster, more jantan Newer New Beetle ni.
GAMBAR: Yang lama dan kepala bulat cute. Yang baru dah leper sikit dengan sports rim jantan.
Dulu kita kata 'Cantiknya kereta Akak'.
Kini kena tukar: 'Cantiknya kereta Abang'.
VW dah jantankan kereta popular mereka. Cerita NYT di sini. Juga ada slideshow.
Dulu roof Kumbang Baru setengah bulat, macam bola.
Kini dah diratakan sikit dan direndahkan.
Bontotnya pun dah tak sebulat dulu.
Dulu slow, takut rambut palsu Akak tercabut.
Kini enjinnya diturbo-boost agar Abang cepat gi meeting.
Dulu dekat dashboard (tepi steering) ada pasu bunga kecik (small vase) agar akak boleh letak bunga. GAMBAR.
Kini tak boleh beb! Nanti jantan tak beli - so no more vase.
Begitu licik VW nak jual kereta. Walhal jika anda lihat dari jauh sikit - bentuk Kumbang Terbaru ni tak banyak beza dah dengan VW Golf.
Mereka nak CONsumer kita beb. Nasib baik aku miskin. Jika tidak nak beli jugak eh, walhal kereta dah ada 15 kat rumah, bersepah depan villa hamba.
Ad slogannya lagi cantik: 'It's a boy!'
Ad slogan lagi satu: 'More power, less flower'.
DI SINI unkerr nak masuk citer Ad Slogans ni.
A big tool to draw us to buy things that we don't need!
To upgrade. Expand. Replenish. Renew.
Buy the latest. Compete with the neighbour. Beat your colleagues.
Look more cool. Look younger. Be sexier!
Lihat ad slogan di bawah ni.
Saya tak cakap pun, anda dah tahu siapa yang buat ad gini:
- Finger lickin' good.
- At McDonald's, we do it all for you.
- Don't leave home without it.
- Diamonds are forever.
- Macam-macam ada.
- Malaysia, Truly Asia.
- Singapore girl, you're a great way to fly.
Orang tua macam saya ingat ad di TV yang hingga kini orang masih cerita - The Marlboro Man.
Ada jantan omputeh naik kuda. Kawasan berbukit dan ada rumput, beliau pusing naik kuda, tengok keliling. Sambil hisap rokok.
Very John Wayne.
It looks like a great lifestyle.
Walhal yang dijual ialah rokok yang gerenti membunuh anda!
Kamu hisap Marlboro dapat naik kuda ke pusing-pusing kat estate kamu? Naik kapchai lagi, sebab duit akan habis beli rokok.
Habis kita diCONsumerkan.
Kita EN-joy.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






14 comments:
Emancipate yourself from mental slavery, non but ourselve can free our mind....
Uncle Rem,
Whoa! Hansemlah Beetle baru tu. Terasa nak trade-in je si Kimi ni...tapi...sayanglah pulak sebab Kimi tu ikut kita dari negara pulau besau bawah sana tu. Uncle belilah satu, nanti kita numpang dari Changi ke Beduk cukuplah. purrr....meow!
*materialistik punya kucen!
Tapi ada words kat iklan marboro tu yang maknanya lebih kurang......TAK KIRA DI MANA ANDA BERMULA, YG PENTING DI MANA ANDA BERENTI....haaa pastu naik kuda .... Pastu berenti minum air panas kat tepi kolam
Lastly long shot....MALBOLO COUNTRY.....gitu tuuu.
Reme
Ada satu kedai sukan di wangsa walk
(mall yang baru kat wangsa maju tu). Nama kedainya Reme Sports Store kat 1st floor - den rasa kedai tu hang punya agaknya. boleh ke bagi diskaun sikit kat kita sebagai consumer @blog follower. he he he
Arwah abah den dulu pun pakai waksegan 2nd hand awal 70an dulu. Satu famili 7 orang boleh sumbat dalam kereta rakyat ni.
pi KL, JB kenduri kahwin rumah sedara dulu no hal punya.
Cuma kekadang, pagi kalau sejuk kena tolak kereta dulu, baru boleh setat enjin.
No manpower no jalan.
Rem,
Dulu masa saya belum punya kereta sendiri, saya selalu assumed org yg suka beli kereta dua pintu nih mesti orgnya kedekut dan selfish.
Sebab apa tau? dia mesti tak suka ramai org tumpang keta dia kan? heee..
Material Kuch,
di spore saya tak mampu nak beli kereta, sebab pemilikan kereta tak digalakkan. dan kerana public xport reliable - most of the time anyway, he he - takde kereta pun takpe.
problemnya:
1) kereta mahal sangat. termasuk kena beli certificate of entitlement sebelum beli kereta. harga COE ni saja kadang puluhan ribu singdlrs.
2) minyak pun mahal sebab tak ada subsidi. kalau tak salah kini 1 liter about sgd2.10+ = rm5 gitu (maaf jika salah, takde kereta jadi tak kisah).
sebab tu kamu kat msia jangan bising sangat jika nak dikurangkan subsidi ni (baik kerajaan bn atau pakatan menang pun, patut dikurangkan subsidi. takut inflasi, kena kurangkan over 5-10yrs).
3) parking pun boleh beri kita heart attack di temasek. no such thing as free parking, melainkan kamu park dalam masjid.
tapi takkan kita nak simpan kereta dlm car park masjid yg kecik tiap hari?
di KL orang marah jika kena bayar rm6-8 utk sekali parking di bandar (klcc, jln masjid india, etc).
di orchard sgd2 (rm4.80) SETIAP JAM tu biasa. maknanya jika kamu shopping 4jam, mampoi rm19.
Anon 20:35,
It's Not The Destination, It's The Journey - itu iklan harley davidson (i think).
kalau saya drive gi penang atau pahang pulak, iklan saya: It's Not The Destination, It's The Cost.
keramat,
kedai tu memang saya punya.
jika anda kat sana, kata saya Abang Hensome Rem kata semua pembaca blognya dapat 70pct diskaun.
ko nak mampos. saya masuk kedai tu bila baru buka. tanya nonya owner apasal kamu pakai nama ni? itu nama saya? depa tak interested nak explain langsung, tak kasi saya diskaun pun.
Waduh, waduh Pak Rem,
Sayu baru melayari blog Bung Bru (the Ghost of Johor ) dan terbaca tukang komentor warrior 231, perihal tanah tumasik mungkin dilanda todak tahun 2013..OMAllah.. tahun depan!
Tolong baling rebuttal sikit kalo ada?
Kalo tak ada apa patut saya nasihat anak anak buah saya diTampinese, Kaki Bukit dan Beduk Reservoir. ( minta ampun jangan semua terjun dlm reservoir itu!)
Salam Op Ed
Bercerita tentang consumer society dan realitinya.
Saya terbaca di The Star baru ini tentang seorang remaja Singapura yang meggelar datuknya dalam facebooknya "dumb old fella" hanya kerana datuknya yang sudah pencen cuma mampu memberi ang pow sebanyak SGD 2 sahaja ketika CNY baru ini.
Adakah ini realiti consumer society di dunia kosmopolitan sekarang.
komen saudara.
-Malik-
woww nice entry indeed... =)
I just voted for you at Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. all the best ya..
Plsssss vote for me for THE WORST BLOG OF THE YEAR @ http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com thank youuuuuuuuu =)
JohorMali,
readers - sila baca rockybry.com.my tu - comments oleh pembaca dlm entry:
http://www.rockybru.com.my/2012/01/ghost-of-johor.html
comments 1.18pm oleh Warrior 231.
pada saya komen tu biasalah. jika kita nak kata sesuatu negara tu nak hancur, saya pun boleh argue (baik spore, msia, jepun, china, america). jika saya naka kata negara tu terbaik, saya pun boleh kasi pandangan.
tidak ada argument penulis tu yg saya tak boleh tangkis.
malik,
tentang duit raya ni rilek ah, kanak-kanak.
saya dulu masa kecik dapat 10sen (duit spore masa tu sama value dgn duit msia), syiok. jika dapat 20sen, wow! banyaknya.
lepas tu saya masuk msia 1994, masa raya kena kasi minima 50sen duit msia, jika anak orang yg rapat dgn kita, diberi rm1.
kini bagi rm2 pun rasa sikit. inflasi beb!
saya lagi buat rancangan baru - nak beri satu unit saham ASN.
kalau naik atau turun harga, jangan salahkan saya!
Adza,
saya dapat email dari penganjur Awards ni, mulanya ingat kak mah atau kak wan yg bagi vote. rupanya kamu. terima kasih ler. blog ni citer kosong saja sebenarnya, bukan macam blog lain.
eh, saya masukkan blog anda dlm blogroll saya - ada pun member keramat yg baca!
sesiapa yg nak saya sertakan blog anda dlm blogroll, boleh email saya atau letak kat komen kat sini. yg saya tak akan masukkan ialah blog cerita politik, kerana dah banyak benda tu, kita bawa cerita lain yg boleh satukan hati rakyat, cara kita.
ada seorang menteri, dulunya (puluhan tahun dulu) baru lepas graduate pergi showroom VW dengan kawan cina apek. Mereka test drive VW agak terlalu jauh, yalah seronok. Tiba2 kereta mati. Ia buka bonnet depan. Eh, mana enjin. Mereka buka boot belakang. Wah, nasib baik ada enjin spare. Start kereta dan mereka balik. Apek itu sendiri cerita pd saya.
Prof SAVE,
that is indeed a famous story abt the car with the engine in the back!
CERITA CHINGGIS (baru habis buku kelima, malas nak tulis posting baru isu chinggis ni):
ada yg cari baru ni, tapi tak jumpa - siapa dari keluarga mongol-teror ni yg masuk islam setelah tawan kawasan islam?
setelah mereka conquer kawasan islam (kabul, bukhara, samarkand, tanah parsi), mereka hancurkan baghdad, capital city empayar muslim masa tu.
ada sejuta penduduk baghdad masa tu, 800,000 dibunuh kerana telah dinaikkan ger hitam!
library terkenal baghdad dibakar, bandar diranapkan, sungai euphrates merah berdarah.
tapi mongol masa tu kaum suka perang dan bunuh orang. itu kekuatan dan kelemahan mereka.
yg dibunuh termasuk adik beradik sendiri, akibat nak berkuasa.
setelah bunuh berbunuh, akhirnya Ariq-Boke (cucu Chinggis) jadi khan. beliau kemudiannya dibunuh oleh abangnya Kublai Khan dlm peperangan terbesar antara army mongol - puluhan ribu askar terbunuh.
Ariq jadikan ALGHU khan kecil (kerana empire mongol terlalu besar, mereka bahagikan empire kepada beberapa kawasan yg dijaga khan kecil ni).
ALGHU jaga Chagatai Khanate di kawasan sekitar Samarkand. beliau ni yg masuk islam.
bila Arik perang dgn Kublai, Alghu cepat belot sokong Kublai! (politik beb, kawan jadi lawan).
keturunannya:
Alghu ialah anak Baidur.
Atok Alghu ialah Chagatai (anak kedua Chinggis).
Alghu juga ialah cicit Chinggis.
Tuan Rem,
Citer pasal kereta ni, mungkin ada yang bersetuju that what car you drive can influence your way of driving (not living?). Since I change from SUV to VW Beetle a year ago, I now drive on left and middle lane, seldom on the right lane now (since angka dalam umur dah bertambah, so kena kurangkan angka for driving speed!) ;)
Yes, i agree and support blogger Mak Dara in voting your blog. If i can vote, my vote is for you too. Keep happy blogging ya tuan Rem.
W'salaam
nat
ya, chinggis, mughal, khalifah, saladin, abbasid, andalusia, adalah sejarah nostalgia. Siapa yang hendak diharap membawa euphora-empire baru?
Kaum muslimin merata dunia serba tersepit angkara sendiri - sunni-syiah, diktatorial, mendubaikan minyak dsb. Allah jua memberi perlindungan dan kemenangan.
Post a Comment