SEMUA orang tentu dapat pengalaman baru dan berbeza bila masuk negara lain.
Jepun, dengan penduduk 127 juta (Malaysia 28juta, Singapore 5juta, Indonesia 215juta), ada sejarah lama (terima kaseyyy Ninot), tradisi dan gaya hidup sendiri.Ekonominya kedua terbesar selepas USA selama bedekad. Hanya tahun lalu jatuh ke tempat ketiga setelah diatasi China (ekonomi = gross domestic product = pengeluaran dalam negara seperti kereta, TV, barangan electronik, dan services seperti perbankan dan pelabuhan).
Rakyatnya mempunyai 'perangai pelik' yang saya pun kadang tak paham, seperti kenapa Manga comics begitu popular dan kenapa orang muda suka pakai Cosplay jalan sana-sini. Tiap hari saya pasti jumpa beberapa budak pompuan atau mamat pakai begini ke sana ke mari di train station atau tepi jalan.
Dan lebih pelik lagi kenapa mereka suka main dalam video arcade yang bernama Panchinko.
Saya semalam pertama kali masuk Panchinko arcade.
Makkkkkkkkk, terus nak lari keluar!
Dia punya bising! 1,000 kali lebih bising dari semua games arcade di KL Singapore yang saya pernah masuk.
Lebih teruk juga, bau asap rokok begitu tebal kerana dibenarkan merokok!
Mesin bising, nampak pakcik dan makcik syiok duduk kat situ, stone main game.
Kenapa tak main game kat rumah - main seorang diri, atau masuk MMOG = massively multiplayer online game. Tentunya duit terjaga, telinga tak pekak, dan kesihatan tak terganggu sedut asap rokok tebal.
I just don't get it!
TAPI mereka negara besar dan banyak genius keluarkan produk yang jadi rebutan satu dunia, so they can do anything they want.
Sony saja ada PSP dan Walkman, phones, keluarkan movies etc.
Syarikat besarnya keluarkan kenderaan Toyota, Honda, Mitsubishi, juga Nissan, Subaru etc.
TV, laptop, aircon, peti ais, periok nasi Sharp, Panasonic, National, Toshiba etc.
Mereka negara pengeluar, jadi kaya dengan menjual barangan begini dan mampu hidup cara mereka - berbanding dengan negara yang suka import.
Kita berangan lama dah nak jadi negara maju, tapi sibuk gaduh tak sudah, tak ada produk atau service atau apps yang menarik hati dunia. Sampai bila otak jumud sebab pemimpin kita galakkan kita bergaduh, bukan berfikir selesaikan masalah umat (baik pembangkang mahupun pihak kerajaan). Itu Malaysia.
Singapura pula terlalu kecil penduduknya - sampai bila tak akan ada mass of people dari mana boleh tercetus idea dari satu-dua genius (Steve Jobs is an example of many). Lebih lagi pemerintah ikat fikiran rakyat.
APA pun, di bawah ini adalah antara pengalaman saya di Land of the Rising Sun.
Tentunya ada yang tak tepat, tapi ini hanya pandangan tourist biasa.
Jumaat pagi, saya terbang pulang.
1) Pemandangan dari tingkat 45, Observatory, di twin towers building di Skyscraper District (Government Offices). Masuk percuma, boleh nampak Mount Fuji - jika tak kena block awan (gunung putih bersalji dalam gambar). Di depan Fuji ialah banjaran gunung lain yang terkenal di Jepang.
Tokyo nampak luas di bawah tu - banyak bangunan ketot di bahagian Shinjuku dan Shibuya, melainkan Skyscraper District ini, termasuk bangunan bentuk aneh, Cocoon.
Lokasi: di South Entrance Shinjuku Station (dekat hotel Washington dan Hilton).
Jika anda menetap di hotel mana pun di Tokyo, mudah nak cari station ni. Yang masalah ialah nak cari jalan KELUAR dari station!
Hendak ke twin towers ni cari signboard 'Skyscraper District' atau 'Government Offices'.
2) Di sebelah station Harajuku ialah Yoyogi Park, di mana terletak Meiji Shrine (tak mahu panjangkan cerita, anda kena baca siapa Emperor terkenal ini, dan jasanya kepada Jepun).
Cosplay (costume play) kids di luar Yoyogi Park. Tak ramai semasa saya di sana sebab sujuk, atau mungkin mereka berkumpul lewat petang tu.
Budak rambut putih dua orang tu dari Final Fantasy, tapi sejam saya tunggu mereka tak habis bersolek. Atau mungkin tunggu kawan lain.
Lokasi: di sisi Harajuku Station (Yamanote Line).
3) GAMBAR ATAS: Pemandangan dari tingkat 40 World Trade Center.
Boleh nampak pandangan 360 degrees - nampak satu Tokyo.
Yang paling menarik ialah Tokyo Tower (warna merah).
Dan yang mengkagumkan saya juga - tapi jauh kecik dari pandangan WTC ialah Tokyo Sky Tree (Gambar dari internet di bawah). Saya petik gambar Sky Tree dari WTC, tapi kecik sebab takde zoom lens.
Dua menara canggih hensome.
Juga nampak pusat penjualan ikan terbesar di dunia, Tsukiji Fish Market dari atas WTC.
Nak naik atas kena bayar tiket agak mahal!
Lokasi: Hamamat-sucho Station (Marunouchi Line).
4) Pokemon Center Tokayyyo! Yay.
Macam budak kecik saya syiok dapat ke sini - dengan tak sangka 'terjumpa' sedangkan yang dicari ialah Tokyo Tower.
Mahal barangan original di sini, tapi kalau dah minat.... habis yen aku belanja di sini.
Lokasi: Hamamat-sucho Station (Marunouchi Line).
5) ATAS: Pemandangan dalam dan luar shinkanzen (bullet train).
Macam naik pesawat.
Ish, saya ngendap dalam jamban keretapi ni tadi, segan. Sebab bersih, dan glam macam toilet airplane.
Tambangnya mahal sungguh, jadi kami ambil short trip nak rasa naik keretapi peluru ni.
Konon nak ke utara - lebih kurang sejam-dua dari Tokyo = nak tengok snow dan rasa 'terbang':
Ongkosnya 10,000 yen (RM400 return trip). Kalau tiga orang, RM1,200. Aiks, tak jadi.
Lokasi nak naik shinkanzen: Tokyo Station (ada station lain, tapi kat sini banyak train lines).
Mujur jumpa pompuan muda di Information counter yang boleh cakap English. Mudah nak tanya harga tiket, jadual dan platform mana nak naik. Beliau tengok kami orang kampung sesat, lalu dituliskan di kertas dalam bahasa Jepang agar mudah orang di ticket counter faham kami nak ke mana dengan harga berapa.
6) Satu benda yang saya tak paham ialah kenapa downtown Tokyo ni nampak macam kurang sangat kereta. Cuba kamu yang tahu isu ni ceritakan.
Dalam movie Fast & Furious pun nampak sedikit benar kereta di jalan raya. Saya ingat depa clear semua jalan nak buat movie. Tapi nampaknya macam memang betoi.
Apasal eh?
GAMBAR ATAS: Pandangan dari tingkap bilik hotel, waktu peak hours pagi! Where were the cars??? Setiap hari pandangan lengang yang sama.
Jangan-jangan Toyota dan Honda tipu kita tak? Mereka jual kereta mahal-mahal dengan kita, sedangkan mereka semua naik train kerana lebih efficient dan kurang rosakkan environment?
Atau seperti yang saya pernah dengar, car park rates in Tokyo are very expensive (?)
7) Perjalanan jauh dari Shinjuku untuk saya ialah ke Tsukiji Fish Market, pusat penjualan ikan dan makanan laut terbesar di dunia.
Malas nak bangun awal hanya kerana nak tengok auction ikan jam 5pagi, kami tiba 10pagi apabila ikan dan benda lain dah mula dijual.
Mampoi besarnya tempat ni! Dapat jalan sikit saja dah letih dan kerana cuaca sejuk walau dalam pasar, badan tak tahan beb. Tak sempat tengok auction area (auction dah habis pun).
Tak pernah saya nampak sebanyak jenis ikan dan makanan laut lain.
Yang cantik, yang pelik, yang nampak delicious dan yang jika diberi free pun saya tak akan makan!
Semuanya dijual jika anda nak beli - harganya saya lihat okay juga, walau tentu lebih mahal dari Pasar Geylang dan Pasar Keramat.
Lokasi: Tsukiji Station (Oedo Line).
Pakai boot yang kalis air sebab lantai pasar basah.
"I WONDER IF YOU KNOW
HOW THEY LIVE IN TOKIYO
IF YOU'VE SEEN IT
THEN YOU MEAN IT
THEN YOU KNOW YOU HAVE TO GO.
FAST & FURIOUS.
TICK, TICK, TICK".
Indeed.





23 comments:
satu yang kita patut segan dengan orang Jepang yang sembah matahari ni.
bila buat salah dan di tegur, dia mengaku dan kemudian tarik diri diam diam.
cuma jangan ikut bab kamikaze sudah.
Pak chic tak dapat cari Tokyo Tower ke? Alahai....kesian dia. Mama kita dulu dapat naik atas tu. Dia nak cari balik album gambar lama masa exchange program tu. At least dapat naik shinkanshen dari Osaka ke Tokyo. Dulu banyak kereta atas jalan, macetnya mengalahkan Jakarta. purrr....meow!
Hujan emas di negara orang.
Hujsn batu di negara sendiri.
Lebih baik lagi hujan dgn snow di Germany.
Nanti saya bawa rotan ke sana utk KologNyer.
Cat,
Tunjuk gambar pandangan dari TokyoTower pls, di blog kamu. Tentu menarik jika dapat dibanding dulu n kini.
Tokyo ni, saya lihat, di bsnyak tempat, macam kota baru di kelantan.
Cuma kb kecik.
Bangunan rumah, komersil dan mall bercampur aduk, bukan nice planned development macam putrajaya mahupun kl.
Tapi jika takde rumah dan apartment dlm bandar pun problem - macam pejabat putrajaya. Waktu malam jadi ghost town.
Sebab tu kamu lihat sejak 10 thn ni spore banyak benarkan kondo naik di marina square dan shenton way. Agar meriahkan tempat tu waktu malam.
unkerrr bila nak datang new castle, kelantan. new castle dlu tak sama dengan new castle skang. sejak husam naik, dia lah arkitek kelantan.
pesonanya macam chedet. mungkin pengganti najib? haha!
Dear Sir Remgold,
Met a young man from Shizuoka yesterday, on the ferry on the way to Langkawi. We were freezing in the ferry, but he was relaxed in his multicolored sleeveless tshirt, obviously in love with Malaysian weather after being enveloped with cold wind from Mt Fuji.
Had a lovely chat, he eyed my handsome husband Rudy I was getting a bit worried, and the two Pak Haji next to him also chatted enthusiastically with him.
So I thought of you in Japan, and was wondering whether the nice young people of Japan were chatting enthusiastically with you on a train or a ferry going somewhere, sometime.
Husam ni lama saya kenal - wartawan sering dapat duduk bersama bual panjang. Cuma saya rasa salah jika anda kata dia arkitek New Castle. Arkiteknya tentu nik aziz, 18thn jadi MB - sama ada kamu nak kata new castle makin baik atau tidak, itu terpulang.
Dan sebelum husam masuk kelantan, jangan lupa datuk taki, yg jaga majlis perbandaran.
Masalah new castle ialah ia begitu kotor berbanding bandar lain di msia. Jika saya ke pasar khadijah, setiap kali nampak mondok besar. Jika tidak macam tak syah lawatan saya, maaf kata. Itu bandar islam.
Bandar palng bersih, pada saya, ialah Kuching. Sehingga sungai, walau warna coklat, tak nampak sampah terapong.
Malu kita nak bandingkan kebersihan bandar kita dgn orang Jepun - mahupun townships di spore sendiri.
Lawatan-jamban sambil belajar saya di tokiyo menunjukkan tahap bersih mereka begitu tinggi, walaupun mereka pun pakai air dlm jamban.
Bila anda tulis 'New Castle' dan husam arkieknya, saya ingat husam baru start projek baru di kelantan bernama New Castle. Saya google. Rupanya nama glam Kota Bharu.
Bandar paling saya suka seantero malaysia, bukan kl, new castle atau penang. Tapi bandar R.P.
Rantau panjang. Heehee. Syiok nyopping.
Husam jadi PM?
Saya rasa husam tak akan ganti mahathir atau najib. Sebab pas besarkan parti lain sebagai pemimpin (sama ada itu strategi baik atau tidak, terpulang pada anda). Mungkin dalam kerajaan Anwar, Guan Eng atau bapanya jadi timbalan pm, husam jadi menteri kabinet.
Saya minta banyak maaf cerita panjang lebar mengenai jepang ni di posting kali ini. Bukan nak menunjuk, tapi harap jadi panduan walau sedikit mana utk pengunjung masa depan, yg pandai baca bahasa malayos.
Orang msia untung, ramai dihantar ke sana tiap tahun utk belajar, training atau kerja.
Ninot,
Eh u tulis gitu, saya teringat pulak - ada tak kaum Gay di jepang? Tak pernah terbaca isu gay atau kontroversi gay di sana - berbanding isu gay yg kerap masuk akhbar di amerika, eropah, msia, spore etc. Hmmm, jangan-jangan jika kita makan ikan selalu jadi lebih jantan tak? The tongkat ali of japan is tunafish? :-)
Sir Remgold,
I think I mentioned my NGO TiE Malaysia sent two teams to the All Asia Business Plan Competition in Delhi India. We won first place and will represent Asia to the Rice University Business Plan Competition.
TiE Malaysia was a rookie at the competition. So you see, we can dream and reach out to shine.
Thank you for all your kata kata semangat - just wanted you to know I am often inspired and often push myself further by your words.
I just sent my Naga Tasik Chini to a movie producer too.
salam bro! nak tanya.. overall minah2 jepun ni lawa2 dan kawai2 ker?
Peja,
Semua cantik macam kak mah dan kak ijat, so what we're gonna do about em eh? Ko nak kawin jepang, mahal hantarannya beb!
Yg menarik ialah ramai rakan saya di pejabat, pompuan muda, kata japan is past tense. Korea is present tense, termasuk boy band group seperti 2PM (aku tengok jam, ingat dah masuk waktu zohor) dan K-pop girl groups mereka, serta makanan dan things korean.
Si Rain tu penyanyi korea kan? Aku ingat hujan di tengah hari.
Pada orang tua macam saya, sejarah
menunjukkan jepang lebih gah dari korea.
Koryo atau Coryo (nama lama) pernah dijajah china dan mongol dan jepang.
Jepang pernah ditawan omputeh secara indirect.
Tapi pernah juga conquer tenggara asia dgn keganasan, dan bom Pearl Harbour - hanya 50thn lalu. Mereka pandai buat banyak aircraft carrier to bring the fight to america.
There is something abt their minds then, to me.
Mereka ada sesuatu yg pernah buat mereka boleh jadi world conquerors.
Ninot,
Tak payah ambil inspirasi apa2 maam. Pork chic tulis kosong je.
Tapi jika nak juga ikut jejak saya, ikut yg paling mudah ni (mungkin juga yg paling payah) - sejak dulu lagi saya ada policy peribadi: Always leave a toilet cleaner, or at least in the same condition
as u entered it. Never made it worse for others. Malu saya: di spore negara kapir pun, sebab ramai cleaner dan sifat pembersih yg lebih, toilet di temasek lebih bersih drpd toilet basah kotor di
msia, secara umum.
Aku yg jadi tukang bersih kerap kali kerana malu apa orang kapir yg menggunakananya akan kata. Tentunya mereka cerca bangsa melayu kerana pengotor.
Pls lah orang melayu, bila nak ada sifat islam - tak guna kamu bising bising kata 'islam is a great religion' etc tapi toilet masjid pun buat kita nak muntah (termasuk toilet toilet di saudi. Kalau ada heavy usage gunakan lah service pekerja ramai agar bersihkan. Kamu kan banyak duit minyak).
Cleanliness is part of Iman, katanya.
Agaknya kalau orang jepun ni muslim, sebab
disiplin, creative energy dan kebersihan mereka, dunia akan rebut masuk islam.
Sama juga dunia kagum dgn kristian hari ini
kerana mereka lihat kpd the big kristian nation, amerika.
Success brings in admirers and converts.
Failures, madness in running a country, and killing of innocents out of anger and without strategic thinking, invites hatred.
Maam,
tasik chini dragon - wow. Jual unkerr comic rights. Nanti unkerr buat manga dan panchinko game based on this.
I hope they turn it into a movie soon.
JR Tolkien, penulis Lord of the Rings, tulis siri buku dongeng tu sebab katanya rakyat britain zaman beliau tak ada cerita menarik dgn over-arching themes of monsters and heroes, magic and might, dan dimasukkan dgn element dongeng rakyat british seperti goblins dan dragons, witches dan knights.
Results? Kita semua tahu cerita Frodo dan the quest for the ring.
anon 09.22
awak ni lain kali ikut lah unkerr rem pergi jalan makan angin.
baru lah minda dan mata tu terbuka dan nampak kelebihan dan kelemahan negeri sendiri.
Jangan asyik syokk sendiri. Nanti jadi lah macam orang amarika yang tak kenal dunia kecuali yang disalurkan di TV mereka sahaja.
bang rem! pokemon! cayalah, kasi rate lah tokyo as a travel destination, on a scale of 1-10. :)
abang rem, saya punya indicator pembersih ke tak sesuatu manyarakat, kena tengok masa big event/festival. Kalau di jepun, sebelum dan selepas event tetap bersih tanpa sampah, walaupun kat jepun ni susah cari tong sampah.
Singapore kita maklum bersih, tapi selepas event selalunya kotor jugak dengan sampah katanya. Cuma pantas dibersihkan kontraktor.
Malaysia masih perlu bekerja keras, tapi saya lebih suka kalau kita ikut cara jepun. Bring your garbage home.
Izin pendapat mengenai Jamban bole?
Doter saya ikuti Tabika Japanese pre School concept selama 2thn - bwh Prof Yushida serta guru tabika Kumi dan Yoko yg dihantar khas oleh JICA.
They belief habit kebersihan perlu di lentur dari peringkat rebung, hah, dah jadi buluh keras.. susah nak dibudayakan.
It is part of their Tabika syllabus, diajar mengguna tandas dgn cara yg betul (latihan practical training bertubi2 dari mula sampai selesai). Siap gantung face towel bagi tiap murid (label nama masing2) dan akan dicuci tiap hari by the teachers themselves.
Jamban yg disediakan pun molek2-cute, kids-friendly.
Selesai sekolah, dah bye bye kids n parents kat gate, mereka menuju terus kjamban - dan Kumi/Yoko, daily routine akan mencuci semua toilet - bukan Tabika cleaners.
I was a Committee member during the 3yrs transfer of technologi, projek printis yg di ilhamkan olh Bekas PM, TDM.
Masa Jepun kena BOMB, mereka yg bantu membangun Negara Jepun terdiri mereka yg masih kanak2 masa kena Bomb tu..
So TDM felt there must be something special cara kanak2 ini diajar - esp in terms of MINDA CREATIVITY etc, tu pasai dia cuba introduce Tabika konsep ala Japanese PreSchool kat sini.
Sharing aje ya.. I was fortunate to be able to work with Yushida/Kumi and Yoko dan always curious, tak henti duk interview mereka2 ni..
Cheers
Serik keris,
Hamba agak payah nak kasi rating sebab tak banyak jalan. Benua eropah, australia, amerika selatan, etc tak pernah jejak.
Mungking saya kasi rating gini -
10terbaik, 1payah utk 'orang kita'.
Tapi jika anda orang berada, tak payah lah worr apa-apa. Ini utk orang seperti saya, yg jepang panggil Salaryman dan Office Lady. Hidup ikut gaji, kena berhenti kerja esok, mampoi sebab anak masih sekolah.
A) Tambang, hotel - 2.
Pesawat, bas airport, subway aduhai pengsan. Hotel saya ialah 3bintang saja, dan saya pilih kerana ia ada 3bed room utk tiga orang.
Saya book gunakan zuji.com. Dulu ke jakarta pu pakai zuji. Reliable, semua pakai internet.
B) Shopping - 1. Harga barang tinggi sungguh. Sama ada baju kasut, mahupun elektronik. Lebib baik beli di spore atau low yat. Dan tolong jgn beli mobile phone jepang. Unless dia intl model, tal boleh digunakan di luar negara itu.
C) Enjoy. Ini susah nak kata sebab bergantung kpd apa yg anda mahu. Ada orang suka duduk tepi pantai baca buku, atau panjat gunung. Ada sula nyopping.
Jika anda nak lihat cara hidup orang yg kita anggap pelik, jepang ini 8. Rating 9 dan 10 jika kita tinggal dgn dayak papua dan eskimo.
Saya ke india, hk, america pun tak rasa culturenya lain sangat, berbanding tokyo. Dlm pesawat pertama kali seumur hidup pramugari melutut depan saya beberapa kali, bila nak bercakap dgn saya! Semua suka rukuk.
Dan seperti kata Anon 0709, mereka tak banyak tong sampah! Pelik!
Kalau kat spore dan msia buat gitu, habis sampah dibuang merata! Rakyat kita 'bersih' sebab banyak tong sampah dan pekerja pembersih.
Jepang bersih sebab itu cara hidup mereka. Lebih 'muslim' dari kita dari segi kebersihan.
Jika mereka batuk-batuk dan demam, mereka pakai topeng, agar orang lain tak jangkit. Peilk. Kita main bersin dan batuk kat mana saja!
Mereka tak boleh nelpon dlm bas dan subway. Ish ish ish. Etc etc.
Maaf itu saja saya boleh tulis. Tapi kerana belum gi banyak negara takut tersasar. Sebab mungkin orang korea dan taiwan, london dan germany, dubai dan bahrain, lebih unique lagi cara hidup mereka. Siapa nak sponsor saya gi, sila email!
saya boleh sponsor uncerr rem pergi newcastle kelate.
lepas tu bagi rating
Tak balik lagi Sir?
Saw your ratings and wanted to share something my very good friend and well travelled Japanese, Yumiko told me about our country...We met at Club Med. Before Yumiko got married, she visited every year and we did crazy stuff like eating KFC in the cinema watching Cyrano de Bergerac and eating a HUGE fish head curry in CM, eating durian by the road side in China town at 2.ooam. We went to Malacca in a taxi and the Brazillian in the taxi with us became a close friend. He still is!
Here goes...
Your city, Ninot is more beautiful than Champs Elysse, Paris. (referring to the amber lights hanging along the Padang Merdeka and the Bangunan Sulaiman - around there..)
I love Durian!
You are the best friend because your heart is closest to me. And you are a crazy woman! Here, a woman can be crazy.
You are so lucky to live in a big house - in Japan only millionaires live like this (my house was a simple double storey terrace house in Sg Buloh at the time)
Everybody smiles and mean it.
I love water from coconut !
I can't understand the accent but I love the way they talk - so graceful (referring to Wan Zaleha Radzi, is I am not mistaken)
I love Masjid India. I love China Town. I love Malacca.
Yumiko loved everything about Malaysia. She never complained even once.
I do hope to go to Japan one day, all those gorgeous legends to explore - but Yumiko showed me a very lovely Malaysia through her eyes.
So I say,
Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri sendiri
Buka dada tanya selera...
*Tepuk dada tanya selera...
katrina,
kita ajar anak kita beristinjak, tapi tidak pun tentang bersihkan toilet! termasuk saya.
that's something to think about.
tentang new castle ni, nanti unkerr ke sana bila election - pasti kena cover pas.
tapi antara 13 + 1(KL) negeri di msia, selain kl dan selangor, kelantan yg paling saya banyak kunjungi. kerana kerja - cover isu-isu pas, iview pemimpin, liputan muktamar.
rating:
A) tambang dan hotel, 8.
B) shopping, selain di rantau panjang, 3 (sebab tak banyak mall, dan pasar malam walau besar tapi semua barangan sama).
C) enjoy, 9. selain langkawi (dan kl selangor), tempat yg saya dah banyak kali drive kereta sendiri atau sewa ialah new castle.
masa pilihanraya 2008, saya duduk di hotel renaissance selama 2minggu (mahal, tapi maklumlah company bayar).
ninot,
hamba tiba di kl jumaat lalu.
hari ini (isnin) dah pulang ke spore. dah nak kena kerja semula maam, maklumlah Salaryman.
tentang pandangan orang jepang tu: saya terbang klia-narita dan narita-klia naik JAL.
ramai orang jepun! lebih ramai dari orang msia.
maknanya mereka suka dgn negara ni, walau kamu sendiri berbalah siang malam.
nak landing kelmarin, dua old jap couple dekat seat saya buka map kl dan baca travel guide tentang msia.
teringat saya buat benda yg sama nak masuk tokyo dan jepun.
welcome to the tropical paradise. if we stop fighting, we will know it ourselves.
bang rem, mahal betui lah jepun tuh, i guessed as much, anyway ive been to taiwan working trip, closely related to japan dari segi topography nya, not as expensive and saya sempat pergi country side nak buat factory visit, seriously bang rem try to get there ade tempat nih semua hot spring aje, tapi tuh la saya bole kata satu sen tak klua company bayar semua, pergi taipei 101 jer last day itu pon tak beli ape ape, plus pergi kerje, jam lah kepala hotak rasa nak pergi lagi, tunggu lah rezeki ader nanti.
good coverage bro, keep it up. no place like home, bila touch down jer negara sendiri senyum jer all the way home, i get what u mean :)
oh the japs love m'sia. katanya japs yg plg ramai join program m'sia my 2nd home. but bab cleanliness toilet kita mmg sad. japan mmg jauh lg bersih than both singapore n m'sia. even their trash are organized according to days. hari ni plastik, esok kertas etc. bab mahal tu no komen la. sbb their income pun higher than us. kata my guide aritu actually cost of goods x increase much dari zaman dia duduk there in the 80s but yen is def. strengthening.
anyway hope you enjoyed your trip. would recommend japan to everyone yg blm pegi.
memang bestkan dapat melawat ke negara orang.. mak juga pernah ke jepun 3 tahun lalu kerana mengikuti suami yang tercalaon dalan SAPPORO SHORT FILM FESTIVAL dulu.. mmg antara pengalaman yg tak dapat dilupakan =)
ah haaaa kakak ninotaziz pun infatuated dengan sparkling words pok chik oPEd...
saya nyer pegangan lani...
Hujan emas di negeri org,
Hujan batu di negeri sendiri,
Korek emas di negeri org,
Kumpul banyak2 bawa balik ke negeri sendiri........
serik keris dan ms ngantuk,
tentang matawang ni: jika kita orang jepun yg menggunakan Yen setiap hari ada kemungkinan besar kita tak rasa benda naik turun dlm negeri.
hanya orang luar jepun yg akan terkejut kerana yen telah naik berbanding matawang asing (termasuk matawang kita).
saya di msia 12 tahun dulu, setiap kali pulang ke spore waktu nak raya, akan bawa roti dan lauk, dan maggi dan travel cookware!!! sebab dirasakan spore tu mahal betoi! dua kali ganda harga barang.
kini saya di spore dah 5thn, inflasi tak dirasakan sangat. rasanya sama je harga barang dan tambang - iaitu naik tak banyak lah 5thn ni. sebab saya tak beli rumah baru, tak ada kereta, tak beli barang import selain emas-perak.
tapi utk orang masuk spore dari msia (indonesia etc), mereka mungkin terkejut.
serik keris,
untung kamu dapat ke taipei eh. hamba kena tunggu sponsor nih.
ah yes, jepang paling ramai ambik msia my second home. sebab mereka rasakan harga rumah dan barangan murah. betul pun!
rm60 ringgit kita makan sekali di tokyo, mereka boleh makan selama 3-4hari!
mak dara (pemenang worst blog yg seronokkkk - see her blog!), best eh dapat ke negara matahari naik ni.
kecik-kecik mak kita tak pun kasi tahu ikan mentah boleh dimakan dgn sambal dan kicap!
terima kasih pak 'pang.
si koloGnyer pula nak melawat 4negara eropah timur! untungnya! - sila baca komen beliau di blog kedua saya.
Post a Comment