Penat aku rukuk kat negara ni.
Naik pesawat, rukuk. Turun pesawat rukuk.
Nak naik bas dari airport pun sama. Turun bas lagi sekali.
Masuk Sutabu (Starbucks) atau Lumine mall, dia rukuk, kita pun lawan rukuk.
Lain kali aku nak sujud, biar terkejut mamat Jepang ni = Anak cucu Hang Tuah dan LTC Adnan tunjuk jatidiri yang buat mereka ketakutan.
Flight Sabtu malam 10.50mlm, tiba 6.15pagi, JAL.
Dalam pesawat depa announce: Tokyo temperature now is Minus 1deg C.
Di Eropah lebih 200 maut kena cuaca sejuk (orang miskin tanpa perlindungan). Di Jepun, ada juga orang miskin rupanya, 50 maut.
Nak seludup rendang, tapi bila ditanya bawa meat products, kami mengaku. Lalu di'rampas' kastam cara Jepun dengan penuh hormat. Depa rukuk minta maaf!
Ikan bilis sambal tumis, dia kata okay. Saya rukuk terima kaseyyy.
Keluar airport, menggeletar dan mulut berasap, macam masuk meat locker.
Naik bas 'limousine' (coach) 3,000 yen seorang = RM120 lebih kurang. Barulah faham mahalnya negara ni.
(Airport taxi KLIA, lebih kurang RM120 untuk tiga orang ke Wangsa Maju. Airport Changi ke rumah di Singapore lebih kurang S$18 (RM45).
Minum kopi Sutabu dua cawan, dengan scone sebiji dan donut = RM50.
Kerana masih awal, beg letak di counter hotel, lalu merayap ke Shinjuku Station ikut basement walkway (10min ikut rentak pork chic walk. 7minit utk orang muda).
Saya rasa dulu besar sungguh underground shops di Orchard Road MRT dan Takashimaya Orchard, rupanya complex kedai di bawah stesen Shinjuku lagi besaq dan pening kepala.
Kerana dah buat research, dan anak saya paham juga bahasa Jepang, naik subway (two stations) ke Harajuku.
Usang betul subway sistem Jepun ni. Sama macam sistem di New York.
Tak glam dan masih cantik macam stations di Singapore and KL.
130yen seorang (RM5) seorang untuk dua stesen. Aiks, bengkrap aku.
Sampai di Harajuku nampak orang bergesa-gesa ke Yoyogi Park. Dan nampak mamat muda rambut oren, putih dan perang - aha! today is Sunday, must be Cosplay kids. Kami pun kejar ikut mereka dan ratusan orang lain, dalam cuaca sejuk.
Rupanya dah jalan jauh, kat dalam tu ada famous shrine dan makam di raja.
Dah keluar (betul-betul di tepi stesen Harajuku) yang ada budak Cosway, opocot, Cosplay. Tapi kerana sejuk ada yang kata mereka mungkin start lambat.
Macam-macam winter fashion show kat Harajuku ni.
Balik ke Shinjuku station - bila nak sampai, depa announce dalam train - kita akan sampai ke Interchange xxx, xxx, xxx, xxx, xxx, xxx, xxx, xxx (antara yang saya ingat sebab naik tadi: Yamanote, Chiyoda, JR lines = satu warna, satu line).
Mak oi! Ada tujuh-lapan Interchange (to change from one line to another), termasuk Interchange ke stesen Gombak dan Circle Line di Singapore!
Rusa kampung masuk bandar.
That alone tells me how big the bloody place is - di Singapore hanya ada empat line (East-West, North-South, North-East dan Circle lines).
Di KL ada tiga - LRT (merah-biru, dan kuning-silver), Monorail dan KTM Komuter lines.
Sampai di Harijuku, kami sesat setengah jam kat basement shops nak cari jalan keluar! Signboard in Japanese and English, tapi terlalu banyak signboard! Hahaha.
Penat pork chic, sedangkan cuaca begitu sejuk kena pakai sarung tangan (Mungkin 10-15deg kot, sebab matahari dah keluar).
Dah dapat check-in baru rilek tidur dan let go beg-beg kat lantai.
Esok... well, let tomorrow comes.
PS. Ms Ngantuk: Gandhi restoran halal tu memang ada di Basement 1 Shinjuku Washington Hotel, tapi tutup pulak. Saya harap esok Isnin akan dibuka.
Apols terdelete an earlier message from you - pakai iPad untuk blogging memang susah nak control dengan baik. Terdelete message you pulak!
Yang entry saya tulis ini, saya pakai laptop kecik dalam bilik, internet percuma.
PPS. Saya dah belajar sikit bahasa Jepang ni dengan anak saya (depa belajar kat sekolah dulu sebagai Third Language).
'Arigato huzaimas, honda mitsubishi ajinomoto altis! Konichiwa panasonic, setiawangsa, wangsamas! Hait!'
Ah terror tak?
Video: At the Last Rally
1 hour ago



13 comments:
Salam Reme,
Selamat bercuti. Sempat juga kau blogging ye, kalau dah minat...
Sejuk memang sejuk, kat negeri pasir berdegung ni pun sejuk. Subuh 11 Deg. C semalam, 2 minggu lepas kat Ras Laffan jatuh 6 Deg. C. Kalau malam setakat 17 / 18 Deg. C. Siang 20-24, macam Genting Highland.
Musim macam ni kalau nak bercuti panas2, gi Ostalia, tapi tengah musim hujan lebat pulak.
Utk nusantara macam kita, memang alah sejuk2 atau panas2 sgt...
Salam - Doha, State of Qatar
Assalamualaikum Pakcik Rem San
Rukuk jangan tak rukuk. Kalau banyak naik train di negara Nippon, selamat berjalan laju untuk mengejar waktu pakcik..
Aha..sini pun sejuk banget..perjalanan keretapi banyak reshedule..rasanya paling sejuk dari tahun-tahun yang sudah...
Selamat bercuti Rem San
Ohaiyo gozamasu,
Anatawa ogengkidesu ka?
Nihonga ikemas ne?
Belajar satu dua sentence in Jap, they will be thrilled to hear coming from you, tapi kalau mereka tanya lebih2, sambil senyum jawab ajer..
" eeyek wa kari masin!"
Sayonara!.. Itterashai
Cheers
bang rem, gambor!
TT,
hamba mulanya nak ke timur tengah. tapi ongkosnya payah pak. sebab tak kan nak ke satu negara saja. mesti nak ke dubai-abu dhabi, qatar, bahrain, takut rugi pula tak ke north african states! (egypt, tunisia, libya. syria sedang kecoh. lebanon takut israel attack iran bom hezbollah) dan lebih lagi tak mampu. nanti lah dulu bila umrah lagi agaknya.
saya juga pilih jepang kerana ada, ahem, secret mission!
bukan nak tanya sordadu perang dia menyesal atau tidak (like the israeli army now murdering palestinians every day, while at the same time shouting 'remember the holocaust!', they would say, 'i was just following orders').
Mission Impossible:
1) jepun ada satu ciri yg membuatnya sama seperti singapore: an oncoming ageing society. di jepun, dah mula lebih ramai orang tua dari orang muda.
spore dah menuju ke sana (sila google: japan atau singapore, ageing society. healthcare. old folks etc).
di spore atau debate yg mungkin menjejas orang macam saya (walau mungkin nak retire di msia): dalam ageing society, orang tua tak kerja lagi jadi tak ada gaji. tapi mereka perlu healthcare tinggi - kena bina hospital, lebih ambulans, lift di semua tingkat block flat, ramps dan facility berjalan utk orang tua (kini spore dah benarkan wheelchair masuk mrt. dulu gaduh besar mana pun tak diberi). yg kena bayar utk projek ni semua ialah golongan muda yg masih bekerja. all the facilities for the old, have to be paid for by taxes from the working young.
saya ingat nak tengok apa facility si jepang ni ada. walau saya hanya di kawasan shopping dan subway.
baru dua hari, kaki aku nak patah dah - kawasan besar basement (ada-6 level agaknya) shinjuku station: banyak sangat tangga woi. 'eskreta' dan 'eleveta' kurang. manusia ribuan berjalan laju seperti kata Pengembara.
mabuk woi utk orang tua macam aku nak kejar ahmoi dan ahbeng jepang ni jalan laju-laju keluar masuk train dan station.
nampak makcik dan tua lain terkial2 macam saya naik turun tangga. kesian kami.
tadi pusing jauh naik macam-macam line (Maranouchi, Hibiya, Toeido, Yamanota Lines) nak ke destinasi yg kami dah research (ceritanya Akan Datang!)
dah jalan2 di tepi jalan raya jauh dari pusat bandar - tak nampak special access (wheelchair) facility utk orang tua, berbanding di spore. dan jepang ni walhal ialah masyarakat yg mengagungkan orang tua. then again, ini pandangan kasar saja.
2) kononnya nak paham pikiran orang jepang ni sikit. bagaimana masyarakat yg hancur kalah perang World War 2 jadi second biggest economy in the world (kini jatuh ke tempat tiga). dengan nama2 brand terkenal satu dunia dan disegani ramai sebagai masyarakat disiplin.
saya 2mlm saja dulu di israel, 1minggu di india, 2 di US (limited betul travel aku ni, walau dah tua!!!) dapat paham juga kenapa yahudi ni gila nak bunuh orang walau dulu kena bunuh kejam juga (depa percaya sungguh mereka dipilih tuhan, their sense of history takes in 4,000yrs, kita hanya pikiak sampai malayan union dan LTC Adnan, yang dah didongengkan pun), kenapa india begitu vibrant (young people, super dynamic bizmen, media freedom) dan kenapa US jadi superpower (their people have freedom to think and do everything! walau sembah setan. kita di msia/spore kata kita masuk syiah atau tak puasa saja orang dah benci, boikot).
macam mana jepang hancur WW2 naik jadi strong brand dan products, ada pengajaran tentunya utk masyarakat di spore, msia, apa lagi afghanistan, iraq, libya, egypt etc. jika tanya saya: discipline dan daya group-think mereka yg kita tak ada. mereka pikir utk kebaikan masyarakat, dan ada beberapa genuis lama. hingga pandai copy kereta, elektronik devices omputeh, dijadikan produk mereka! etc etc.
ok unkerr rilek dulu.
katrina, nanti hamba tanya doter hamba apa hang cakap. i can say only one sentence in answer: sushi shashimi lexus tokayo.
gambar belum boleh upload, ms ngantuk. terlupa bawa cable nak upload gambar dari kamera. nanti nak beli jika murah - everything is super expensive here, even for this sporean.
Abg rem,
Kedai labi at shinjuku ada byk good, cheap cameras. Or bic camera di situ gak. U tanya any japs thr, they will keluarkan map n try to explain directions to u.
So dah mkn at gandhi? Lps x gian mkn nasi, kari n ayam?
woops, tadi yg nak tengok gambar Dahserik bukan ms ngantuk. maaf salah orang.
Labi (without the Labu) mall tu 9tingkat. tadi sempat visit 6tingkat sebab dah malam. dekat saja jalan dari hotel ikut underground tunnel.
yg saya gumbira nampak: 1) folding Sony tablet (6inch?). rasanya belum keluar di kl spore.
2) mesin masak roti yg bersaiz mesin masak nasi. campak air campur gandum, mesin tu akan gaul automatik, lalu masakkan jadi roti bun! wow.
harga yg kecik lebih kurang rm320. tapi berat nak diangkut. tapi benda ni katanya dah lama masuk kl spore. cuma saya jakun tak pernah nampak.
3) bermacam handphone yg tak pernah nampak pun di kl spore. brand dia pun tak pernah dengar, tapi bermacam bentuk dan function.
termasuk Windows phones yg baru..
saya tadi ke Shin-Akubo (Yamanote Line) - ada satu restoran indonesia, satu kedai kebab arab, empat kedai grocery jual spices, rempah ratus, daging dan ayam sembelih, dan video bollywood, myanmar, nepal, etc. baru nampak ramai muka coklat dan hitam di tokyo.
mahal makanan indon Merah Putih Cafe ni, tapi dah sujuk dan lapar ok lah.
gandhi restoran dibuka, tapi tak masuk sebab dah makan. kesian pulak sebab restoran di basement Shinjuku Washington ni besaq tapi tak ramai orang (sedangkan restoran makanan jepun semua penuh di situ). esok lah saya singgah.
As-Salam pakcik
Saya nak kirim belacan 3kg bole? Nak kirim gadget kat Malaysia pun dah ada.
Selamat bercuti
-bapak jijah
miss tokyo, duk 6 bulan kursus sane. dan sempatla pusing satu jepun naik shikansen die. cume hokaido island je x sampai. akihabara, makan kebab 500 yen kot tp sedap gile, masuk toy sex shop die.. hehe.. yg sy suke pasal org jepun ni die x pentingkan diri sendiri dan respect org lain.. memang negare maju yg hebat dan bersih je lak tu tempat die.. jgn lupe pakcik oped g tokyo disneyland.. mmg besar gile..
yup, sy di bagitau oleh instructur kursus yg dikelola oleh jica mmg jepun ageing society. dan rate sucide die lebih kurang 100 org satu hr. tinggi gile. dulu byk org bunuh diri dgn terjun kat subway train or ketapi2 tp lepas kompeni train fine family yg sucide tu sbbkan kerugian dah kurang skit yg pilih ketapi. mgkn sbb tiada pegangan agama dan agama dorg cume ikutan, ade jgk yg dakwah kiteorg mase kiteorg duk kat asrama kat hatagaya cume bile kite cakap kiteorg muslim dorg respect. tade cam kat malaysia lak hehe
dan satu lagi, belilah satu pedang samurai die ape name die sy dah lupe bawak balik.. hehe.. dekat tokyo ada satu kedai cenderamata besar tp sy dah lupe name die kat situ ade jual
Rem
Hang pernah kira satu hari berapa rakaat hang rukuk masa kat jepang ni?
Hang pi tempat sejuk jangan lupa pakai moisturizer banyak banyak satu badan.
Maklum je lah bila banyak berjalan kaki ni dalam sejuk ni peluh melekat kat kulit, tak macam di tanah air kita, peluh mencurah - humidity tinggi.
Kang tak pasal pasal dok menggaru kaki dan badan masa tidur malam.
awie,
wow tak sangka ramai warga tua dulu suicide kat train tracks.
saya pasti yg muda pun ramai terjun. sungguh menakutkan, utk orang jakun macam saya, bila tren above-ground jepang ni masuk station. platform train sempit dan train laju (ini subway trains bukan shinkansen=bullet train).
di msia dan spore, train akan slow bila masuk station.
train mereka terus laju! sebabnya ialah gerabak yg ditarik begitu panjang jadi nak berhenti nun jauh di depan penghujung platform yg panjang.
gerabak mrt spore (number of coaches pulled in everytime the train stops at a station) ialah enam gerabak.
lrt kl dulu hanya empat gerabak. kini enam juga.
tokyo metro lines - yg saya boleh nampak jelas ialah yg above-ground, sebab yg underground pakai cermin sliding doors - nampaknya macam 15-20 gerabak.
jadi jika kita tunggu di platform tu, macam nak terbang beb kena ribut train masuk station. kalau anak kecik agaknya jatuh kena tiup angin kencang. takuttt pork chic sebab lutut lemah.
dan lagi satu - kerana sistem train dah lama siap, maka platform mereka sempit. orang beratus,beribu rebut nak naik-turun, woi kena tolak dan senggol-senggolan brader.
k-mali,
aku kini dah pandai rukuk. masuk toilet rukuk dgn keluarga - terima kaseyyy kasi saya masuk.
keluar toilet rukuk - terima kaseyy kerana menunggu, you.
balik nanti bongkok, kamu tolong urutkan.
moisturizer ni saya pun tak tahu kena pakai. dah sampai tokayo nasib baik anak isteri bawa satu botol. pakai kat muka.
dan ada cream pakai kat bibir pula agar tak kering.
muka aku yg hitam terus jadi melepak macam muka jepun wayang pek ji. hensome macam shintaro dari india.
problem lagi satu (maklumlah jakun) ialah bila baru balik hotel. kat luar super sejuk. dah masuk kita nak mandi lah - macam di kl spore.
tapi katanya, kena kasi badan adjust dulu, agar tak sujuk di luar terus mandi hot steam.
takut badan masak macam udang galah.
Post a Comment