WANG KERTAS BARU MALAYSIA
Saya pun dah beli, dan Bank Negara keluarkan ribuan, sehingga harganya jatuh.
Pandai berniaga, tapi BNM belum pandai main benda ni sangat. Sebab marah collector dan hobbyist jika benda yang mereka baru beli dah jatuh harga.
Bank pusat negara lain dan mint selalunya bila issue coin atau banknote, mereka pandai release agar harganya tetap atau naik secara perlahan, agar orang tak marah. Baca sini.
-----------------------------------
TERBARU - EMAS PERAK
Itu rupanya permainan Singapore buang GST bagi emas dan perak - cerita lama saya.
Pandai Abang Loong.
-----------------------------------
CERITA ASAL
Kenapa perfumes pompuan dan cologne jantan mesti omputeh yang buat, ataupun omitam dari negara barat?
Payah nak dapat selain brand seperti Issey Miyaki dan Anna Sui, yang datang dari Asia.
Saya nampak ada juga brand Shah Rukh Khan - tapi yang beli hanya pekerja India di Mustaffa Centre.
Kenapa tak ada brand Kak Mah Belacan No.5 atau SimplySiti's CoolDurian yg dipuja ramai?
Atau mungkin Ho Ching 4RunTalons?
Kenapa mesti popular hanya Chanel No.5 dan Davidoff CoolWater? Lihat top fragrances di online seller di sini (tak tahu tepat atau tidak senarai ini).
GAMBAR: Gwen Stefani's Harajuku Lovers perfumes. Nama Jepang, tapi pompuan barat yg curi!
Saya bertanya ni sebab sedang sibuk baca latar belakang ekonomi dan perangai Jepang ni. Nak paham sikit apa yg motivate mereka.
Just a Fun Research Project for a bored old man - tak dapat bayaran apa-apa dan tak berguna utk sesiapa melainkan diri sendiri.
Kaum samurai, Si Pak 'Pun, ialah kaum militant, menurut sejarah mereka.
Mereka sama seperti kaum Afghanistan, Iraq, Iran, Yemen etc - yang suka berperang dan serang-menyerang. Dari zaman samurai, ke zaman 'Bagero, kepala potong'.
Ini jauh berbeza dgn kita malayos di Malaya dan Temasek - kaum yg tak pandai perang sangat (cerita Hang Tuah dan LTC Adnan dongeng -penipuan oleh orang tua kita rupanya!!!), tak suka argue dan senang kena buli.
Kita dah AMOK baru orang takut.
DAH seminggu dua ni saya sibuk nonton kat Youtube - Final Fantasy trailers, juga Sailor Moon part 1 dan kartoon Gundam (Yang tak perlu, Pokemon dan Doraemon, yg saya dah paham pun).
Dan saya ke China Square Centre mall di Temasek dua kali, minggu lalu - orang gila saja yg jalan2 gini hari tak kerja.
Di mall tu ada banyak kedai jual patung dan barangan mainan Jepun seperti yang di sebut di atas, serta Mecha anime (mechanical robots seperti Power Rangers' Megazord) dan manga.
Kebetulan saya ada patung Megazord (Power Rangers in Space) anak saya yg lama. Depa kecik dulu suka dgn patung jepang ni. Sekarang dia dah bujang, bapak dia yg main patung tu.
Saya lupa namanya, lalu berjam-jam cari apa nama patung ni kat Internet baru jumpa: Thunder Megazord (woah, garangnyer nama), GAMBAR ATAS.
Hee, pork chick gila juga beli di mall tu second-hand Mega Voyager Megazord!
Mahal oi, walau second-hand. GAMBAR.
Syok yang ni boleh dismantle - lihat Youtube dismantle dan pasang-kembali. Syok wor! Sila nonton hingga tamat - permainan sambung patung mereka saja dah tunjuk bijaknya Jepang ni. Ish segan aku. Kita nak pasang homemade bomb pun meletup kat rumah sewa di Thailand. Bahalol sakan.
PANTAI SABAK
Si Pak 'Pun ni dulu mereka militant, lalu teruk kena bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.
Ini setelah mereka bantai orang tua kita bila conquer Malaya dan Singapork. Saya harap anda dah nonton sejak seminggu ini dokumentari2 panjang di History Channel tentang penjajahan negara kita oleh Jepang.
Mereka masuk gunakan Pantai Sabak di Klate (dekat airport Kota Bharu - saya kerap ke sana bila nak tunggu flight, naik teksi, nak lihat kemiskinan rakyat yg mengingatkan saya ke kampung saya semasa kecil) -- lalu naik basikal conquer Kuantan, KL, Johor. Lepas tu jewel of the British empire in the east, Singapork darul omputeh, jatuh.
Mereka juga masa tu perang di China, conquer Philippines, Sumatra, Jawa dan kepulauan lain.
Mereka buat railway (movie Bridge over the River Kwai) dari Thailand ke Burma, kerana nak masuk dan conquer India! The biggest jewel of the British Raj.
Dah kena bom atom, Jepang buang senjata terus!
Hingga kini, dah 70tahun, terus jadi Pacifist Nation - negara yg tak mahu gunakan senjata. Mereka ada tentera etc, tapi tak digunakan utk berperang lagi.
Lalu energy 'militant' itu disalurkan kpd menaikkan nama mereka dibidang teknologi - buat kereta, barang rumah dan dapur, dan lainnya.
Saya dah sebut dah jenama mereka Toyota Honda Sony Toshiba National Sharp Panasonic etc etc etc dan etc. Terlalu banyak brand mereka!
Bayangkan jika kita dapat buat yg sama kepada Iraq, Egypt dan Afghanistan. Libya, Yemen dan Tunisia.
All these excess anger and angst are turned towards production of goods and services for the world.
CHINA juga begitu - dulu sibuk berperang sama sendiri di bawah period Seven Kingdoms, jadi Romance of the Three Kingdoms, lepas tu disatukan Qin Shi Huang (Shih Huang Tee) jadi negara bernama 'China' di bawah Chin dynasty; lepas tu kena conquer Mongols. Dijajah pula negara-negara keparat...maaf, barat, lepas tu Jepun pula.
Marah Mao Zedong naik pula Komunis, lepas tu pembunuhan beramai-ramai dalam 10tahun Cultural Revolution (macam hari ni Taliban Gila bunuh orang dia sendiri dan Iraq-Libya sibuk tembak bangsa sendiri).
SAYA bukan historian, cuma amateur reader, jadi tak ada jawapan. Cuma tentunya ada great leadership yg bantu negara sampah seperti Jepang setelah kalah World War 2 dan China setelah Gang of Four ditangkap naik jadi world-beaters.
Ah, sayang, dunia Muslim sungguh perlukan seorang pemimpin besar.
BALIK KEPADA PARFUMS:
Eh! Ada pun parfums pompuan jenama Jepang, Harajuku.
Malang, ia dikeluarkan pompuan omputih Gwen Stefani. Tidoq Si Pak 'Pun ni! Omputih dah curi brand name tempat mereka, made millions!!!
Takpelah, saya terus menunggu parfum ChinaDoll dan CowDung keluaran Meysia.
Dan jenama Paid&Paid serta HiSalarymen keluaran Temasek Holdings di Singapork.
We live in hope.
-----------------------------------
* Apa tu 'kawaii'? Saya baru paham semalam. Terima kaseyyy Londong.
-----------------------------------
COLOGNE pujaan saya ialah 1Million oleh Paco Rabanne (maaf, bukan nasyid group Rabbani! Dan bukan RebanAyam). GAMBAR.
Bukan sebab baunya sedap, tapi it makes me feel like a million dollars - ia berbentuk gold bar.
Saya pernah sengaja keluarkan dalam kedai kopi di Singapork, nak action.
Bersinar keluar dari beg, orang ingat - "Oh man, look at that guy with the gold bar. Meley some more! Must be a blardy robber".
Video: At the Last Rally
1 hour ago








3 comments:
Salam Op Ed
Menarik tajuk kali ini dan saya dulu pun tertanya hal yang sama. Kemudian baru saya dapat jawapan bila dapat rakan sekerja orang Jepun.
Menurut dia, dahulu Jepun jugak sabuah negara yang bergantung sepenuhnya pada pertanian.
Namun pada akhir kurun ke-19, Maharaja Jepun perasan bahawa negara mereka mungkin akan terus susah apalagi musim sejuk jika terus bergantung kepada pertanian dan tidak berubah seperti revolusi industri dan perdagangan yang rancak di Eropah ketika itu.
Tetapi mereka tiada bahan mentah ie bijih, oil, etc dan juga kerana masalah bahasa, mereka sukar untuk berdagang.
Lalu di hantar rakyatnya ke US dan Eropah untuk belajar pelbagai bidang dari industri, military, commerce dan banyak lagi.
Bila rakyat Jepun ini pulang, mereka membawa balik pelbagai ilmu termasuk militari dan juga ideologi politik yang baru.
Masalah ketika itu, ada ilmu tetapi tiada bahan mentah dan modal untuk berdagang. Mereka tiada hasil yang berharga yang boleh ditukar beli untuk mendapatkan bahan mentah.
Dan mereka tidak sekali akan membenarkan syarikat besar seperti British East India co, Dutch East India, Spain, Germany dan lain lain
menguasai ekonomi mereka seperti yang terjadi di Hong Kong dan China
Pada ketika itu, ideologi militari ( siapa kuat ) agak ketara dan langkah ini lah yang di ambil kerajaan Jepun untuk menakluki Manchuria dan China dan seterusnya hingga ke Asean bagi menguasai bahan mentah untuk memajukan industri negara Jepun.
Pendek cerita, lepas kalah WWII, Ideologi industri ini masih di teruskan tetapi dengan bantuan US dan Eropah dari segi bahan mentah serta ilmu dan di bantu juga agar barangan buatan Jepun ini dapat diekspot ke luar negara seperti Asia. Ini termasuk lah Honda Cub.
Dan cerita seterusnya mengenai Industri Jepun ini adalah seperti kita semua sedia maklum pada hari ini.
Dan ideologi yang sama juga di amalkan di korea walaupun agak lewat sedikit.
Waallahualam.
-Malik-
terima kaseyyy malik. dah baca tulisan anda baru saya teringat Marshall Plan = reconstruction plan utk eropah.
Amerika sebelum World War 2 tak begitu kuat. tapi kerana ia jauh di seberang lautan, setelah hitler dan mussolini bantai eropah, amerika jadi kuat. the only major country not much affected by WW 2.
lalu ia adakan Marshall Plan - sila wiki = beri bantuan ekonomi kpd eropah - beli barangan amerika, yg dihantar ke eropah dgn kapal2 amerika! kaya mereka, jadi superpower setelah eropah lemah.
sama game mereka main di iraq = iraq OIL used to pay for iraq reconstruction, using american contractors yg makan babi kayakan diri.
dan mereka main sama game di egypt, libya, yemen, etc.
yg bahalol, umat bernama m.
divide and rule.
yg sokong shah of iran, gaddafi, mubarak, pemerintah tunisia, ko ingat siapa?
tapi bila dah tak manis, kena tendang. yg bodoh diperkudakan, kita juga.
(kini si bodoh ialah pemerintah diperkuda di saudi, bahrain, etc di arab dan juga di kawasan kita ni. kalau dia dah masuk esok, cantik dibuka semua, senang nak control).
utk jepang setelah WW2, mereka ada EROA dan GARIOA (google). di mana general amerika macarthur masuk jepang yg tewas dan dictate things.
tapi pandai jepang ni gunakan peluang kalah perang utk baiki diri.
kini china pun dah naik. sebab tu saya sokong china ni naik, sebab saya tak percaya amerika (mahupun russia) ni seorang saja jadi superpower. a lone superpower tends to bully people. lumrah manusia.
tambahan:
kira-kira 20thn dulu pun, semasa orang masih tertawakan china dan india sebagai negara miskin dan bongok, pemerintah singapork bawa teknocrat dan pekerja serta pegawai mereka training di temasek.
factory and manufacturing, management, technical and industrial.
bila kedua negara tu naik kini, mereka tak lupa pulau kecik ini. sebab tu singapork dan china serta india ada seperti special relationship, yg payah orang nak renggangkan. we were their friends when others were not.
negara arab yg banyak wang (saudi bahrain qatar dubai abudhabi) sepatutnya membiayai - jika belum dibuat - teknocrat, pekerja serta pegawai negara seperti iraq, afghanistan, yemen etc ni. hantar mereka belajar di luar negara. jika perlu, siapkan pegawai translation, atau lebih baik, ajar mereka bahasa omputeh pun (language course) agar dapat ikuti kursus. boleh dibawa kpd negara kelak.
mungkin kita kata bawa 50-100 orang takkan cukup, tapi kenalah bermula walau kecil. jepun tu pun dulu tentunya gitu. emperor hantar group kecil utk tambah ilmu.
jika tidak sampai bila umat m akan terus dipandang rendah walau banyak duit mana pun. kamu lihat saja, bila diskandalkan projek di meysia mesti projek yg ada melayu. jarang projek bangsa lain yg bawa. sebab orang pandang rendah bangsa. walhal takkan melayu saja yg mereng corrupt?
jika bangsa lain dapat big project tak apa, mereka 'ada kebolehan', bila melayu dapat ia kerana 'cronyism' dan 'corruption' dan digembar-gemburkan.
memang kadang tepat pun, tapi kadang kerana orang main race card dan perbodohkan kita.
di indonesia, ada pemimpin golkar buat permainan yg pandai.
mereka hantar anak tempatan yg bijak - mungkin 10setahun - ke harvard dan uni top lain di luar negara. bila pulang kelak, mereka dibawa masuk ke dalam golkar.
paling tidak, mereka akan simpati terhadap parti itu.
Post a Comment