SAYA NAK SAMAN M.B. PAHANG
Unkerr penat-penat bagi idea Demo Tourism - baca cerita lama saya di sini.
Kini, idea kena kebas menteri besar Pahang. Ini nak kena saman ni.... :-)
"Kerajaan Negeri mengalu-alukan demo secara aman ini kerana ia menjana kegiatan ekonomi khususnya untuk pengusaha dan peniaga di Kuantan. ..... Saya namakan ini Demo-Tourism. Demo-Tourism ini patut digalakkan."
-------------------------------------------
BAPA NYANYI LAGU UNTUK ANAK
Bapa, dengan rubber-lips yang terkenal, nyanyi lagu theme song dalam movie Armageddon, di mana Anak jadi heroine.
Untungnya anak kecil yang disayangi begitu.
Poetry, Ninot.
I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you're far away and dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment, forever
Where a moment spent with you
Is a moment I treasure.
- I Don't Wanna Miss A Thing (Aerosmith)
-------------------------------------------
ATOK BATMAN
Jangan hina atau dipinggir orang tua.
Now you have another reason to take care of them.... di sini.
Bak kata movie P.Ramlee "Ada makna tu".
-------------------------------------------
COLVIN, OCHLIK
Berani betoi pompuan mata satu ni.
Mata Marie Colvin, 55 tahun, yang satu buta kena bomb shrapnel di Sri Lanka pada 2001.
Hari ini beliau dan rakankerja, Frenchman bernama Remi Ochlik, 28 tahun, mati kena bom di Homs, bandar keluarga Steve Jobs di Syria.
Baru ni Anthony Shadid, dari New York Times, mati ketika di Syria juga.
Lihat apa yang Colvin, warga Amriki, kata kenapa wartawan perlu masuk medan perang.
Malaysia pun ada wartawan perang. Pompuan lagi. Doc SAVE baru ni tulis tentang Shahanaaz Sher Habib dari The Star (ahem, kawan aku, tapi 1,000 kali lebih berani daripada aku).
"Our mission is to report these horrors of war with accuracy and without prejudice" - Colvin.
Banyak award kedua-dua Marie Colvin dan Remi Ochlik pernah menang.
Apa kata si Remi Berani pula.
Website beliau dengan banyak gambar di sini.
SAYA menangis hiba untuk rakan-seperjalanan yang saya tak pernah jumpa.
Berani mereka masuk medan perjuangan di mana peluru tak kenal bangsa, agama, martabat dan pekerjaan.
Orang nak tuduh kita pelacur atau kata kita mereng ke kiri atau kanan sokong golongan yang mereka benci, tak kisah.
Mereka hanya akan bahagia jika kita sokong mereka dengan buta-tuli. Tapi jika kita buat gitu, golongan musuh mereka pula akan tuduh kita pelacur.
To your own self, to your own profession, be true.
Video: At the Last Rally
1 hour ago






18 comments:
A journalist dead in his prime, and a politician still tries to make the situation benefit him. I hate that.
I really do.
I am afraid you are part of the most dangerous occupation Sir, keep safe wherever you are.
Assalamualaikum Pakcik Rem
lari tajuk sikit...Ni kalau si Vinnan baca entri ni, ntah apa pulak dia tulis tentang pakcik nanti...
how sad it is to read those brave journalist killed in action.
but it's sadder to see the innocent women and children get killed while trying to avoid all the actions.
Salute to this wonderful lady..
May she and Remi Ochlik RIP.
y,
orang berperang tu memang banyak innocent women dan children mati. itu lumrah perang (walau kejam mana pun).
yg kita tabik ialah wartawan yg Tidak Perlu masuk pun tempat tu, tapi Mahu masuk.
wartawan dan jurugambar jika nak kerja mudah cover Parlimen di Eropah, atau duduk saja dalam negeri buat cerita seni atau stock market, tiap malam boleh balik tidur di katil sendiri.
tapi, mereka berani nak masuk demi bidang kerjaya. nak buka mata orang. itu yg kita segan dgn golongan seperti ni.
saya cerita hal sendiri: dulu bila padang kena gempa 2009, baru hari raya seminggu (Goog blog saya utk siri cerita saya di sana).
kalau boleh saya Tidak Mahu pergi beb. boss suruh!
saya takut sebab saya ni insan rosak (spoilt old man): suka tidur bilik aircon, mandi air panas, makan mesti sedap. mesti tengok email, youtube tiap hari.
kamu nak hantar saya ke tempat yg baru kena gempa! aiks, tak mahu!
walau nasib baik dapat bilik tidur aircon di sumatra (tumpang wartawan reuters kl masa tu, razak) = pintu cermin bilik pecah dan bilik tepi jalan, jadi bising kereta setiap malam! payah nak lelap. takut pula ada gempa lagi!
toilet tak boleh pam sebab tak ada air.
kena turun bawah = 2 jamban dan 2 bilik mandi dikongsi oleh 200 penghuni hotel tu!
nasib baik bandar padang tak hancus terus. ada juga kedai nasi padang dibuka, dan pizza hut = walau tak ada air sejuk sebab kilang buat ais bekalan letrik putus.
itu baru kena sikit!
jika kamu suruh saya masuk medan perang di negara arab ni, payah brader.
itulah nilai wartawan yg orang tak faham. kenapa kerja dgn 'akhbar lee kuan yew' atau 'akhbar rosmah' mahupun 'website anwar'.
dari cerita kami, yg mungkin senget dan berat sebelah pun, kamu dapat ringkasan cerita. dapat 'berita'.
cuma masalahnya zaman twitter, youtube, dan website dan blog disogok duit, dan kerana orang biasa pun ngaku wartawan - tanpa etika collect berita cara wartawan yg strict - macam2 fitnah tersebar.
hingga kita keliru mana yg benar, mana yg salah.
Dear Sir Remgold,
Finally had the time to have a look at Remi Ochlik's photography.
What a treasure the world has lost. Through Remi's lens, we get to see the emotions behind the printed news.
To your own self, to your own profession, be true.
How true.
How tragic.
How terrible.
That those who open our eyes,
Triumph upon closing theirs
Forever.
Rest in peace, Remi.
Le monde va vous manquer.
Rem
apo cerita kawan hang ustaz badrul amin ? tak ado info nak share ke ?
paneh cerita tu.
K,
Anda baca sendiri kenyataan ustaz tu di minaq fotopages - di tepi kanan dlm blogroll saya.
Tak tahu mana yg betul.
Tak payah nak bual panjang bro.
If they're happy and they know it, clap their hands.
tambahan,
alamak si minaq photopages dah take down statement badrul (saya tak kenal ostas ni langsung).
selepas isu mat sabu di bilik 121 perdana hotel dulu, orang politik kena more careful.
buka pintu besar2 jika nak jumpa pompuan seorang dlm bilik. tidak boleh jadi gini.
tentunya kamu boleh kata ini trap etc, tapi kamu pun bingai kerana tak bawa bini bersama atau colleague lain, pastikan tak jadi seperti apa yg terjadi. kini saya pun boleh tuduh sang ostas ni main kayu empat (dia ada bini kedua).
saya dah kata dah, semua isu dah dipolitikkan, jadi tentunya kena more careful. kalau betul trap, kamu juga yg salah.
pakatan pun main game politik lama - sweep under the carpet. badrul disuruh ambil cuti sebulan. kalau tak salah cepatkan tolong clear his name, kesian perjuangan dibantutkan akibat nak cepat tutup isu.
stand with him! sebab kalau ostas nak buat jahat, takkan dia masukkan pompuan tu dlm hotel yg sama - di mana ada ratusan ahli pkr sedang ada conference.
Rem
nasib baik hang bukan kawan dia.
btw conference pkr tu di MS garden hotel dalam bandar Kuantan manakala hotel swiss garden tempat kejadian berlaku / ostas duduk terletak di Balok dekat pantai cherating.
kalau jalan kaki gerenti penat.
oooooooo, different hotels then!
and caught at 3am.
uh oh.
then pkr shd be honest with itself and not keep shouting 'conspiracy' and 'ameno setan'.
sebab jika betul hotelnya lain dan jamnya 3pagi, bawalah rakan kerja pkr lain, esp rakan pompuan 2-3orang. kamu orang politik, takkan benda basic gini pun tak pandai nak arrange.
hahaha pok chik patut paten kan idea pok chik tu....
baru dapat claim royalti...kikikiki
lesson from Lynas: Nak buat aper-aper consult dulu, especially yang kene mengene dgn kesejahteraan umum awam. Buatla simple Cost-Benefit analysis transparently and answer questions like apa investment inflows that will come in, siapa untung, berapa untung, dsbnya.
then once all the info is on the table, decide. Susah sangat ker?
the problem (like everything else in life) is this:
kita pelan macam2, tapi ada problem. apa kita buat?
saya rasa niat nak bawa lynas tu baik - semua orang pun nak foreign investment besar2. bantu negara, naik tahap pekerjaan rakyat, etc.
tapi katalah problem timbul.
mislanya takut nuke waste lynas, sand mining di selangor ada orang curi pasir yg terbongkar, nak order diamond rm2juta [bukan 24juta], rumah urut selangor bertambah dgn gila, suruh beli lembu beli kondo, jual tanah rakyat bayan mutiara mampoi rakyat tak ada tanah lagi, order submarine dgn harga tinggi yg mencurigakan esp commission berlebihan, sokong israel tapi tak sokong palestin dgn sama kuat, projek istana baru sedang rakyat berinflasi tinggi, tanah2 hutan kelantan diceroboh atas nama nak buat ladang tapi hanya balak dicuri, nak senaraikan felda,
projek ostas kena tangkap pukul 3pg di bilik pompuan.
etc etc etc
apa nak dibuat?
pls politicians, be honest and try to resolve the issue properly.
masalah di msia, semua nak cepat tutup lubang, lalu buat tak tahu bahawa ada problem.
pakatan main game - let's quickly cover the issue. 'oh saya dah terangkan kpd nik aziz, tak ada problem'.
'ostas cuti sebulan, tak ada problem'.
'election dlm pkr kecoh, tak apa, semua dah resolve, kami dah halau zaid, no issue'.
tak keluar di website yg sokong mereka.
sama juga kerajaan bn.
ada problem, tak keluar kat media perdana, besarkan masalah musuh politik saja.
kamu nak tuduh wartawan spork pelacur pun tak apa.
di spork pun banyak masalah.
tapi bila isu dah meletup, dah tak boleh tanam buat tak tahu.
jika tidak mudah saja: orang tak akan beli straits times atau akhbar perdana lain, dan mula baca TREmeritus (temasek review) dan blog hentam pemerintah lain - free some more!
semasa election spore may lalu, jualan straits times (ST) NAIK, bukan turun seperti tahun2 lama.
sebab? isu semua dibentangkan jelas2 dan terang2.
lepas election pun sama: jualan ST terus naik, bukan turun seperti akhbar di banyak negara lain (termasuk USA) akibat free news on internet.
u lie to the public, u pretend certain things are not happening and want to 'move on', 'ambil cuti' - dah tak boleh lagi.
di spork, pemerintah rancang dgn cantik (pada mereka): masukkan jutaan pekerja asing, pastikan sistem mrt untung berjuta (tak seperti sistem pengangkutan awam di negara lain yg rugi duit, seperti ktm), market economy will resolve everything - harga rumah tinggi tak apa sebab the market decides, orang pangkat tinggi kita ambil dari geng kita saja - top govt scholars (iaitu pelajar terbaik yg dapat scholarship pemerintah, belajar di top uni luar negara).
hancus ramai rakyat tolak.
skandal demi skandal keluar.
kamu ingat pemimpin PAP dan ST sembunyikannya ke?
are u kidding me? jika mereka buat gitu orang akan lari ke TREmeritus dan twitter, utube.
cuma nak kena bincang kena kurangkan emosi - bukan macam website pembangkang insider n mkini yg gunakan perkataan lucah n kurang ajar.
website pembangkang is the opposite of mainstream media. pembangkang tak pernah buat salah. kamu baca kembali skandal yg saya tulis di atas. semua tak resolve, tapi tak dibincang kerana hanya ameno yg salah.
resolve the issues honestly, politicians, else voters will resolve them for u by running away from u.
after saying all these,
tak bermakna ST perfect dan pandai. masuk longkang juga beb coverage kami - susah nak maintain balance woi sebagai 'pro-govt paper'! manyak responsibility.
tapi kena cuba lah.
eh! saya baru habis attend meeting - dtk saifuddin abdullah, dtk zambry perak, gan ping sieu, dan senator barath maniam mic, baru habis jumpa sph editors di pejabat - saya tumpang sekaki duduk kat belakang dengat dialog.
interesting insights.
memang ramai politician dan educationists dari negara mana pun kerap datang singgah tukar fikiran di biggest media group in south east asia.
Apa pasal isu Lynas ni tak habis-habis. Dah leteh juga saya tulis beberapa pos di blog saya www.unclearengineer.blogspot.com tapi masih fakta salah yang dia orang sebut-sebut.
UnclearEngineer
Rem
cerita semula pasal kes kat kuantan tu, sekarang ni ramai benor dah timbul ustad "celup". Yang menakutkan kita, depa ni suka mencelup orang.
pok chik UnclearEngineer
sedangkan xpert dr YB PAS pun kate LYNAS ok..dia org xleh nak terima..ini kan pula pok chik yg public xkenal merata...
pemikiran manusia ibarat kain..sekali dah kena celup dlm lumpur..basuh balik kesannya tetap ada...
berulang kali dah mention dgn pengesahan dr pakar dlm negara dan luar negara LYNAS ok..tp masih ada segelintir yg xleh nak terima...
bab org politik yg suka menghura harakan isu sehingga yg molek nampak jelik satu hal....tp public jua ada prob maleh nk berfikir..asyik kena suap jer ngn apa yg org politik cakap...bukan nak g kaji dulu apa benar berita yg dibawakan..
semalam baru basuh seorg budak awal 20an pasal LYNAS...pada tanggapan mereka LYNAS adalah projek loji nuke..dgn masalah pd fukushima maka mereka fobia..
tp sy juga cenderung salahkan goment jua...kurang bg info pd public ape bendanya LYNAS tu pada peringkat awal..bila isu dah panas kena pusing camnie..baru lah terhegeh2..tp pemikiran public dah kuat melekat LYNAS=loji nuke...
apa pun posting pok chik UE..mengenai LYNAS amat menarik sekali....sy yg xtahu apa2...tiba2 leh jadi xpert lak bila sembang pasal LYNAS dgn rakan kikikikikiki
Post a Comment