Stesen metro (atau MRT, subway, tube) paling sibuk di dunia ialah di Shinjuku.
Puluhan ribu manusia keluar masuk di situ setiap jam.
Jadi bayangkan betapa mudahnya nak sesat dan confuse.
Shinjuku mempunyai lebih 200 pintu masuk-keluar!
Pada 2007, data yang dapat di internet, purata 3.64 juta orang menggunakannya SETIAP HARI.
GAMBAR: Lihat bawah kiri - Washington Hotel. Hotel ni besar, ada 1,300 bilik, tapi kecik saja berbanding underground tunnels dan malls di 'Sinjucook' Stesen ni! Ada tunnel join ke stesen dari hotel dan Skyscraper District - kawasan bangunan tinggi-tinggi pejabat pemerintah.
Ia bukan stesen metro terbesar di dunia - yang terbesar rupanya ialah di Nagoya.
Ia bukan yang paling banyak rail track bertembung di situ - yang itu ialah Tokyo Station yang terletak 10 stesen dan 10km dari Shinjuku. Ada 10 underground lines dan 20above-ground lines di Tokyo Station.
Shinjuku ada Sembilan Interchange (bukan tujuh atau lapan yg saya sangka sebelum ini) - iaitu tren dan Line lain yang kita perlu tukar jika kita nak ke arah lain. Nama-nama termasuk Maranouchi, Yamanote, Toei, Odakyu, Chiyoda. Ikut entry Wiki, ada 12 line pulak di stesen ni.
Di Singapore, Interchange paling sibuk dan memeningkan ialah Dhoby Ghaut Interchange - dua stesen selepas Orchard MRT Station. Di Dhoby Ghaut, kamu boleh tukar dari North South, ke East West, North East dan Circle Lines - iaitu keempat-empat line di pulau itu bertembung di sini di underground passages yg memeningkan.
Setahu saya, Interchange paling sibuk di Malaysia ialah di KL Sentral. Boleh tukar LRT, Monorail, KTM Komuter, malah naik keretapi KTM dan train dari airport KLIA.
Ribuan gunakan setiap pagi dan petang.
Namanya diambil sempena nama Interchange besar yang terkenal, seperti Grand Central Station di New York.
Tapi Interchange di New York ni pun - ikut mata kasar saya - tak sesibuk Shinjuku.
Total organised chaos saya rasakan setiap hari masuk Shinjuku Station ni.
Dan kami buat huge mistake kelmarin - beli tiket di mesin satu Line, sedangkan nak naik tren Line lain. Berpuluh ringgit tiga tiket - train tickets are very expensive here, berbanding dgn apa yg saya biasa bayar di KL dan Temasek.
Tiket kena reject sebab salah Line - datang pakcik inspektor cakap Jepun. Saya cuma faham perkataannya 'refund'. Lalu kena patah balik cakap Jepungeris - english-jap - minta refund dengan line yg lain.
Jika kamu berdiri dan kejam mata saja di tengah Shinjuku Station ni, rasanya boleh jadi Ultraman sedut energy mereka ni semua. So much energy expended to rush from one place to another. Ramai juga yg berlari lari - terlambat atau nak cari toilet, saya tak tahu.
Saya ceritakan tentang Station ni, sebab pada saya shopping di sini tak banyak beza dgn di KL Spore etc.
Pergi Akihabara tadi, electronic city. Jalan berbatu semua kedai electrical dan electronics - pada saya sama macam di Funan Centre atau Sim Lim Square di Temasek, atau di Low Yat Plaza di KL. Jika kita tahu apa yg kita mahu, tentu ada. Mahal barangan di Akihabara ni berbanding negara sendiri.
Sama juga barangan lain seperti kasut, baju, makanan etc di mall Shinjuku, jadi pork chic tak heran sangat. Lagipun takde baget, jadi saya Sour Grapes (Terima kaseyy Ms Ngantuk beri tips tentang beberapa tempat di situ). Baru semalam 'terjumpa' Times Square Takashimaya, kerana sesat terkeluar salah gate!
GAMBAR: Tengok diagram ni saja, unkerr pening. Kamu bayangkan kamu letak ribuan orang yang sibuk ke sana ke mari dalam gambar di bawah ini!
Dari hotel unkerr, masuk melalui South Entrance (bawah kiri). Mengharungi lautan manusia, baca signboard kecik-kecik (tulisan Jepun besar, yang Inggeris kena pakai kacamata), tolak Sakura comel dan Shintaro hensome jika nak lalu, pastikan itu entrance gate anda, baru beli tiket.
Tapi jika kamu tak buat research di KL atau hotel sebelum ni, kamu tak akan tahu berapa harga tiket, sebab semua tulisan di ticketing machine dalam bahasa Jepang! (kamu hanya boleh beli tiket di mesin, mereka tak pakai manusia! Hanya boleh tanya station inspectors jika sesat - dalam bahasa Jepun).
Dah masuk platform train pun payah, sebab ada banyak platform bernombor nak bawa ke destinasi kamu: Platform 12 atau 13? 14 atau 15, nak ke Tsukiji Fish Market?
Dan nak turun di Interchange mana nak tukar Line ke destinasi pun mungkin payah - sebab tak semua in-train announcement gunakan bahasa Inggeris!!! Nak ke Tsukiji misalnya, kena stop selepas 10 stesen dari Shinjuku, tukar ke Line lain (atau naik Oedo Line direct Shinjuku-Tsukiji, tapi jauh perjalanan).
SAMBUNG CERITA: Sejauh ini, saya paling seronok naik turun subway lines Tokyo ni, tengok gelagat manusia dan winter fashion show mereka - payah nak jumpa Jepang gumok. Semuanya kurus, agaknya makan ikan. Sedangkan makanan lain mereka termasuk kobe beef dicuri Sumo wrestler tak?
Syiok bila dah berjalan jauh, nak sampai 'home station' saya, disebut slang Jepun oleh announcer - 'Anone anime cosplay ajinomoto Sinjucook, Sinjucook'.
Lepas tu slang American (for some Lines only) 'The next station is Shinjuku, Shinjuku. You can change to xxx, xxx, xxx (the nine lines)'.
Terbaikkkk, sebab ia bermakna aku tak sesat!
Di Singapore pulau kecik, gerenti tak sesat. Di KL pun, line habis di Subang, Gombak, Sentul. Di Jepun, takut pula salah naik kamu tiba di Yokohama dan bandar lain.
GAMBAR Internet: Mak, ramainya orang. Ini gambar lama musim panas, sebab tu ramai pakai teeshirt. Kini semua pakai jaket tebal, muffler.
Nasib baik doter saya buat research tambang sebelum ke Tokyo (tambang mereka ikut distance, bukan berapa Line kita tukar) dan pandai bahasa Jepun dan baca signboard mereka, walau tak begitu fasih.
Mampoi mahal - satu stesen Shinjuku ke Shin-Akubo ialah 130yen seorang, lebih kurang RM4.50 one-way. Gi balik RM9!
Another day, another experience - cuaca syiok, purata 5 to 10 deg C. Coldest in 20yrs, kata mereka.
MINTA TOLONG: Tentu ramai dah ke sana. Berbanding rusa tua ni yg baru masuk bandar Jepang dan jakun habis. Sila beritahu taktik dan tips anda naik train Jepang ni. Untuk kebaikan pengunjung di masa depan juga dan kita seronok tukar cerita.
Video: At the Last Rally
1 hour ago








14 comments:
pok chick, pakai la suica, ala ezlink tu, 2000 yen including 500 deposit. boleh pakai kat semua line. cuba cari apps "HYPERDIA".
Pok Chic,
Mama kita dulu intensive course Nippon-go sebelum ke Jepun. Bolehlah get around. Sekarang ni dia selalu bilang, kalau kat Tokyo yang rata-rata ditulis kanji pun tak sesat, malulah kalau sesat di KL. Tahun 1986 ada beli travelling iron di Akihabara, masih utuh sampai sekarang. purrr....meow!
Sensei Nihon photography saya dulu gave me an address, pesan tolong belikan utk dia a tiny tripod stand diSinjuku..
Rugi dulu tak merayap sana sini, takut sesat, nak naik train pun tak tau beli tiket..I just took a cab, went straight to the given address, bought the item and headed straight back to the hotel!
For light travellers like me I prefer to purchase fullday/half day package guided tours, depa kutip dan hantar kita balik depan pintu hotel... selamat, more organised and can get to many more places of interest and in the long run safe time and cost?.
Jgn lupa bawa keluarga pi bancuh their ceremonial/traditional greeen tea!
Enjoy your trip!
Salam Op Ed
Selamat mengembara.
Di bandaraya besar yang guna MRT, biasanya mereka ada jual tiket unlimited lines - daily, weekly, khas buat pelancung atau orang luar.
Biasanya tiket ini lebih banyak membantu kita dan value nya lebih terutama kepada pelancung dari negara luar.
cuba tanya dengan ticket inspector atau di hotel saudara.
-Malik-
braders and bradees,
terima kaseyyy arigato ikanmas karimasin karikuranggula bagi tips dan kongsi cerita.
Suica ni saya nampak digunakan ramai orang (kad warna biru). itu rahsia mereka eh, macam EZLink di spore dan Touch N Go di kl.
pelik wor naik tren dan bas jepang ni. yg paling gelak:
1) mereka ada rule tak bagi orang gunakan mobile fon dlm tren. sila matikan fon atau put on quiet mode, tak dibenarkan bual langsung - dianggap kurang ajar (sefaham saya, harap betulkan).
naik bas pun sama.
orang kampung macam saya selalu bingit dlm MRT spore kerana pekerja india, filipina dan china suka bual kuat2! good rule, i like!
2) naik bas, tempat duduk di depan bas - paling dekat dgn pintu - hanya utk orang tua!
mana aku tahu, aku main bantai duduk :-) kurang ajar betoi jepang tengaok kami.
dlm tren ada satu ruang di hujung di mana haya orang tua boleh duduk. tiang besi di situ di warnakan kuning, dan tempat bergantung tangan pun warnanya kuning.
mana aku tahu! kita main duduk - maklumlah hanya ada beberapa kerat orang tua. hee. kurang ajar betul orang kampung ni, agakanya kata jepun.
dah turun nampak signboard baru paham.
cat,
begitu hebat produk quality jepang eh. saya ada travel periok, yang dah lebih 15thn masih dipakai utk masak lauk atau panaskan nasi jika travel.
pakcik rem,
try guna ni
http://www.hyperdia.com/en/
ada menu english.. semua perjalanan train dalam jepun ada.. siap line, waktu, brp nak kena bayar semua ada.. nak pusing satu jepun pun boleh.. :)
sebenarnya boleh beli tiket2 train/subway murah2.. cari booth yang ala2 macam kedai jual nombor ekor.. tiket situ selalu murah sedikit berbanding harga asal
I am a bit sad ta'da snow to order untuk Sir Remgold. Tal dapatlak tengok gambar main snowball!
Actually this post of yours makes me nostalgic. Teringat zaman transit in Narita, beli CD Seiko Plaza and mayumi. At the time, I could sing along to their songs just by reading lyrics in katakana.
Ada buku legenda Jepun tak, my favourite was Urashimataro, okoyo and the Serpent, The boy in the peach and the clever boy Taro and his Grandm...
From their folktales, you will find exact same stories macam Sang kancil tapi for them it's the rabbit yang bijak.
mast,
aha aha, ada pun apps Hyperdia ni, best!
aiks ada tiket murah! now u tell me :-) takpe ler.
berguna utk di masa depan utk pengunjung lain.
tentang snow ni, ninot, tak jumpa lagi. mungkin kena join blogger koloGnyer di germany kot nak main snow.
kami tidak ke kaki mount fuji (Hakone) sebab terlalu mahal - lebih kurang rm1,200 utk tiga orang naik tourist bus, takde baget.
nak gi sendiri naik bullet train dari tokyo station pun harga lebih kurang sama.
selalu saya merayap dibayar penaja (baik company sendiri atau negara yg ajak lawatan sambil belajar), ini jalan jauh pakai duit sendiri, perit rasanya.
ninot, adakah legenda jepang? yg saya tahu hanya cerita Shintaro the Samurai (drama serial popular di black and white tv masa saya kecik lagi), Gigantor (kartun super hero) dan Ultraman. semua black and white tv. heehee.
siri tv yg paling menggempar dunia dulu (saya baru masuk kolej tahun 1980an) ialah Shogun - berdasarkan novel James Clavell. mengenai mat salleh sangkut di jepun zaman samurai. wooi, best betul.
sebab series Shogun (masa tu kalau tak salah belum ada tape VHR, apa lagi VCD yg belum direka) ramai minat culture jepun.
http://www.imdb.com/title/tt0080274/
dah lihat perangai unik jepang ni dah mula curious tentang cara hidup mereka dan what drives them. nak tahu jugak legenda 'hang tuah' mereka.
lagi satu: semalam malam sedang baring di katil, tiba-tiba dunia bergegar 3saat.
mak! gempa bumi kecik!!!
second time saya kena gempa semasa baring - first time di padang semasa cover gempa tahun 2009 (sila google dlm blog saya, cerita dan gambar lama pork chic di sana).
cerita Mongol sikit: mongol dah conquer china dan korea, mereka hantar expedisi perang naik kapal ke Jepun.
kedua-dua kali kalah, sebab kapal-kapal kena taufan!
http://en.wikipedia.org/wiki/Mongol_invasions_of_Japan
dari situ muncul perkataan yg kita takut: kamikaze (divine wind).
se-gah kamu mana pun, ada kuasa lebih besar yg menentukan arahtuju kamu.
funny this, walau saya benci orang islam bunuh sebarangan (non-combatants of war) seperti osama dan JI, perkataan 'jihad' dan 'jihadi' kini digeruni sama seperti 'kamikaze' dan 'kamikaze pilot' oleh omputeh.
if u fool around with us, we send u our madmen, u foolish madmen (gila lawan gila).
Salam Op Ed
boleh juga guna website ini untuk bergerak dari station A ke station B
http://www.tokyo-subway.net/english
Di beri option ambil kira masa perjalanan atau harga tiket atau berapa kali kena tukar train
untuk senang dan murah buat Tokyo city tour, guna http://skybus.jp.
Tapi musim sejuk ni jangan duduk dibahagian atas. Dalam bas ada audio system headphone dalam bahasa Inggeris.
last sekali, kalau sempat singgah lah di masjid sekitar tokyo untuk melihat cara hidup mereka dan nak cari restoran halal
senarai masjid sekitar tokyo ada di http://islamjp.com/
Kalau ada masalah, jumpa orang jepang dan sebut the magic word “yoroshiku” Insya Allah dia pasti tolong.
O-ki wo tsukete
-Malik-
Sir Remgold,
Legenda dan folktales Jepun memang banyak, dan tak seperti situasi di KL masa ini, legenda Jepun terselit dicelah celah history kerana dikatakan Emperor Jepun sekarang keturunan Izanagi no Mikoto ("Exalted Male") and Izanami no Mikoto ("Exalted Female") yang create kepulauan Jepun. Ini bab creation myth. Mereka ada lapan anak - dewa macam macam dan my favourites are adik beradik Amaterasu (dewi Matahari) dan Susanoo (dewa ribut taufan), the two always fight light cats and dogs.
Cerita berdua ni lah menzahirkan rantai magatama Yasakani no magatama (now situated in the imperial palace);
the bronze mirror of Yata no kagami (now in the Grand Shrine of Ise); dan
the sword Kusanagi, replika terletak di Nagoya.
The three together constitute the Imperial Regalia of Japan. Hah, tengok lah the importance of legends in Japan.
Cerita sword Kusanagi best. Susanoo lawan hydra 8 kepala Orochi. Letak sake dalam 8 balang, belakang 8 pagar, ada 8 gate. Hydra masuk 8 kepala nak minum sake, Susanoo potong kepala Hydra satu per satu. Bila di belah badan Orochi dapat sword Kusanagi. Dihadiahkan pada kakaknya Amaterasu yang merajuk lepas gaduh.
Ini cerita ringkas ye. Cerita creation myth Jepun macam syair Melayu lama, berjela jela.
Sorrylah, you did ask about Japan legends.
salam pok chik oPEd...woot woot
klu benar bagai dikata (nk join main snow)..bukan setakat senyum melebar sehingga ke telinga..pakej pengangkutan ICE pergi balik ke epot saya sertakan....
amacam pok chik orait tak tawaran yg diberikan, ada rasa mcm tergoda tak nak mai ke sini..hehehe....(dlm hati "jgn pok chik dtg bawak sekali rotan dah ler")...
Reme san, do visit the beautiful Tokyo mosque built by funding from Islamic countries including Malaysia and Brunei. The Friday khutbah is in Turkish though.
I used to live at the 25 storey apartment building near Tsukiji market for 3 years. When there were earth tremors, the building swayed a bit, built as earthquake proof! Scary in the beginning but after a while didnt even wake up from my lala land....have you seen those huge tunas at Tsukiji at the early morning auction-off.
Have you noticed that the sweepers at the stations or public places are old people - like Singapore..in smart uniforms complete with gloves...am sure they feel they contribute something to society. In KL we see only young Banglas.
Enjoy your nihon experience with the family. I did but after 3 years cukup lah. Too much of that regimented environment....I miss the sakuras tough.
Post a Comment