Monday, 23 January 2012

Xanadu (The Parting Shot, Bah.2)

BRAVEHEART 


Dah lama tak nonton movie Braveheart. Terjumpa pulak VCD lama 3part tenggelam dalam almari.
Ada satu part, beliau dan geng dengan pertolongan Scottish nobles baru kalahkan puak England kejap di Battle of Stirling Bridge (terima kaseyyy pembaca). Dalam celebrate tu, si para pembesar Scotland bergaduh dalam dewan berebut kuasa dan minta Wallace sokong puak mereka.
William Wallace berjalan keluar.
Ditanya 'kamu nak ke mana tu?'

Wallace: We have beaten the English, but they'll come back because you won't stand together.
Tan Sri Datuk pro-Englang: Well what will you do?

Wallace:
I will invade England and defeat the English on their own ground.
 Tan Sri Datuk pro-Englang:
Invade? That's impossible.






William:
Why? Why is that impossible? You're so concerned with squabbling for the scraps from Longshank's table that you've missed your God given right to something better.
There is a difference between us.
You think the people of this country exist to provide you with possession. I think your possession exists to provide those people with freedom. And I go to make sure that they have it.


(Dialog movie di sini).


SETELAH Wallace tawan castle York, bandar utama di utara Englang, Raja Longshanks hantar menantu pompuannya suruh direct-nego dengan Wallace (ko ingat Umno saja pandai direct-nego?).


Isabella: The king desires peace.
Wallace:
Longshanks desires peace?
Isabella:
He proposes that you withdraw your attack. In return he grants you title, estates, and this chest of gold which I am to pay to you personally.
Wallace:
A lordship and titles. Gold. That I should become Judas?
Isabella:
Peace is made in such ways.
William:
Slaves are made in such ways.

--------------------------------------------------- 

OMYGOR! THIS IS HUGE!

Maaf, celah masuk cerita Mongs dan DNA testing.
Ini cerita terbaru dan manyak musat di Singapork!!!
Saya astaga 10kali dah.
PAP dari dulu kata - kita bagi pegawai gaji besar di sini agar mereka tak corrupt. Tak macam, ahem, di banyak negara lain (sama sama pahamlah, gaji suami kecil tapi bini belanja beratus-ribu di luar negara, misalnya).
Depa action-jackson clean garmen. Takut pula nanti orang kata: tengok apa berlaku!

DUA pegawai tinggi yang terhormat di Tumasick kena suspend duties disuspect makan duit.
Bukan calang-calang orang beb.
Pegawai No.1 di Civil Defence - commissioner/pesuruhjaya yang jaga firemen dan pertahanan awam.
Pegawai No.1 di Central Narcotic Bureau - pasukan anti-dadah negara.
Mereka dan pegawai lain kena gantung oleh CPIB - badan pencegah rasuah. Kat sini kalau dah kena gantung tu dah serious, walau siasatan masih dijalankan.

---------------------------------------------------
CERITA MONGS


Ini Bah.2 mengenai cerita Mongol zaman Chinggis.
Kebanyakan maklumat dari buku-buku Conn Iggulden - historical-fiction = fakta bercampur dongeng.
Kerana ini blog, bukan buku sejarah, maka salah pun tak apa. Asal saya syiok cerita dan anda pun (mungkin) sedap baca.
Bah.1 The Parting Shot di sini.


BERBUNUH REBUT KUASA

Chinggis Khan, setelah conquer tanah Chin di selatan dan tanah Arab, mula susah hati.
Sama macam kita agaknya - dulu bila miskin nak kaya raya.
Bila dah ada wang berjuta, maka mula pening kepala - jika aku mampoi kelak bagaimana pulak keluarga aku nak jaga harta qaroon ni. Atau mereka akan gaduh?
Chinggis rasa baik pilih satu saja anaknya jadi Khan. Jika pilih dua atau tiga, maka empire akan berpecah.

Tapi siapa nak dipilih?
Anak-anak utama Chinggis (atau Genghis mengikut ejaan ramai) empat ekoq. Bininya ramai, tapi yang empat ekoq ni adalah anak utama dari isteri pertama, Borte.
- Jochi.
- Chagatai.
- Ogedai.
- Tolui.



Masalahnya masa muda semasa Chinggis baru kawin, Borte kena kidnap beberapa bulan oleh kaum Tartar (kaum di selatan Russia yang kini kaum Muslim). Masa tu orang kebas pompuan macam dia curi ayam dan kambing.
Setelah dapat dilepaskan oleh Chinggis, beberapa bulan lepas tu, Borte melahirkan Jochi. Jadi ini anak Chinggis atau anak rogol?
Chinggis bermata kuning (Eye of the Tiger), tapi Jochi berwarna kebiruan.
Jadi dari kecik lagi, Chinggis mengenepikan Jochi.
Tak akan aku naikkan jadi Khan, kata bapanya dalam hati, sebab Jochi bukan pure Mong blood.

Si Chagatai anak kedua pula kaki gaduh. Dan selalu burukkan Jochi ('anak haram'), sehingga mereka kerap bergasak.
Jadi Chinggis takut jika Chagatai dijadikan Khan, Jochi tak akan dengar cakap dan khanate akan berpecah (jika pemimpinnya Sultan, negaranya kita panggil sultanate. Jika Khan, khanate).

Anak ketiganya sama tough dan kurang gila-gaduh. Anak bapak.
Lalu Chinggis namakan Ogedai sebagai penggantinya.




GAMBAR: Banknote Mongolia, 10,000 tugrik (RM22.40).
Depan - gambar Chinggis - eeks ada iras Hadi Awang pulak. Lihat tulisan ala-Uighur-arabic di wang kertas ini. Ia tulisan classical Mongs.
Di bawah kanan - Mong berpedang naik kuda.

Belakang - Courtyard di bandar Karakorum yang dibina Ogedai.
Tulisan di matawang tu ialah mereka hari ini, tulisan cyrilic - sama macam tulisan Russia dan negara east Europe - mereka dulu negara komunis di zaman USSR.
Nampak pokok tu? Ia adalah pokok palsu yang dibina dari pure silver. Nak tunjukkan mereka negara kaya, Ogedai dirikan Silver Tree ini. Aiks, khan pun collect silver beb, so what're waiting for! Tapi tulah, bermegah harta dan bergaduh sama sendiri, akhirnya hancus bangsa kamu.



SAMBUNGAN CERITA:
Anak keempat, Tolui, tak layak kerana 1) dari kecik dah gemuk, maklum anak bongsu dan dimanjakan, jadi tak sekuat panglima Mong lain. 2) Beliau satunya anak Chinggis yang ada scholarly streak - suka ilmu kebomohan dan belajar bahasa-bahasa dan membaca teks (dulu tak ada buku - teks ditulis atas kulit yang bergulung atau atas bamboo). Scholar mereka masa tu pandai bahasa Chin, Arab dan Russia selain bahasa sendiri.

SEBELUM Chinggis mati, nak pastikan Jochi tak beri problem, depa suruh jeneralnya cari Jochi dan bunuh dia. Masa tu, Jochi dah merajuk dan lari ke Siberia. Dikejar jeneral dan diracuni atau dikelar leher - sejarah agak kabur tentang ini.

Jadi bila Chinggis mati, Ogedai menggantikannya.
Bagaimana atok Altantuya yang paling terkenal tu mati? Dah saya cerita dulu.


TAPI Ogedai tak macam bapanya. Dia kata sampai bila kita nak tinggal dalam ger (khemah bulat Mongs) dan bunuh orang sambil bergerak dari bandar ke bandar?
Lalu beliau pulang ke tanahair, dan dirikan Istana megah di tempat yang kini kita panggil Karakorum (GAMBAR).
Rakan saya pernah ke Mongolia dan ibu negara modennya, Ulaan Bator. Katanya Karakorum beberapa ratus kilometer dari Ulaan Bator, tapi jalan ke sana tak cantik, lalu beliau tak gi.

NAK amankan keadaan, Ogedai pecahkan khanate kepada beberapa kawasan besar, dan dibagikan kepada abang dan adiknya untuk perintah - asal cukai nagi kat big boss.
TAPI ada masalah besar untuk empayar Mongs - Ogedai ada penyakit lemah jantung! Beliau suka duduk sorang-sorang dalam istana, hingga tentera Mong semua resah - lembek betoi boss ni, bila kita nak gi perang ni?
Ogedai mati setelah beberapa tahun saja jadi khan, heart attack.


TAWAN MOSCOW, BUDA & PEST



Zaman Ogedai Khan, Mongol terus berkembang, walau agak slow.
Kerana mereka ni perangai gembala - biasa merayap, dan tak semua suka duduk kat tepi Istana, Oegdai hantar juga ribuan yang dah resah tu ke tempat lain.

Jeneral besar Mong, dan anak Ogedai bernama Guyuk diarahkan pergi ke northwest - masuk Eropah untuk besarkan empayar.
Juga turut dalam pembesaran empayar ini ialah anak Jochi (bapak mati, anak hidup) bernama Batu.
Turut serta juga ialah anak-anak Tolui bernama Mongke, Hulagu dan Kublai.

(Chagatai tak ada anak yang terkenal dalam sejarah).


Cukuplah tu. Dah banyak sangat nama! Confuse dah.
Lain kali sajalah tambah bagaimana Hulagu tawan Baghdad dan anak-anaknya masuk Islam.
Hulagu hapuskan sekali lagi castle Assassins yang telah dibina kembali! Jahatnyer Mongs ni.

Siapa yang akhirnya bantu dirikan negara PERSIA dan IRAN? Keturunan Hulagu! Mongol juga!!!


GAMBAR: Hulagu coin. Mereka banyak gunakan silver untuk berdagang dan bayar gaji tentera.

Kublai pula masuk Beijing, dan hidupkan satunya dinasti di China yang bukan berbangsa China.

Dan Tamerlane (Timur the Lame), keturunan Chinggis, jadi pengasas Mughal empire di India -- pembina Taj Mahal dan moyang Shah Rukh Khan. Cerita lama saya tentang Timur dan Babur serta Mughal di sini.

WOW. Begitulah hebatnya keturunan mereka ini!

YANG saya nak cerita:
Guyuk, Mongke dan Batu - tiga cucu Chinggis dari tiga orang anak - bersama tawan Moscow! Yup, hebat beb.
Zaman dulu, bila musim salji, semua rilek. Nobody went to war during winter.

CUCU tiga ekoq ni dasyat. Kerana sungai Moscow beku di musim salji, mereka masuk Moscow dengan naik kuda atas sungai beku itu.
Satu hari saja saja tawan Moscow! Sebab orang semua sedang tidoq kerana musim sujuk.
Only fools follow the law to win anything - 100,000 Mong army masuk Moscow. Fuyoh. Bayangkan mereka bergerak pakai kuda, bawa ger dan keluarga - naik turun gunung lebih kurang 400,00 orang (termasuk 100,000 tentera berkuda)!


Lepas tu mereka terus ke dua bandar utama di Eropah bernama Buda and Pest. Bandar ni dibelah oleh sungai besar Eropah, Danube. Hari ini (GAMBAR) ia dinamakan saja Budapest.
Selain pandai memanah sambil berkuda, taktik perang Mongs juga buat mereka selalu menang.
Macam mana nak lawan tentera Kristian yang 10 kali lebih besar dari Buda dan Pest? Kristian pakai Templar Knights.

Mongol pura-pura lari. Dikejar berhari-hari oleh ribuan knights.
Seberang sebuah sungai kecil Mongs seberang. Musuh tak boleh seberang kerana hanya ada satu jambatan kecil.
Lalu kedua pihak berkhemah malam.
Tapi malam tu juga Mongs seberang sungai beberapa batu di sebelah atas, sedangkan yang lain duduk di seberang sungai hidupkan campfire. Knights tengok - okaylah, Mongs lagi tidor di seberang tu sebab penat dan sujuk, esok saja kita attack mereka.

TIBA-TIBA malam tu juga, Mongs serang dari belakang mereka setelah seberang sungai! Nak lari ke depan tak boleh kerana ada sungai!
Buda dan Pest jatuh.


MEREKA lepas sedang rancang nak masuk Vienna (!!! antara kota termegah masa tu!!!). Malah scout mereka dah sampai di utara Italy - nak tawan Rome dan Roman Empire.
Tiba-tiba, sejarah menunjukkan mereka go-stan balik Karakorum.

Kenapa? Jawapannya: Ogedai, lemah jantung, mampoi.
Tentera diarah pulang, kerana anak Ogedai, Guyuk, nak dijadikan Khan.


GUYUK KHAN GANTI OGEDAI
DIBUNUH, DIGANTI MONGKE

Anak Ogedai, Guyuk mengantikan bapanya.
Tapi beliau ni zalim habis sehingga rakyat benci.
Satu hari, ditemui mati di tengah padang kena tikam.

Diganti oleh Mongke Khan (cucu Chinggis, anak kepada Tolui).
Kat sini naik kembali nama Mongs ni.
Sebab Mongke control Karakorum, adiknya Hulagu dihantar ke tanah Arab suruh hancurkan. Dan adiknya Kublai pula dihantar ke China!



XANADU

Kublai diberi tanah oleh abangnya Mongke Khan ditanah utara China yang telah diconquer atok dulu.
Kublai jadikan bandar Shangdu di utara Peking/Beijing sebagai ibunegerinya.
Untuk Mongs yang lidah pelat, mereka tak boleh sebut Shangdu (banyak makan daging kambing, maka lidah pelat). Lalu mereka sebut Xanadu.

Hahaha. Pertama kali saya dengar perkataan ini ialah bila Olivia Newton-John lagu nyanyi lagu popular ini dalam movie yang sama namanya.


BAYANGKAN. Jika Ogedai tak mati masa tu - Mongs masuk Vienna, Rome. Lepas tu habis satu Eropah.
Sejarah dunia tentunya berubah besar.

12 comments:

Anonymous said...

Kesian Jochi kena bunuh.. patutnya Genghis Khan buat ujian DNA nak pastikan Jochi anak dia atau anak Tartarstan.. atau Genghis takut bukti DNA tu 'diusik'.. haha.. just melawak. Semalat tahun naga Bro Rem..

Anonymous said...

Sudah dilakukan DNA test. Tapi si Chinggis tidak boleh 100% jamin integriti bekas yang simpan DNA. Oleh itu si Chinggis tidak boleh bergantung kepada bukti air mani. Si Chinggis hanya ada keterangan Bortha (saksi pertama). Chinggis lagi pon tidak boleh sabit kepada keterangan saksi pertama sahaja. Oleh itu, baik bunuh semuanya.

keramat mali said...

Reme

Den nak habaq cerita pasal Shahrukh Khan pulak.

Dia ni masa belum cebur diri dalam dunia felem, dibesarkan di quarter Old Delhi @ kawasan Islam zaman Mughal dekat masjid Jamek. Sekarang tempat tu dah macam rumah setinggan sebab orang Islam bukan lagi pemerinah India.

Dulu Shahrukh Khan ni kerja kat restoren jadi waiter saja. Kalau kat kedai mamak kita panggil macha untuk order teh tarik.

kalau tak percaya boleh tanya jiran dia kat Old Delhi.

katrina said...

Memang kagum bila baca sejarah atau tengok movie2 zaman mereka dulu - leaders brave and powerful, berpedang, berkuda, cara2 pemerintahan mereka serta adat2 mereka yang indah dan berwarna warni.

Pasai apa takder macam ni sekarang?

remgold said...

yo bro,
yg kamu bincang dna ala-anwar tu apasai! hahaha.
mongs mandi hadas pun tak tahu, kamu suruh dia buat ujian dna. makmal belum siap di karakorum masa tu :-)

tentang SRK,
kita sama hensome dgnnya, cuma beza shahrukh dgn kita dua saja: pertama, nasib dia baik.
kedua, dia pandai gelek. pork chic nak gelek, tapi lutut lemah. lebih lagi nak gelek depan Kajol. hee.
lebih baik pork chic jual teh tarik kat kedai mamak ampang.

katrina,
tentang cerita lama ni, memang nampak teror. tapi saya rasa hidup zaman dulu tu tak begitu hebat. tentunya payah.
sama juga cerita hang tuah dan keempat panglima (dongeng, bukan cerita betul) lawan pirates of the melaka-caribbean, eh wah eh wah hebat.
atau sarjan hassan lawan komunis (dongeng juga), nampak macam teror.
mahupun melayu bantah pelan malayan union british (ini pun tak lama lagi akan didongengkan!).

sama juga anwar atau najib nih - lagi 50thn kelak, kita akan pandang belakang dan kata - wah hebatnya pertarungan mereka, sehingga anwar/najib (sila pilih) menang besar dan msia jadi negara numero uno di dunia.
walhal benda tu hari ini memeningkan semua orang.

saya cerita panjang lebar cerita mongs ni sebab syiok membaca. tak ada niat lain.
yg saya rasa hebat dan terkejut ialah rupanya chinggis ni sorang gegarkan dunia dan merubah dunia. dari eropah, kpd timur tengah dan china, malah mughal india pun mereka juga.

saya pernah baca siri cerita sejarah alexander the great (tulisan Massimo Manfredi = 5buku kalau tak salah, 10thn lalu).
beliau juga conquer banyak tempat = egypt dan middle east, transoxiana (iaiut- afghan-samarkand), india pun.
tapi tak sehebat apa keturunannnya sebab beliau mati muda (33tahun?) dan diketahui beliau ni suka pompuan dan jantan (menurut ceritanya, begitulah ramai orang greek dan macedonia zaman tu).

tapi sejarah chinggis sungguh canggih.

Anonymous said...

http://3.bp.blogspot.com/-gkaX2S42O_8/Tx0z6RSeyPI/AAAAAAAAQhg/AGBMYUBKrO4/s640/403280_3178255260493_839874874_n.jpg

ninotaziz said...

There is an epic poem spmewhere in there.

Cat-from-Sydney said...

Uncle Rem,
Ada ke coin Chinggis dalam simpanan? What's the value now? purrr....meow!

Timur Tengah said...

Reme,

Scotland ni macam Terengganu dalam Msia. Kaya minyak... teringat James Bond Sean Connery with his Scottish cause.

Salam _ Doha, State of Qatar

Anonymous said...

Nama perang lawan Englang tu ialah The Battle of Stirling Bridge. Tapi dalam filim perang kat tengah padang bukan kat jambatan. haha... produser nak save budget kot. Saya dah naik ke puncak monumen William Wallace di Stirling dan dari situ boleh nampak Ochil Hill adn Forth Valley tempat pertempuran antara The Highlanders dengan Englang. Dikatakan dipuncak bukit dimana lokasi monument tu sekarang tempat Wallace dok peratikan tentera Englang.

Anonymous said...

Bila nak tulis fasal Ron Paul ?

remgold said...

Cat,
unkerr tak simpan coin mongolia.
negeri kecik seperti mongolia, singapore, malaysia, etc coin dan banknote kebanyakannya hanya disimpan oleh orang tempatan.
tak seperti coin america, england, negara eropah yg besar, di mana collector seluruh dunia simpan.

sebagai hobi ok jika nak collect, tapi jika nak harap harga naik dalam lima tahun pun, agak senak.
saya ada hanya satu banknote mongolia - ada gambar muka chinggis kat depan, di belakang gambar ger ditarik lembu:

http://notanumis.blogspot.com/2011/11/chinggis-timur-babur-mughal.html?showComment=1327546659674#c6703986564924116288

nak beli yg lain, saya rasa tak payah lah sebab nak simpan banknote ni payah - takut terlipat, jika kering sangat jadi coklat warnanya, jika kena moisture berkedut.
lagipun tak akan naik harga.
jadi kebanyakan coin unkerr ialah silver dan gold. mudah nak jual jika perlu duit.

nak simpan old dan ancient islamic coins pula - yg dari empayar ottoman, abbasiyah, sumatra, etc cantik - manyak mahat.

kpd sheikh yg dah ke stirling bridge itu. cantik bro - kongsi gambaq boleh? link ke blog anda, flickr, atau email kpd saya.
tak mampu nak ke sana, dapat kongsi cerita dan gambaq pun manis.


tentang ron paul, bro, dulu hamba cerita sikit tentang republican fight ni - go-stan posting bulan lalu.
tapi nampak republican race ni dah jadi 2-horse race: romney dan gingrich.
paul dan santorum, saya rasa, akan kalah.
si republican ni bodoh, gaduh sama sendiri, menguatkan obama!