Wednesday, 15 February 2012

Lari! Cepat!!!! (a better mouse trap)

KRISIS PEMBANGKANG TEMASEK


Hmmm, tepaksa juga saya masuk bab politik.
Bila pembangkang Workers Party menang enam kerusi dalam pilihanraya Singapore Mei lalu, bergoncang takhta PAP.
Dan muka baru yang jadi harapan pembangkang ialah Yaw Shin Leong. Kini mamat yang dah kahwin ni dituduh syiok dengan pompuan pembangkang lain, tapi buat donno.
Kini mengejutkan - kena tendang dari parti itu, kerana tidak mahu menerangkan dalam meeting WP apa yang berlaku.
Nampaknya akan ada by-election. Di sini dan sini.

Dan mungkin, langkah ini akan menarik lebih Banyak undi untuk pembangkang.
YAY! Syiok dapat by-election. Better to play political games and attack one another like in Malaysia, rather than having a dull life going to work and writing stupid blogs.

-----------------------------------------
POSTING SEBELUMNYA

Sejak kena penyakit yang boleh bawa maut ni, dah tiga tahun lebih, saya sibuk ler nak exercise.
Dulu jika jalan kaki, 100m tu macam rekod untuk setahun.

Pejabat saya lebih-kurang 2km dari office, dan hanya satu stesen MRT.
Tapi saya gi kerja dan balik kerja dulu naik teksi woi! Sebab takut berpeluh jika jalan kaki antara rumah dan stesen, dan dari stesen kedua ke pejabat!
Tak sedap rasanya jika berpeluh. Bodohnya aku.




Lalu meletup penyakit. Terus masuk hospital. 
Baru Lamunan Terhenti. Nasib baik jantung tak terhenti.

Dah kena diabetes, baru tahu - perlu exercise.
Ini selain jaga permakanan.
Bukan tak boleh makan yang sedap, tapi kena kurangkan.
Dan tiap hari kena telan beberapa pil nak turunkan gula dalam badan, nak pastikan tak kena heart attack, blood pressure tak naik. Padan muka aku.

JADI selepas tu, saya sibuk nak beli running shoes.
Nak gi gym.
Orang tak 'caya bila nampak saya dalam gym.
Dulu saya tak pernah jenguk pun gym di tingkat tujuh pejabat tu.

Tapi nak beli kasut pun rupanya ada bermacam jenis. Macam-macam ada!
Trail running, trainer, cross-trainer, gym shoes, for trekking, mountain climbing, water shoes, yoga.
Ini belum lagi masuk biking, mountain biking, hiking, snowboarding.

Makkkk tolong aku, saya tak tahu pun.
Pandai penjual ni nak CONsumerkan kita! Agaknya yang belum ada ialah sports shoes apa nak pakai jika kita mampoi.
Masa saya kecik dulu, kasut sekolah putih tu - yang paling mahal dulu kasut Bata - satu-satunya kasut.
Nak ke sekolah, masa PE (physical education), main bola kat padang dengan rakan, atau basketball mahupun gi shopping lepas sekolah, itulah kasut aku.

Kasut sports pertama tiga tahun dulu (setelah hampir maut) ialah kasut hitam New Balance. Jenis ikat kasut biasa - pakai tali.
Lepas tu macam syiok pula jalan-jalan pakai kasut sukan - dan bukan 'office shoes'.
Lalu beli beberapa yang lain jenis bertali.
Lece juga untuk orang tua macam saya yg susah nak bongkok, jika tali kasut terlerai. Kena duduk kat bangku nak ikat semula.
Dan bila masuk toilet basah, alamak, payah nak ikat tali kasut dan rasa geli jika tali terkena air kat lantai.


TAPI BARU ni ternampak pula ada shoe laces jenis lain.
Kasut Solomon dari Amerika. Molek designnya, tapi yang paling saya suka ialah ia tali kasut yang Oldman-friendly (untuk pork chick).
Lihat GAMBAR. Ini mungkin bukan teknologi baru, cuma saya jakun baru nampak.
Tak payah nak sibuk-sibuk ikat lagi.
Hanya pegang dan TOLAK hujung tali itu (ada sejenis knob), tali akan terikat kuat.
Jika nak buka kasut, hanya TARIK tali nipis tu. Wow!
Itulah kasut sukan termahal yang saya pernah beli, tapi seronok tak payah ikat lagi.


YOUTUBE: Lihat speed-lace Salomon ni. Tali hitam nylon itu dalamnya kevlar - very strong material used also in bullet-proof vests.




CARA ikat begini sungguh penting jika kita sedang lari dalam perlumbaan - baik 100m dash mahupun marathon.
Atau kita sedang panjat gunung, kan lece jika tali kasut terlerai! Sujuk kamu nak buka glove nak ikat tali kasut!!!


DAN BARU ni pula, lagi teknologi baru saya jumpa - saya katakan 'baru' sebab saya baru jumpa. Mungkin anda dah tahu bertahun pun!
Hanya jenama North Face ni yang saya nampak pakai teknologi ini - saya jumpa ketika cari boot musim sujuk. North Face memang terkenal menjual mountain climbing, trekking dan snow-boots, selain haversack dan pakaian memanjat lain.

Buatan Amerika juga, North Face, saya sangka, diambil sempena nama Eiger mountain di Switzerland. Sesiapa yang boleh panjat gunung ini melalui north-face (bahagian yang menghadap utara), teror woi. Sebab payah nak panjat.
Atau mungkin diambil nama sebuah lagi mountain yang menakutkan untuk dipanjat, gunung K2. Terletak di Pakistan, ia gunung kedua tertinggi selepas Mount Everest, yang mudah dipanjat.
Nak panjat Everest kita boleh 'jalan' saja for the most part.
Nak naik K2, kena betul-betul pandai panjat gunung pakai tali etc. Dari setiap empat orang yang cuba naik K2, satu mampoi. Nak naik north face (atau North Ridge) gunung K2, lagi bahaya!
Tapi dah baca kat wiki, rupanya nama North Face sempena north face of the famous Half Dome mountain di Yosemite National Park. Susah nak panjat.
MISTERI = Kenapa north face gunung ni selalu bahaya eh?

BALIK CITER KASUT: Belek punya belek ternampak cara mengikat tali yang baru!
Ia gunakan wire juga (seperti kasut Solomon), tapi cara ikat tali kasut macam kita pusing dial radio - dipanggil Boa system (boa = ular sawa besar yang bunuh orang dengan memutar badannya di leher mangsa). GAMBAR.

YOUTUBE: Cara gunakan Boa. Clockwise ketatkan tali-kasut yang diperbuat daripada besi. Nak buka kasut? Anda tarik knob tu keluar (tak payah pusing).




Begitulah canggihnya mereka CONsumerkan kita heh.
Apa pun, bagus juga tech begini.
Resolving a very old issue by employing new methods. Boleh beri idea kepada kita bahawa benda yang kita rasa 'terpaksa buat gitu' anda boleh jadi kaya jika design yang lebih mudah digunakan orang.

MUDAH contohnya: kereta yang anda naik tu. Zaman saya dulu, 1960an, tak pakai signal light dan tak ada aircon.
Nak masuk lorong kanan? Drebar keluarkan tangan dari tingkap dan lambai-lambai.
Nak masuk lorong kiri? Drebar keluar tangan dan bengkok lengan - agar kereta belakang nampak.
Jika hujan, sebab tak ada aircon, tangan basah, dan tingkap kena tutup - berpeluh kita kat dalam kereta tu!

UPGRADE the design of simple things, patent it, and you can become rich!
The world always will need A Better Mouse trap!


SEJAK belek kasut ni, dah jumpa beberapa brand lain yang orang jarang pakai. Kita dah diCONsumerkan dengan Nike Adidas Puma NewBalance Reebok (juga Umbro Admiral Lotto etc).


Selain Salomon dan North Face (keduanya buatan Amerika dan pembuat climbing gear), saya juga mula 'nampak' brand Amerika yang dua lagi, Columbia (pembuat climbing gear) dan Saucony.
Jangan lupa juga Skechers, yang dulu dipopularkan oleh Britney Spears.
Antara brand ni semua, yang paling cantik warna-warni ialah Saucony. Tapi terlalu 'pompuan' untuk saya. Very nice rainbow colours kasut mereka ni (GAMBAR).
"Wow, nice shoes, pity the oldman wearing them is ugly and kinda limp along like Mas Selamat". Kahkahkah.
Dari Jepang ialah Mizuno serta Asics.

CUKUPLAH tu. Dah lelah saya cerita panjang lebar ni. Tapi jika anda masih tak beli kasut lari dan start jog-walk atau masuk gym, memang kamu nak kena sambar geledek.
Lari!
CEPAT!!!

16 comments:

Anonymous said...

Wonder how al-ikhsan is doing. Selalu advertise jualan kasut yang berbagai. Ada dari semurah sekitar RM100 dan ada yang boleh tahan mahal regernyer. apa yang penting belila kasut jogging and jinak jinakkan diri beriadah. Tengok org Tionghus di taman2 perumahan, ramai yang briskwalking atau jogging atau tai chi atau main tenis, yg puteri/putera sebok berpolitik kedai kopi!

Cat-from-Sydney said...

Uncle Rem,
Jadi kuch senang...walaupun ada 4 kaki setiap seekor, tak payah susah-susah pakai kasut. Kami hanya berkaki kucing (takkan nak kata kaki ayam kot...) dan boleh buat semua - berjalan, berlari, memanjat, menggeliat, berguling. Jimat!!! purrr....meow!

arcadia said...

hehehe Encik Rem xnak cuba Vibram Five Fingers?

k-mali said...

pakai kasut panther pun boleh jugak Pak Rem. Dulu masa sekolah, den pakai kasut tu, member semua jadi jakun.

Depa tak tau den kena tolong pak sedara jual air tebu tepi jalan sebab nak kumpul duit beli kasut glamer tu. Lepas tu pi turun kat woodland semata mata nak beli kasut panther tu. Malam tu tidur pun pakai kasut baru.

la ni den pi jogging pakai kasut cap ayam aje.

Anonymous said...

al-ikhsan bermula dari budak U je. dari sekecik2. skang dah nationwide.

konsep ni mula ditiru al-jabbar dll.

ps: komen skit psl tan sri hassan merican kije kat singapork.

remgold said...

pertama kali nampak orang pakai kasut five fingers - ingat mamat ni gila, pakai stokin gi jalan-jalan!
tak tahu saya sama ada selesa atau tidak jika bawa lari satu kampung, tapi tak nampak manis dipakai ke sana ke mari, pada saya.

terbaikkkk dulu kita dapat kasut baru, ya k-mali. kini dah jadi middle class, semua yg dibeli dah turun nilai dari kacamata kita. beli tv 65inch pun biasa, kasut baru pun just another to add to the dozen, baju dah 20-30, icebox dah besar sampai ke langit, beli laptop pun macam tak apa-apa sangat sebab dah ada dua.

tentang hassan marican ni - dulu petronas lah yg buat msia mampu merampok...oh maaf...membina banyak infra.
putrajaya dgn harga rm20bil dibina dengan CASH (tak ada loan) gunakan wang petronas.
orang yg tolong kembangkan syarikat tu jadi world famous dan world beater (termasuk arwah tan sri azizan) kita patut jadikan hero.
tapi tan sri hassan lawan najib gang dulu, maka disisir. untung negeri aku sebab kamu bodoh.

Anonymous said...

Salam Op Ed

Di Spore baru ada rumours dan tidak mahu menjawab dalam meting dah kena tendang keluar parti.

Di Malaysia, dengan video sebagai bukti, tetapi masih jadi ketua dan siap di defence lagi oleh partner terutama yang Islam.

Pelik betul Singapura ni.

-Malik-

Anonymous said...

Kalau boleh elakkan pemakanan ubat yg di-berikan doktor seperti statins,cozaar etc..kesan sampingannya boleh mengakibatkan yg lain pula.

Kalau boleh minum koko yg tidak di-proses tanpa susu atau gula 3x satu hari,ulam bawang/petai etc..ikan setiap hari Daging boleh juga makan tetapi 1 minggu 2x.

Mengapa mesti mengheret kaki yg sakit setiap hari? tak macholah gitu. get over and done with it. Siapkan dalam $24,000 duduk kelas A 6 malam (private specialist) Total knee replace therapy. itu pun kalau cartillage/tulang rawan dah licin kosong.

Kalau kita panggil private therapists seminggu sekali (4x) dan dah tahu macam mana exercise yg tepat untuk pemulihan, dalam 5 bulan kita dah boleh lakukan solat macam orang muda.Tak ingin ke? Duit boleh cari beb...

PS..dalam TKR operation. Carilah private specialist yg best sekali.Kerana barang yg mereka masukkan ganti lutut kita mesti nak tulen/kepakaran yg baik dan betul. Sekarang dah ada kaedah pakar yg boleh tunekan sampai max untuk lutut kita boleh di-bengkokkan...tetapi road to recovery terpulanglah pada diri kita. Sakit dan malas bila nak work out..tetapi sekarang my wife dah boleh berjalan macam sweet 25.

Lutut punya cerita memang semua orang fobia beb. Tapi kalau nak kualiti up sikit...rutin pergerakkan harian...solat no prob.

JUST DO IT not DUIT aje!
Thanks for reading Rem.

remgold said...

malik,
lain benar cara permainan politik walau kita berjiran.
tak semestinya yg di spore baik, yg di msia buruk.
di spore, kedua pihak mau dilihat sebagar whiter-than-white. dan pembangkang TIDAK menyerang pemerintah dlm semua isu. kalau tidak rakyat letih.
mereka main game sebagai 'loyal opposition'.

di msia, kerana pembangkang rasa boleh takeover govt tak lama lagi, mereka serang semua isu.
dan kerana memang banyak isu kontroversi pun, ok lah tu. cuma yg pembangkang msia ni, kalau saya yg control, saya rasa kurangkan main game, kerana rakyat dah letih.

tak semua isu pun patut diserang. misalnya FDI jatuh dulu, sibuk tony pua panggil press conference tuduh macam2. lepas tu, bila FDI naik, sonyap pulak.
di spore, isu fdi dan pelaburan keluar masuk negara tidak dikacau pembangkang kerana semua tahu itu isu nasional. govt mana pun pasti kena jaga baik hati pelabur asing, jadi tak digodam dgn tuduhan melulu, lepas tu bila benda dah pulih, malu duduk diam. sedangkan kerana kamu telah attack dulu, nama negara dah busuk.

isu lynas pula, salah dulu govt tak beritahu rakyat tapi sonyap2 bawa masuk.
dah terdedah dan diberi explanation, saya dah confuse. kerana pada saya dah diexplain jelas, tapi utk pembangkang terus diserang jadikan modal.
esok jika pakatan jadi pemerintah dan bawa pelabur, akan diserang sama oleh bn. negara kecoh walhal isu itu utk kebaikan negara pun.
maknanya nak serang pakai lah intelektual argument, bukan naikkan emosi orang nak dapat undi.

sebab itu saya khuatir utk msia. esok PR jadi garmen, BN akan buat serupa yg kamu buat. sebab kamu dah ajar mereka - bukan kebenaran yg penting,tapi naikkan emosi orang ramai agar benci kerajaan yg memerintah.
(panjang aku jawab soalan pendek! lepaskan marah sesekali!).

tentang makan ubat ni Doc, ada dua pendapat:
1) ada individu yg saya kenal, yg tak akan makan ubat langsung. kerana memang kita telan panadol atau kimia lain dikhuatiri bawa kesan jangka panjang.
mereka tahan sakit, tak minum air manis, makan dijaga rapi, exercise baik etc.
2) saya ni di golongan tak tahan sakit. hee.
tentang sakit lutut tu - lutut saya tegang. nak naik tangga kena slow. nak turun tangga lagi payah!
tapi saya ada 'ubat' sendiri. ada tukang urut yg dah kurangkan keperitan. dah kurang tempang.
masalah tempang saya bermula bila saya kerja duduk berjam2 kat spore - dulu saya reporter banyak jalan.
kini banyak duduk, lutut bengkok.

tukang urut saya kalau urut, nak pingsan aku. tapi dah semakin pulih.
ada dua rakan saya buat apa yg tuan tulis - masuk operation room. unkerr takut wor. lagipun kena ribuan dolar, tak cukup tambanglah ($24,000!!!).
kalau makan pill lutut pun, saya makan glucosamine.
ok tak beb?
makan koko tanpa diproses? hmmm nanti hamba check around.

di masjid spore setiap jumaat, di semua masjid (yg saya nampak) akan disiapkan satu dua row kerusi. utk orang tua duduk solat.
lama2 aku pun kena join juga agaknya. itulah masalah negara orang tua seperti spore dan jepun ni. nobody wants us. sob!

Anonymous said...

Assalamualaikom;

Sdr Rem ada diabetes ke? Mungkin boleh cuba supplement diet dengan mana-mana sayuran/buah-buahan kampung.

ninotaziz said...

Dear Sir Remgold!
The movie producer called me on my old handphone, tracked me down to my new handphone and has called me for a meeting. I am panicking. Excited gila...

Just thought I would keep you updated.

Your crazy idea has kept me going.

ninotaziz said...

Sorry, I have nothing in my garden for diabetes. Today I cooked my hubby Maggi, (busy - tonnes of writing to be done) tapi letak bunga kantan and daun limau from the garden. The verdict : I cook the BEST Maggi in the whole world.

Our daun kari pun harum semerbak.

remgold said...

Anon 11:33,
kasi lebih maklumat pls.

ninot,
eh bestnyer! jika Dragon of Cheney Lake jadi movie, wah u jadi kaya macam yusof haslam.
jika naik s-class jalan kat keramat, dan nampak pakcik tua seberang tempang, jangan langgar pula. mungkin si cacat tu penulis blog remgold. kesian aku.

braders sistahs,
diabetes ni turun-temurun. dulu saya suka minum pepsi berbotol tiap hari, padan muka aku. nasib baik tak tendang baldi (kick the bucket).
tapi mudah dijaga jika exercise, kurangkan makan, telan ubat harian dan gumbira ngobrol blog (yg akhirnya dongeng saja).

Anonymous said...

Reme,

Mungkin apa yg di-alami anda adalah "bow-legged" arthritic case. Ini kronik sikit. The best now is stop urut-mengurut. Ini bukan kes terseliuh atau salah urat. My wife pun dulu gitu urut,cucuk electric needle. Habis ribuan juga bertahun.

Sedangkan dia punya cure is a phone call away. Saya amat perihatin dgn orang yang sakit lutut kerana jadi pemerhati kat isteri bertahun lama nya.

Selalunya memakan chondrointin and glucosamine adalah untuk preventive measures. Tetapi kalau dah progressive susah sikit.Belum terjadi pada diri, saya pun dah bertahun makan ubat itu,alhamdulillah masih boleh di-katakan sihat. FYI I am your senior. Ya memang masjid An-Nur sediakan tempat kerusi duduk solat dan orang yg duduk pun semakin muda.

Saya nasihatkan Remy sebelum bertambah kronik lakukanlah yg tepat kesian anak isteri nanti kena tolak pakai wheel chair. Ingat ini adalah progressive disease it can't get better without an operation and therapy.
Sudah jatuh wajib kalau dah tahu ada jalan yg lain untuk pulih.

Pasal duit operasi isteri saya cuma pakai $2,000 MS yg lain company insurance biayai. Itu pun kelas yg maximum atas kalau bawah setangga tak usik pun MS.Kami menggunakan private specialist tetapi operasi di-lakukan di TTSH dan tinggal 6 malam di-sana.

Selagi kita ada employer sekaranglah masa nya gunakan insuran company bila lagi? nanti dah pencen parah beb..puluh ribu. Kadangkala sebak hati tenguk orang2 kita seret2 kaki berjalan mungkin ada yg tidak mampu tetapi kalau macam Reme yg dah mampu jangan degil saya nasihatkan lagi pergi jumpa specialist kalau hendak saya kasikan address doktor kat Novena Medical Centre. You have more years before retirement. Nanti senang nak buat haji lagi. Dengar Haji pun banyak berjalan.

Baiklah Reme saya hentikan ranting dan harap Reme ambil nasihat ini.Terima kasih beb.

ketikketok said...

untuk hilang sakit lutut dan sendi, parut, luka, kebas dan lenguh dengan berkesan sapu minyak DABUS Aromaterapi 3-5 kali sehari. sakit anda beransur hilang dalam masa 2-5 hari.

Anonymous said...

saya kasihan ramai org tua sekarang ni sakit diabetis,buah pinggang,darah tinggi,sendi ghout
sebenarnya penyakit ini berpunca dari kekurangan magnesium boleh beli di farmasi brand 21 century magnesium 400mg kalau teruk sehari telan 4 biji kalau setakat 2 biji cukup untuk tahan 24 jam sahaja lamalah nak baik
saya masih muda pun dah kena penyakit ini.buat kajian sendiri barulah tau punca penyakit necdo@yahoo.com