Thursday, 12 January 2012

Super PAC

BARU: SUPER PAC BERI MASALAH

Perebutan pencalonan presiden parti Republican ni sebaiknya cepat selesai. Kerana calon yang menang akan bertembung dengan calon Democrat, Pak Hussein aka Barry, aka Barack.
Pilihanraya presiden November 6.

Tapi tahun ini (presidential election every 4years) Super PACs buat masalah. 
Mereka bertarung duit dengan calon favourite mereka dalam Republican, dan melambatkan penarikan diri calon yang lemah seperti Rick Perry dan Newt Gingrich.

Kerana kemasukan wang berjuta, Perry, Gingrich dan lain terus kuat nak bertanding. Sepatutnya, setelah kalah di Iowa dan New Hampshire, sepatutnya mereka berdua ni tarik diri sebab tak dapat Top Three.

Yang problemnya, jika kamu sibuk bergaduh sesama parti Republican, kamu lupa tentang musuh sebenar, Obama. Kamu akan habiskan wang dan lemahkan penyokong gaduh sama sendiri (sama macam PAS atau Umno gaduh dalaman).
Orang yang sogok wang berjuta ni nak lobi projek favourite masing-masing. Nak undang-undang diperlonggar untuk kasino, mungkin, atau suruh calon rendahkan income tax rate bila masuk White House. Atau mungkin nak minta datuk karang bagi tanah atau projek sikit lepas ni.
Tak kan mereka sokong berjuta secara percuma? Ada makna tu, these lobbyists.
Dari mana datang perkataan Lobbyists? Ini cerita lamanya (tak tahu sahih atau tidak).

Intro ni cantik:
An unprecedented amount of corporate cash is flooding into the Republican presidential race, fueling a barrage of attack ads that bloodied several candidates before Barack Obama could even step into the ring.

Negara macam ni nak ajar kita adakan pilihanraya bersih?
Welcome to the jungle.

--------------------------------------------------
POSTING AWAL

Amerika ni konon nak menyebarkan kepada dunia cara demokrasi mereka.
Ajar kita macam-macam yang katanya orang hitam, coklat dan kuning tak tahu. Maklumlah kita baru turun dari pokok dan keluar dari sungai. Ikat cawat pun belum betul lagi.

1) Antaranya ialah human rights.
Kini Guantanamo Bay dah 10 tahun, terus tak ditutup.
Editorial NYT di sini mengenai Gitmo nih. Saya faham mereka rasa perlu ada camp untuk terrorist suspect dan perlu nak torture nak dapatkan maklumat.
Jika gitu, tak payahlah act jadi jagoh human rights satu dunia - sebab kamu pun sama juga.
Human rights, kata mereka, bermakna semua orang mesti dapat lawyer services - everyone must have access to lawyers.
Dan bila negara lain ada undang-undang tak pakai lawyer, mereka kata 'Eh Tak Boleh!', walhal mereka pun sama juga. Mereka sibuk masuk mahkamah kita nak pastikan human rights dijaga.


Obama masuk perangkap sendiri kerana dulu kata nak tutup Gitmo. Dah empat tahun, tak berubah benda ni.
Ia menunjukkan, nak buat janji-janji manis semasa kamu belum masuk office memang mudah.
Dah masuk, dapat pangkat dan lihat benda tu dari dekat, semua isu sebenarnya lebih complicated (sama macam isu Kampung Buah Pala di Penang dan isu merobohkan kuil-kuil dan surau-surau  di Selangor. Sebab bukan saja orang kampung ada rights, pemilik tanah pun ada rights, jika kamu nak ikut undang-undang mahkamah lah, bukan nak ikut nafsu demo kamu).

2) Mereka selalu heboh tentang rule of law.
Tapi rupanya sokong political murders. Juga sini.
Cuba jika orang lain buat kepada mereka, mereka tentu cepat berpekik 'terrorism'.

Saya tak sokong langsung pemerintah Iran yang gila dan tekan rakyat, tapi hak mereka nak buat bom atom atau nuke power for electricity.
Kamu dan Israel saja yang boleh pakai nuke?

-------------------------------------------
TAMBAHAN:
Dengan menyokong assassinations, Amerika dan Israel menyokong cara pengganas. Maknanya esok jika diplomat mereka kena bunuh cara sama, jangan marah.
Ini bukan pork chic kata, tanpa akhbar terhormat Washington Post.
Di Amriki, ada tiga akhbar yang besar dan namanya disegani. WashPost, New York Times dan Wall Street Journal. Antara tulisan lama saya di Asian Wall Street Journal.
TAMBAHAN: Tentera negara demokratik kencingkan mayat musuh.
JIKA kamu dah lama baca blog saya, kamu tahu saya begitu pro-Amriki. Saya tabik 1,000 kali negara yang pandai mereka-bentuk hardware dan software yang memperbaiki hidup manusia di dunia, dan juga yang boleh menjahanamkan semua hidup di dunia.
Saya dibawa 'holiday' dua minggu di Amriki - jumpa pegawai dan lihat cara hidup mereka di Washington, New York, Tucson (Arizona) dan Chicago.
Tapi ada benda yang betul-betul tak kena. Dan saya kena tegur kasar, jika tidak akan jadi kebencian umat m yang baru turun pokok dan keluar sungai.

------------------------------------------
Kim Jong Il (dah mampos) pernah ditanya kenapa kamu negara miskin, tapi sibuk nak buat nuke bomb ni?
Dia jawab - Kami lihat Amerika tak serang negara yang ada nuke power.
Good answer.


3) Yang lagi kerap dipukul di benak orang Asia yang terus bodoh dan jadi pak turut ialah political corruption.
Tentunya kita tak mahu politikus kita main kotor - rasuah, wang bawah meja, jack-up harga contract. Saya pun setuju bab ini.

Di negara Unkerr Sam, mereka pun jagoh nak tunjuk tak ada political corruption.
Hahaha, tak payahlah saya masuk tentang berapa ramai orang politik mereka (Senators dan House Representatives, Governors dan pegawai atasan lain) yang pernah kena cekup kerana tamak harta ala-Kat Ijat, Dr Khir dan (arwah) Abang Zek.

Cerita hari ini ialah mengenai cara Republicans - yang sedang bergaduh nak jadi calon presiden (cerita lama mendetail di sini dan sini).
Mereka nak tunjuk siapa lebih terror, tapi dah tunjukkan dark past masing-masing.
Bagaimana Newt Gingrich tamak harta jadi CONsultant yang bawa negara bankrap, lepas tu buat tak tahu.
Rick Santorum konon beragama kukuh, tapi menipu rakyat jadi CONsultant syarikat-syarikat yang dia protect sebagai House Rep.
Romney dulu ketua hedge fund (Bain Capital) - dapat fees banyak beli syarikat lalu buang kerja orang.

Dan ada lagi satu cara kempen politik Amerika ni yang orang lain kata ini menunjukkan rasuah politik - orang kaya boleh jejas pilihanraya dengan campaign donations.
Ada law tak boleh donate lebih dari US$1,000 directly kepada kempen politk. Tapi mereka boleh derma berapa banyak pun ke dalam tabung Super PAC - political action committee.
Mudah saja - kamu sokong Gingrich misalnya, macam mamat casino nih (dia ada casino di Singapork) - kamu tak boleh derma lebih dari US$1,000 directly kepada Gingrich. Tapi kamu boleh derma berapa saja pun ke dalam Super PAC Gingrich. Juga sini dan sini.



"Super PACs can accept unlimited contributions from individuals and corporations and use the funds to support or oppose candidates, but are banned from coordinating with their campaigns." - CBS

Jadi mudah saja - kamu tak boleh derma direct.
Lalu penyokong Gingrich buat satu (atau 10 pun) Super PAC - in this case namanya Winning Our Future - maka siapa pun (asalkan warga dan syarikat Amerika) boleh derma sebanyak mana!
Satu rule saja - Super PAC ini Tidak Boleh coordinate apa yang mereka nak buat dengan kempen orang yang disokong. Tapi siapa yang monitor member Super PAC ni nelpon atau SMS member Gingrich (misalnya), nak coordinate buat TV ads, newspaper ads, etc?

NAK lihat TV ads yang dah keluar, gi youtube. Type 'super pac ads'.
Misalnya di sini.
Hahaha, terima kasih Amerika, kerana mengajar kami cara berkempen dengan bersih.






13 comments:

dahserikngantakserikserik said...

tula dia bang rem, target pelobby jer, mampuih terkangkang diorang nya corruption....memang kene perang bende nih masalah dia, its and acceptable practise anywhere in the world.

free compass said...

semua sama. 2x5.

Anonymous said...

1. Siapa yang dok puja human right, rule of law atau demokrasi kat Amerika memang dia bengong la.
2. Yang orang Malaysia dok nyanyi lagu yang di alun oleh ahli politik atau sapa sajalah bagi menghentam malaysia pasal korupsi, ISA memang dia 2 jenis lembu kena cucuk idung la.
3. Tapi macam mana depa pandai jual negara mereka sebagai paling unggul dalam semua aspek kehidupan dan pula dipercayai pula oleh ramai orang di seluruh dunia?
4. Bagus tentang orang Amerika ialah mereka mcm bersatu mempertahankan demokrasi, kebebasan dan hak bersuara.

Akulamat.

remgold said...

bros,
kita bukan marah amriki ni kerana nak perbaiki sistem kita (spore mahupun msia).
tentunya kita mahu baiki rekod human rights, rule of law dan corruption kita.
yg kita marah ialah dia nak action macam dia bagus sangat. dia mala'ikat, kita ali-setan.

sama juga dgn sikap military dia. dia rasa might is right.
askarnya kencingkan mayat orang tak apa. jika kita yg buat, i gerenti dia cari semua tukang kencing tu utk drone bomb, walau 10kampung dan 1,000 orang mampos pun.

it's not their military might, their economic might that we detest.
what we detest is their arrogance.

katrina said...

Unker Rem,
Kita bagi kesedaran ini kpd generasi muda supaya mereka faham apa Amerika duk buat kat kita selama ini.. Iran tu pasai natural gas, Afgan tu pasai logam2 dan Iraq, Palestine semua tu hal minyak,

Depa nak mintak maluuu jadi cari hal nak curi.. haha!

Pasal duk atas pokok, dulu masa kecik2 12tahun masuk asrama, pertama kali jumpa dorm mate dari Sarawak... now my very best friend.. duk katil sebelah, pernah bisik2 kat dia (curious) tanya apakah mereka masih duk atas pokok?

Agaknya org Barat ramai ramai mentaliti macam budak 12tahun kut?

Happy belated New Year wishes..

Cheers

dahserikngankeris said...

bang rem saya teringat dulu blajor ekonomi, ade satu teori nih dia kata War spurs economy, betul lah sangat in the case of america, cuma duit bukan pi ke rakyat pon, mnc semua lah kenyang hancur negara orang rebuild pakai duit negara tuh sendiri, military dia gile babi gempaq, rakyat makan pasir, tapi takper MTV CNN dengan Holllywood ade, orang lagi nak tau justin bieber punya spender kala ape dari tau pasal negara cerok mana kene bom sampai mampuih.

Hamas was democratically elected by the palastenian people, itu pon tak bole, demokrasi menatang ape pon saya dah tak tau, manusia nih ye ye jer dok laungkan people power, tapi bende tuh fantasi sebenarnya lol.

sila lihat political elections within political parties then you'd understand that its all centralized power, brani bukak lah voting untuk semua ahli, tapi make sure ko pon tanding lah sekali....rotflmao

political correctness is not JUSTICE!

hidoup tax free! lol

Anonymous said...

"it's not their military might, their economic might that we detest.
what we detest is their arrogance".

perkara yang lebih merbahaya dan tak nampak adalah TIPUDAYA dan MUSLIHAT golongan ini.Manusia yang mahu menguasai seluruh dunia zaman ini...

Anonymous said...

Tapi kan pak reme. tadi saya baca satu artikel kat OutSyed The Box.

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2012/01/worlds-largest-oil-deposits.html

Deposit minyak terbear didunia dijumpai di bumi amriki.

- 8-times as much oil as Saudi Arabia
- 18-times as much oil as Iraq
- 21-times as much oil as Kuwait
- 22-times as much oil as Iran
- 500-times as much oil as Yemen
- and it's all in the United States

Now diorang tak pelu lagi serang iran sebab dah ada minyak sdiri kan.

remgold said...

it's not just about protecting the oil reserves of the gulf.
don't forget their motherland - thanks to the strong jewish lobby in washington - ISRAEL.
anything and everything must be done to protect the motherland.
in fact to many evangelicals, incl george bush's clique and those in republicans, jesus will not return until there is a huge war in the middle eastern area, armageddon.
jadi kadang kita lihat mereka kadang macam sengaja nak bawa armageddon nih.

minyak di USA tu bukan murah nak dikorek. oil sands, shale oil, di alaska (environmental concerns), deep sea etc. kalo tidak dah lama kena korek.
harga minyak kena terus tinggi baru balik modal nak korek.

Timur Tengah said...

Saja nak berceloteh, almost 3 tahun living kat Doha ni, tak tahu nak jalan gi mana dah. At the end masuk blog kau balik Reme.

Since 2-3 posting kat atas quote pasal minyak bolehlah mencelah sikit. Cerita pasal article OutSyed The Box pasal oil shale tu lama dah berlegar kat internet sekitar tahun 2005-2007 (kalau tak silap aku), aku baca masa aku serve oil fields kat Malaysia lagi. Tapi Amerika lagu tu juga, Iraq kena serang juga.

Apa beza recovery rate oil dari carbonate reservoir (middle east byk jenis ni), sandstone reservoir (far east banyak jenis ni) dgn shale reservoir / oil shale. Jawapannya dari segi porosity dgn permeability. Ramai orang ingat minyak ni duduk dalam kolam bulat besar, kolam tu pula kononnya terperangkap ditutupi lapisan-lapisan batu tak telap. Allahyarham Che Ghaffar Baba pun dulu ingat macam tu, tapi bila diterangkan dek pegawai2 Petronas baru lah dapat picture sebenarnya, macam mana bentuk takungan minyak (oir reservoir).

Senang cerita nak bayangkan macam mana reservoir minyak ni, ambil span basuh pinggan mangkuk yang baru. Rendam dalam air, angkat keluar. Macam tu lah kedudukan reservoir minyak i.e. porosity dan permeability. Cuma contoh span tu kira extreme punya contoh i.e sandstone high porosity and high permeability.

So macam mana dgn oil shale. Senang click kat google image, banyak gambar. Soalannya macam mana nak extract minyak dari selut lumpur yang dah keras kematu dah jadi batu. Click lah kat wikipedia dgn Schlumberger website.

Tahun 1995 aku start masuk industry minyak upstream. Masa tu tak de seorang PE (Petroleum Eng) graduate pun Petronas ambik kerja. Harga minyak dropped sampai USD11-12/bbl. Masih ingat remark Optns Manager Esso Production Msia Inc. (EPMI)JB McNeill cakap dalam bahasa Inggeris terjemahannya lebih kurang bermaksud jual air mineral lagi untung. In fact EPMI masa tu dah buat calculation; apa optns cost should be if the price drop become single digit (< USD10/bbls). Diikuti pembuangan ramai kakitangan Melayu dalam pertengahan 1998-99.

Ingat lagi ramai member yang sama graduate dgn aku ended jadi cikgu, kerja kilang, etc. Janji dapat kerja halal dan ada career masing2.

Ayat 13 Surah Ar-Rahman.

Salam - Doha, State of Qatar

Anonymous said...

Bro TimurTengah, masih saya blur.. Tak faham..

Maksud porosity dgn permeability tu, petroleum ni tak semestinya dalam bentuk cecaiir boleh jadi dalam bentuk pepejal, ke macam manaa pula tu? kaitan dengan kos pula gmana?

me cannot brain..

Timur Tengah said...

Sebelum boleh jawap soalan kau dik, kena leraikan dulu soalan tu.

1. Porosity dgn permeability - berbalik kepada contoh span basuh pinggan tadi - kau bayang kan itu batu. Batu tu poros, maksudnya banyak lubang2 pore dalam batu tu, sebab tu measurement keporosan dalam unit %.

Permeability pulak kebolehtelapan - berapa telap batu tu, lubang2 pore tu bersambung antara satu sama lain. Di ukur menggunakan unit Darcy i.e. miliDarcy (mD).

1a. Bagi conventiol crude oil, yang conventional duduk dalam sand stone reservoir, carbonate reservoir, jauh dalam perut bumi etc. - bentuknya liquid/cecair sabit suhu dan tekanan reservoir yang tinggi. Ada juga crude oil yang pepejal - aku biasa main dulu2 - solid, yang ni kita panggil waxy crude. Kalau aku nak tulis lagi jauh melalut benda2 pour point, cloud point, rheology, API Gravity, etc. Tak menjurus kepada soalan kau.

1b. Bagi unconventional, itu lah yang masaalahnya. Kos yang tak efficient untuk mengestraknya contohnya oil shale yang menarik minat si OutSyed The Box ni. Unconventional HC-Hydrocarbon ni macam LTO-light tight oil, pernah dengar sand oil, oil shale, CBM coal-bed-methane, etc.

2. Petroleum, crude oil tak semestinya dalam bentuk cecair. Walaupun kepala otak kita dah sinonim oil mesti cecair. Aku biasa main dengan crude oil Dulang, crude oil Puteri, dan crude oil Penara (3-3 ni produced kat luar Terengganu), pada suhu bilik 3-3 ni beku, pejal. Kita classified kan sebagai parrafinic oil atau waxy crude.

3. Dalam konteks soalan kau pasal shale oil - shale ni lumpur yang dah jadi batu / pejal, sama mcam mud stone, bezanya dari term geologi, satu ada fissility, satu lagi tarak (mud stone). Shale pulak sifat dia very low porosity dan permeability, sebab dia lumpur halus termampat jadi keras. Kalau ada crude oil duduk dalam shale tu - kita panggil LTO (light tight oil), tapi oil shale-oil (kerogen) berbeza dari LTO / crude oil shale. Tengok Lebai Wiki.

Tu pasal dia (oil shale-oil) kena ada proses untuk jadikan dia synthetic oil dari kerogen. Kita kena mining dulu (korek - satu kos), dan kita proses in-situ (satu lagi kos). Tu pasal kos dia mahal.

Sama macam sand oil, semua tu unconventional approach mahal giler berbanding dengan conventional crude oil, gerudi aje memancut keluar. Untuk unconventional ni kau kena ada proses extraction. Berapa tonnes batu shale ni kena bawak keluar baru dapat extract berapa barrel minyak - cara dia orang termkan recovery rate. Berbanding dgn cara conventional, straight reservoir modelling boleh predict percentage recovery rates. Kos extract tu yang memahalkan dia, berbanding kos conventional yang perlu drilling rig, staff dan equipment.

Salam - Doha, State of Qatar

Anonymous said...

jelas dah, terima kasih banyak banyak..