CHARTS EMAS & PERAK
Baca sini. Dah lama tak ngobrol dengan membelek charts.
-------------------------------------------
POSTING ASAL
Baru minggu lalu habis baca buku keempat Conqueror atau Genghis (Chinggis) Khan series oleh Conn Inggulden.
Ada beberapa nota menarik di kesemua bahagian terakhir buku-bukunya, di mana penulis terangkan yang mana fakta, yang mana beliau tambah, dan yang mana dimaniskan nak sedapkan cerita.
Di sini saya petik sikit beberapa kandungan menarik nak kongsi cerita yang mungkin anda pun tak tahu. Dan ada cerita di bawah ni dari buku kelima yang sedang dibaca.
GOLDEN HORDE & AL QAEDA
Di cerita lama saya, saya tulis tentang mana datangnya perkataan 'horde', satu perkataan Inggeris yang ada bayangan negatif. Sama dengan perkataan Melayu 'gerombolan' agaknya.
Rupanya datang dari perkataan 'ord' atau 'ordo' - headquarters atau base camp Mongol.
Kerana ger khan (sultan) mereka berwarna keemasan, dan kerana ganasnya Mongol ni bila menyerang, seperti yang dah dicerita, maka sesebuah tempat itu akan ketakutan orang dan mereka akan memekik - 'The Golden Horde is coming' (cakap Arab atau bahasa China kawasan mereka).
Sama juga hari ini, bila omputeh dan omyahud sebut Qaeda, mereka ketakutan. Walhal makna perkataan itu ialah Base Camp - aha! Ord, Horde.
Al Qaeda is the new Golden Horde.
Cerita menarik akhbar England di sini - penulis science-fiction yang paling saya gemari ialah Isaac Asimov.
Dan siri ceritanya yang paling terkenal ialah the Foundation series.
Anda hanya perlu baca buku bertajuk Foundation, dan lepas tu prequelnya bernama Prelude To Foundation, anda akan faham cara Asimov menulis. Dan lepas tu akan payah nak berhenti sehingga anda dah baca semua 10 siri buku itu!
Akhbar Guardian menulis, apabila perkataan Foundation itu di terjemahkan ke bahasa Arab (kerana buku-buku Asimov ni diterjemahkan ke puluhan bahasa), mereka gunakan perkataan Al-Qaida.
Hee, the meaning of the 'foundation', or base.
PARTING SHOT
Dalam berkembang tu, pak mongol menuju ke Samarkand dan Caspian Sea.
Zaman tu zaman naik kuda dan memanah dari atas kuda. Atok-nenek Altantuya kerap menang akibat lebih pandai memanah - jarak panah mereka lebih jauh, lebih tepat.
Dan seperti yang pernah cerita, kerana mereka lebih zalim, dengan memasang ger warna putih di luar bandar yang nak tawan (surrender now!), esoknya ger merah (all men and boys will die, but at least your families wiill live), lepas tu ger hitam (too late, baby. Your whole city will be burnt to the ground. Our soldiers will ensure each and every stone will be brought down from your walls).
Mereka perang ni terserempak dengan kumpulan Parthian - jika anda pernah dengar Carpathian Mountains (castle Count Dracul di atas tu) - ah kat situ ler mereka tinggal.
Bila berperang kuda-memanah ni, mereka ada satu taktik perang - tiba-tiba mereka akan pusingkan kuda ramai-ramai dan calibut!
Maka musuh pun ingat dia dah menang lalu mengejar. Tiba-tiba kaum Parthians ni pusing dan memanah ke belakang. Itulah namanya the Parthian shot.
Dari situ juga muncul 'the parting shot' - orang yang debat dengan kita, lalu sebagai penumbuk terakhir dia keluarkan hujag terakhir.
Ko jangan tanya pork chic ni cerita betul atau hadis palsu. Pork chic cuma tukang karut.
PANJI-PANJI MONGOL
Panji-panji Mongol zaman Chinggis. Diperbuat daripada ekor-ekor kuda yang diputihkan (bleached white) dan diikat. Ia mencerminkan bahawa kaum yang gila kuda itu (horses and goats are wealth for these herders of the plains) kini diikat bersatu padu.
Dan warna kuda apa pun (dulu banyak warna suku kaum kamu), kini disatukan dengan satu warna saja, putih (white horses have always been the most expensive ones because they are beautiful).
Siapa yang tak setuju, mereka tak pakai undi dan tak beri demo. Terus penggal kepala! Hee.
Yang saya hormat mereka tu - dalam bala tentera mereka tak kira bangsa dan agama apa (termasuk ramai muslim, kristian, buddhist), asal kamu loyal kepada kepala.
Dulu mereka semua tak pandai baca, tapi Chinggis paksa mereka gunakan tulisan ala-Uighur (yang kini kaum muslim di negara China moden). Tulisan itu berbentuk tulisan arab-jawi - baca sini. Hingga hari ini, classical mongol writing gunakan skrip yang sama.
Dalam peperangan, jika kamu pandai menulis dan membaca (atau tukang besi), nyawa kamu dipanjangkan - syaratnya: ajar kaum mongol menulis dan membaca.
TAK SUKA MANDI
Kerana mereka tinggal di negara manyak sujuk, Mongol tak suka mandi.
Setelah conquer kaum Chin di China hari ini (Sung dynasty), mereka terkejut kerana kaum jantan Sung ni pakai sutera (China's silk worms weave beautiful silk yang diwarnakan. Dari situ timbul The Silk Road yang begitu terkenal - sutera dijual di Eropah setelah dibawa atas keldai, unta, kuda beribu-ribu batu).
Mereka juga terkejut kerana jantan Sung ni suka mandi, lepas tu pakai minyak wangi!
Pada mereka - dan ramai juga kaum Eropah lain - hanya pondan saja yang suka mandi. Kita jantan mesti bau busuk. It is very un-manly to take regular baths and smell nice!
Mongol zaman tu bau hapak kerana tak mandi, lalu pakai minyak kambing (mutton fat) untuk kilatkan kulit dan sebagai minyak rambut. Hahaha.
Kamu bayangkan sendiri bila Genghis dan pembesarnya masuk Istana Chin. Busuknya saja dah buat kamu surrender!
Maybe itu rahsia Pakatan nak kalahkan BN. Lepas tu kamu masuk Parlimen ramai-ramai!
Atau untuk BN menang kembali Penang. Masuk DUN Penang ramai-ramai!
Jangan mandi.
Just kidding. Jangan pula campak kepala babi kat kondo pork chic di Orchard Road.
BERBUNUH REBUT KUASA
Chinggis Khan = Supreme Ruler dalam bahasa mereka, nama betulnya Temujin = setelah hancurkan sana sini, mati. Saya dah cerita.
Tapi siapa penggantinya? Complicated.
Ia antara sebab empayar Mongol berpecah.
Anak-anak utama Chinggis (atau Genghis mengikut ejaan ramai) empat ekoq. Bininya ramai, tapi yang empat ekoq ni adalah anak utama dari isteri pertama.
- Jochi.
- Chagatai.
- Ogedai.
- Tolui.
Siapa dia pilih dan kenapa?
Next change. Akan Datang.
JUGA Akan Datang:
- Bandar yang dinamakan Xanadu (dulu saya ingat cerita dongeng Olivia Newton-John)
- Mongol hancurkan Moscow dan sampai utara Italy dan di sisi Hungary. Tapi kenapa tiba-tiba tak jadi menyerang? Jika Mongol dulu kalahkan Roman empire dan masuk Perancis, berubah sejarah dunia!
- Chinggis terus dan terus hancurkan bandar demi bandar. Anak cucunya bagaimana?
- Yang paling mengejutkan saya - Mongol dulu begitu terror - mereka hancurkan empat kuasa dunia masa tu sekaligus! Chins-Sung in the east, Russians in the north, Arabs in south-west, dan Western Europe in the west. di south. Mak, takutttt.
Mongols, bad to the bone (my fav actor).
Video: At the Last Rally
1 hour ago





10 comments:
Pak Reme mau kongsi gambar extremely rare Central Asia in Color. 1910.
1. http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/prokudin_08_20/p01_00021620.jpg
An Armenian woman in national costume poses for Prokudin-Gorskii on a hillside near Artvin (in present day Turkey), circa 1910. Google Map, (Prokudin-Gorskii Collection
2. http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/prokudin_08_20/p02_00003991.jpg
Self-portrait on the Karolitskhali River, ca. 1910. Prokudin-Gorskii in suit and hat, seated on rock beside the Karolitskhali River, in the Caucasus Mountains near the seaport of Batumi on the eastern coast of the Black Sea
3. http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/prokudin_08_20/p07_00020154.jpg
A closer detail view of Isfandiyar, Khan of the Russian protectorate of Khorezm. This photo would have been taken near the start of his reign in 1910, when he was 39 years old. He ruled Khorezm until his death in 1918
5. http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/prokudin_08_20/p09_00020033.jpg
Alternators made in Budapest, Hungary, in the power generating hall of a hydroelectric station in Iolotan (Eloten), Turkmenistan, on the Murghab River, ca. 1910. Google Map,
6. http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/prokudin_08_20/p12_00003966.jpg
Pinkhus Karlinskii, eighty-four years old with sixty-six years of service. Supervisor of Chernigov floodgate, part of the Mariinskii Canal system. Photo taken in 1909
7. http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/prokudin_08_20/p13_00004442.jpg
A group of Jewish children with a teacher in Samarkand, (in modern Uzbekistan), ca. 1910
8. http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/prokudin_08_20/p05_00004434.jpg
View of Tiflis (Tblisi), Georgia from the grounds of Saint David Church, ca. 1910
Asrul
http://www.boston.com/bigpicture/2010/08/russia_in_color_a_century_ago.html
Source
Bila tengok gambar kat atas ni.. dapat imagine lah kenapa si Kublai mahu sangat takluk sampai Asia Tengah.
Zaman dulu pun bandar dia cantik, subur dan hijau. Tak semestinya selekeh macam kita bayangkan.
semasa kecik dulu masa belajar agama, ustaz saya pernah kata - kerana kita lemah, cucu imam bukhari semua dah jadi komunis.
terima kaseyyy asrul, in the end, weapons talk. gambar2 yg kamu tunjukkan, sekitar 1910an, menunjukkan negara tu lemah, sebab tu di bawah komunis (sebelum tu di bawah mongol). khan tu pun tengoklah - sengkek betul. baru harian saja gi kerja lebih cantik.
dulu semasa kecik tak paham apa ustaz kata, dah besar baru paham. masa tu uzbekistan masih dalam USSR.
kini dah baca sejarah mongol, tamerlane, baru paham apa ustaz kata.
hancus umat, sibuk bergaduh. sehingga orang perkecilkan sejarah hang tuah pun kita masih sibuk gaduh. baguslah. melayu ni kat dunia bukan buat apa pun, kasi hilang di dunia ada baiknya.
MrRem,
After venturing into a faraway land, digesting their protagonist and antagonist, perhaps sdra boleh beri sedikit pandangan sdra tentang polemik semasa mitos didunia nusantara iaitu mengenai 5 Hang Melayu + 1 Hang Nyonya.
no Wonder la, i malas mandi masa kecik, kena sebat dengn my malay mother baru pegi mand,
Must the mongol blood on my father side.
Do tell what else manly habits they practice.
Terima kasih pokcik it clear up alot of things
bob villa,
sebenarnya bukan mongol saja yg tak suka mandi.
di eropah, semua orang pun tak suka mandi. cleaning up and being clean were not part of life.
macam dulu saya muda, telefon letak kat rumah. hari ini, pelik jika kita berjalan anak beranak semua 10 ahli keluarga tu tak ada telefon setiap seorang!
a minority event has become the majority event.
antara sebab Black Death dan Bubonic Plague (google please) di eropah dulu yg mengakibatkan berjuta mati ialah kerana mereka ni kotor dan mondok dijadikan kawan.
jika tak salah orang arab sebelum nabi muhammad pun pengotor juga.
kamu lihat cara wuduk - anggota apa yg dibersihkan lima kali sehari? cuci mulut, muka, tangan, telinga-rambut dan kaki. all the parts exposed to the elements as u go about your day have to be cleaned.
dan tak boleh bawa najis nak solat - di badan atau pakaian.
kalau dah ada perintah gitu kamu masih kotor bolor juga, bangsa mondok lah kamu.
johor,
tentang hang tuah dan cerita komunis ni, dan juga mempersoal hak melayu di tanah melayu, saya betul sedih. sampai hati mereka lukakan hati kita.
tapi yg sama bodoh pun orang kita juga. itu saja komen setakat ini.
nanti bila dah hilang semua, merempat buat rumah khemah tepi pantai, baru tanya saya lagi.
cuma nak komen isu melayu pendatang ni:
jika anda kata melayu pun orang pendatang di msia dan spore, maaf saya tak setuju ikut sejarah dan geography.
lihat peta. dulu tamadun besar di tenggara asia ialah majapahit dan sri wijaya (jawa dan sumatra). ada kerajaan melayu pasai di sumatra. jambi dipanggil serambi mekkah. kerajaan melaka tu dah 500thn lalu (atau mungkin ia dongeng juga tak?) - masa tu arab, china, india singgah sebagai pendatang.
spore, msia, borneo masa itu dikira kawasan di tepi empayar2 besar 'melayu' - melayu sumatra, jawa, bugis dan minang etc.
malah jika nak campurkan empayar thai pun boleh kira melayu juga (ikut bangsa dan kulit warna).
jadi jika melayu dari sumatra dan jawa masuk msia dan spore, sama juga kita tinggal di kl, berpindah ke gombak dan shah alam - di tepi kawasan dan tanah kita juga.
the malays have always been part of this region. kami bukan pendatang dari kawasan luar.
lihat peta lagi - yg datang dari india (termasuk nenek saya sebelah bapak), china, etc tu, BUKAN dari tenggara asia. itulah kaum pendatang. mereka dibawa dari JAUH LUAR kawasan kampung halaman kami.
the malays just moved from the city centres of java and sumatra to the outskirts in msia and what became known as spore.
mereka terserempak dgn red indians (orang asli). kongsilah bersama.
yg pendatang ialah kaum selain ini.
tapi itulah. atas nama politik, agama dan raja kamu buang. kehormatan bangsa dan jatidiri kamu ketepikan, suka hati kamulah.
saya ingat tahun 2009 di parlimen singapore.
seorang menteri bual tentang melayu spore juga sama macam kaum lain, bangun si lee kuan yew dan Mempertahan Melayu!
beliau kata malays are the indigenous people (orang asli) of spore, dan ini tertera dalam Constitution Article 152.
tak percaya?
baca:
http://www.asiafinest.com/forum/index.php?showtopic=211512
(article dari akhbar 'pelacur' The Straits Times)
LKY kata gitu sebab sedar fakta sejarah yang boleh bawa berdarah jika tak dijaga.
enuff said.
Salam Semua,
Tak logik kalau ada kesultanan / pemerintah tapi tak ada body guard / pengawal. Samada cerita 5 orang pengawal tu dibesarkan / ditokoh tambah / dilagenda kan - that is different story.
Tak pernah pernah lagi saya jumpa atau dengar setakat ni, ada pemerintah yang tak pakai body guard / tak pakai pengawal.
That is the logic evidence to the academician.
Saya ada seorg kenalan - seorg muazin dari Philiphine, muazin masjid di sini, bercerita kpd saya yang moyang atas moyangnya adalah beragama Islam tetapi Islam lenyap dari salasilah keluarga mereka kerana asakan penjajah Sepanyol dari spesis Ferdinand Magellan.
AlhamDULLILAH susur galurnya dihidayah ALLAH S.W.T kembali memeluk Islam.
Pernah dengar Cebu, Visaya dan Lapu-Lapu.
Di kejauhan ini saya tertanya adakah (?) Islam Melayu di Malaysia dalam proses kehilangan jati diri Islam Melayu. Adakah (?) hubungan sesama jenis atas dasar suka sama suka akan dipertahankan dan dilindungi undang2 Malaysia.
Ya Na'uzubILLAH Humin Zalik'
Salam - Doha, State of Qatar
I am so relieved to see your stand on Malay history. Over and again, I try to highlight this line of thought on FB discussions, I hope to some success.
If only we make the effort to read up our past, maybe many would not be so confused and easily swayed by others on their own heritage.
I loved that photo on The Parthian Shot!
salam pok chik oPEd...
kat eropah cuaca sejuk gilos..tu yg malas nak mandi..tambah lagi di musim dingin perghhh nak buang air pun boleh pikir 2-3 kali..
sebab tu kut org2 putih kat sini pakai dry toilet....
hehehe saya masih tetap membawa botol kosong ke mana2 jika berlaku kecemasan...NATURE CALL...
Post a Comment