Baca cerita di blog logam mulia unkerr di sini.
Di Singapork, ada GST 7 peratus untuk semua barang dan perkhidmatan. Ini akan ditiadakan untuk emas dan perak mulai 1 Oktober, financial year Temasek. Kata Menteri Kewangan hari ini, hari baget pulau kecik.
Apa itu GST (Goods and Services Tax) pun saya terangkan secara basic - mungkin berguna untuk anda kerana Malaysia pun ada rancangan nak adakan cukai ini.
Ia dipanggil VAT atau Value-Added Tax di setengah negara.
Cerita lama saya tentang GST di sini - Bah. 1 dan Bah. 2.
Juga bual-kosong lama antara subsidi dan cukai di sini.
---------------------------------------------
BERITA BAIK UTK ORANG TUA
Dalam baget:
-- Hospital beds ditambah, nursing homes, lebih mudah nak ke poliklinik - sini.
-- Sumbangan CPF (central provident fund; sama seperti EPF) dinaikkan utk orang tua - sini. In penting kerana orang tua jika sumbangan majikan turun, makan turunlah wang simpanan hari tuanya.
-- Income tax diberi double relief utk orang di atas 55thn. Dulu jika kamu 55-59, dapat potong cukai S$3,000, akan naik kpd $6,000. Jika kamu 60 ke atas, kini relief digandakan kepada $8,000.
-- Dapat S$20,000 cash jika membeli flat lebih kecil kerana dah tua (anak dah keluar rumah, tak perlu flat 3-4bilik; 1-2bilik pun cukup). Ini perlu kerana ada orang tua, macam saya, flat masih hutang walau umur dah meningkat (kerana anak masih tinggal dengan saya). Jadi jika dapat wang beli rumah kecik sikit, akan kurangkan beban tua.
-- Geran S$120 sebulan jika keluarga ambil orang gaji nak jaga bapak-emak tua.
-- Dapat subsidi jika nak pasang old-friendly facilities di rumah. Tak diberi contoh, tapi saya rasa misalnya jika kita pasang hand-rails dalam toilet, dan dari bilik ke dapur agar orang tua mudah pegang. Atau special-needs toilet utk orang tua yg tak boleh nyangkung.
UNTUK kebaikan orang tua, saya harap garmen kita letak AED ni. GAMBAR.
Banyak saya nampak AED di station subway Tokyo.
Kenapa? Sebab ramai orang tua, jika jantung mereka terhenti, boleh zap sikit agar tak kojol sementara tunggu ambulans tiba.
Tapi tentunya perlukan staff station dan orang ramai yang pandai pakai benda ni.
Good idea for garmen, no? Saya tak pernah nampak di Temasek mahupun KL.
Jika kamu pernah nonton movie, defribillator tu ialah dua besi yg kita pegang tangan kiri kanan, lepas tu letak kat badan orang yang tak bernafas, 'electric shock' diharap kejutkan orang itu.
Kat negara kita, ada kegunaan tambahan.
Jika kita tangkap snatch thief, sementara tunggu abang polis datang, kita kasi 'electric shock' kepada mamat perampok tu. Nak beri dia 'Kesedaran'.
Tapi kalau dia mampos pun bagus juga :-)
Video: At the Last Rally
1 hour ago



15 comments:
Singapork itu apa? Babi halal ciptaan you punya Mak? Wah!!! pandai betul orang UMNO.
vinnan,
tuan kurang ajar yg takut pakai nama sebenar.
saya rakyat singapork. saya sokong pap. saya bukan orang umno. tak sokong pun!
pembangkang pun saya tak sokong kerana saya bukan orang Meysia darul suka-cari-gaduh (u are one of those i can see).
singapork ialah nama timangan negara yg saya sayang. a term of endearment that idiots like u cannot fathom.
kalau kamu nak kurang ajar, tapi pondan tak nak kasi nama sebenar atau email, tak payah main kat sini.
Encik vinnan nie troll yg dh byk kne banned sebab asyik trolling kat blog orang len. Nak bwat blog sendiri x reti...
vinnan bodo. mesti baru baca belog unker rem ni. cait!
Jangan marah uncle - nnti cepat tua
:-)
2
Sian pokcik, apa lah si Vinnan ni, kuang hajo ngan orang tua, dia tak tau orang tua ni stok silber/emas penuh almari.. Pokcik tiap tiap tahun bayar cukai kat kerajaan PAP, suka hati pokcik la kan..
bagi sedas penampar silat singa tengah mengaum baru tau
Pokcik, rakyat sini macam takut sangat dengan GST ni bukannye apa, pasal skrg cukai pon dah banyak, orang gaji 5k kena cukai paling kurang 200 setiap bulan, belom kira kalo gi berjimba2 makan KFC (kalau tak kena tendang) atau Pizza Hut kena lagi tax 6%. Sesetengah kedai pulok caj lagi cukai lain 5-10%..
Saya pong sebenarnya tak bersetuju ngan GST ni.. tatau la pendirian saya ni disebabkan oleh salah asuhan oleh DAP/PKR/PAS..
dlu citer pasal jam besar makkah. ni ada gmbr 1885
http://beritazamansekarang.blogspot.com/2012/02/gambar-haji-pada-tahun-1885.html
"Jangan marah uncle - nanti cepat tua"
- dah tua pun saya nih! hee. salah-salah jalan, tertendang baldi.
anda nak marah tulisan saya tak apa, yg saya marah mamat tu letak "ciptaan you punya Mak". lepas tu tuduh saya orang umno.
kurang ajo tu.
anyway, saya cakap je sokong pap. tapi tak undi mereka pun!
i support pap intellectually, but not emotionally. shhh, jgn beritahu kuan yew.
kan saya selalu kata - wartawan ni, sama macam ramai anda di sana tu, suka sokong underdogs.
tapi sejak mereka bagi chance orang tua dlm baget ni, hmmm mungkin saya undi mereka lain kali kot.
yg kuat sokong pap ialah ibu saya dan ramai golongan super-tua (saya tua, ibu super-tua).
mereka tahu betapa susah dan peritnya hidup dulu. kini terima kasih kpd pap, beliau lihat anak cucu hidup mewah. tak pakai stand pipe, toilet atas longkang dan dlm semak).
sama juga di msia dan negara lain - yg muda ambil kemudahan hari ini (mrt/lrt, klcc, mall aircon, nak makan ayam anytime, coke picit mesin, pakai kasut cantik) sebagai A GIVEN. MESTI ADA PUNYA. KALAU TAK DAPAT, SALAHKAN KERAJAAN, NAK DEMO.
they didnt work for it, macam generasi ibu saya, jadi dah tak appreciate lagi.
begitulah resam dunia. tak boleh salahkan orang muda pun.
gitu-gitu,
memang betul orang meysia tak suka gst.
orang spore pun tak suka!!! orang terus komplen dan komplen. yg suka gst cuma saya saja, sebab pada saya ialah lebih fair and square - samaratakan yg miskin dan kaya sikit.
sebab, siapa yg suka kena bayar cukai?
kenapa saya suka? saya cerita cukai pendapatan (income tax):
1) top income tax rate di singapore (tak gunakan 'singapork', nanti ada orang marah) ialah 20 peratus.
http://www.guidemesingapore.com/taxation/personal-tax/singapore-personal-tax-guide
(see the red table)
tapi govt nak cover balik, dia adakan gst 7peratus.
tapi jika kamu gaji rendah lalu hanya mampu beli 32inch tv dan mazda, cukai agak rendah.
orang kaya yg beli 65inch tv dan lexus kena cukai tinggi (7 pct sama).
kan bagus tu? saya yg jarang tukar tv dan tak ada kereta save banyak. dulu tax rate spore setinggi 28 peratus! tak beli tv dan kereta, tak beli tiket pesawat atau iphone pun tak tinggi!
kini yg kena cukai tinggi hanyalah mereka yg berbelanja lebih.
it becomes a Consumption Tax.
2) di malaysia, cukai individu ialah 26 peratus.
http://www.taxrates.cc/html/malaysia-tax-rates.html
lepas tu ada pula sales tax 6 peratus! (sama ada kamu makan kedai mamak atau restoran mahal, beli buku, kasut, etc kena tax 6peratus. cuma kerap kedai mamak ni collect 6peratus drpd kita lepas tu dia tak bayar kpd kerajaan! dia underdeclare pendapatan).
secara theori, jika ada gst di msia, dapat turunkan cukai pendapatan dan sales tax ditiadakan!
kan lebih baik tu!
tapi isu dah masuk bab politik. kebenaran dah dikaburkan.
dan lagi satu: kerana kerajaan meysia ni banyak merampok dan dituduh merampok, jadi orang dah tak 'caya dgn argument apa pun.
pembangkang pula kata nak turunkan harga minyak, nak hapuskan tol jalan. waduh, kayanya pembangkang.
saya pun tak tahu siapa yg benar siapa yg bodoh, terpulang kpd kamu rakyat meysia pilih. nanti aku ajar orang kata aku orang ameno :-)
tuan mekah,
terima kaseyyyy. gambar2 menyayukan hati kita. lihat masjidil haram tu - dulu belum ada extension besar.
cuma bangunan keliling kaabah bahagian depan saja. kini dah extend jauh kebelakang dan satu section ada aircon u! takut orang kaya kepanasan boleh salat di aircon section (tapi tak nampak kaabah dari sectio ini).
dunia terus maju, sama ada kita suka atau tidak.
Dear Sir Remgold,
Relax and chill out. Come read some poetry here:
http://poemsbyninotaziz.blogspot.com/2012/02/illusion.html
or here:
http://lapoesieparninotaziz.blogspot.com/2012/02/du-sensualite.html
Cheers!
Oh macam tu ceritanya pasal GST/VAT ni ... kalu Kerajaan Msia cerita macam ni kan senang !!!
Ini tak ... Kerajaan kata kalau guna GST rakyat untung tapi pendapatan Kerajaan bertambah ... tak pening utk faham !!!
Cakaplah income tax akan dikurangkan.
Agaknya ... kalau Kerajaan Msia lantik Uncle Rem jadi jurucakap menteri (baca bodoh) disini boleh tak ?
Nani Cheras.
Rem
dalam sejarah Spore dan negara yang guna GST ni, pernah ke trend tax ni menurun atau rate dia sentiasa menaik saja (tu yang den rimas)
memang lah income tax rate boleh menurun atau ada orang macam den ni main ngelat sikit, tapi GST ni den nampak tak pernah menurun. Yang ni dia collect direct dari consumer. susah nak mengelat macam ni.
unkerr,
I stumbled upon ur blog accidentally fr another blogger #rockybru and have never turned back.
Your straight to the point and cynical views have managed to turn a reader like me to think outside the typical mesia news and blogger websites.
for the first gear and rude reader like vinnan, he does not deserve the comment space in your blog.
nani,
ramai orang di kl yg bijak isu seperti ni berbanding saya - saya kerap segan tengok anak maysia yg belajar di top uni luar negara.
cuma cara nak tenangkan hati rakyat dgn explain cara baik agak payah hari ini kerana environment politik yg berlebihan. semua isu jadi isu politik dihuru-harakan oleh kedua pihak.
1) kerajaan bn orang kurang percaya sebab dah banyak skandal. mereka bawa negara miskin jadi middle class orang dah lupa sebab banyak isu tak ditangani cara baik.
sama macam pap di spore - rakyat muda kurang nak kesian dgn pemerintah.
2) pakatan fokus nak ambil kuasa, jadi tak kisah nama negara rosak.
jadi mereka pun tak mahu buat explanation baik tentang isu apa pun, asal dapat score points.
saya rasa the mistake is: orang dah makin mual. takut points yg dikejar semakin pupus.
isu lynas misalnya: pada saya yg outstanding ialah company tu terangkan bagaimana mereka nak buang wastage dari plant, kerana saya rasa so-called 'radioactive' tu rendah saja. tapi itulah, nak score points dan menakutkan orang, main bantai.
yg bn pun, maaf kata, memang terlalu tak pandai nak buat benda tanpa skandal.
mereka dah jadi macam pap - tak perlu terangkan lagi dgn rakyat, power is ours forever. we just steamroll ahead.
sebab tu rakyat marah dgn gaji menteri tinggi, ramai sangat pekerja asing, inflasi etc. sekarang ni dah mula nak tobat.
tentang gst pernah turun atau tidak, k-mali: hmmm yg ada gst seperti uk dan australia hamba tak pernah monitor pulak.
tapi spore dah beberapa kali nak dinaikkan lagi gst tapi rakyat bantah keras, depa go-stan.
secara theori boleh diturunkan jika ekonomi meleset teruk.
gst boleh digunakan sebagai penggalak ekonomi.
economy weak - turunkan gst agar galak orang kaya dan middle class beli tv, kereta, fridge, tiket pesawat, makan kat restoran etc.
tentang komen ni, lil black dress, tak kisah saya jika nak hamun dan tertawakan saya mengenai tulisan kosong saya.
tapi name calling ni dah banyak berlaku di blog dan website lain. kita move away dari benda tu jika boleh, agar dapat bual isu sebagai manusia biasa bukan insan yg dipolitikkan.
Unker Rem salah eja tuuuu..
kalo org dari Utara memang sebut macam tu tapi ejaan Singaphog, KL sebut Koala Lumphog.
Kalo Vinnan duk bhgn Utara jenuh dia keluphog hari2 asyik dengar semua perkataan ending bunyi macam "pork!"
Cheers
gitulah pok rem, kami orang muda da cynical sangat bila ada apa2 je yang naik. dah la kami yang swasta ni makin tersepit, dengar pula orang gomen mau naik gaji
gaji kerajaan naik = harga barang naik .. curse the businessman.. dah la elaun gomen staff non-taxable. saya kerja 60+ hour seminggu buat OT kene tax kiri kanan
macam mana nak orang muda nak berterima kasih bila skandal Madini dan Lembu NFC hangat. da la no swift action, cuba pok rem walau 10sing and kantoi apa jadi?
nak tau tak irony hidup di KL ni, bawah RM3 k ialah urban poor, tapi you'll be tax if you earn RM 2501
laughable :)
Post a Comment