Tuesday, 14 February 2012

Yen kukuh, pakcik lemah....

Baca cerita di blog kedua saya.
Pengsan brader nak nyopping di Ginza, Shibuya mahupun Harajuku dan Shinjuku.


Semua harga 'di luar dunia' = outta this world.
Tapi jika saya berkata benar - tak nampak benda yang saya rasa = wah, mahalnya, tapi kerana ia begitu molek, saya akan beli juga. Cuma soft toys Pokemon ni saya kalah.


Begitulah dunia sekarang = barangan yang ada di negara kamu, juga dijual di sini dah.
Jika anda ingat: hingga tahun 1980an pun, orang Malaysia berebut nak ke Woodlands. Nak beli kain, pakaian dan barangan elektronik di Singapore.
Kini, Woodlands dah mati sebab orang kata - ye eleh, tak 'yah masuk Singapore. Kat JB pun ada. Malah kat KL pun ada, kat New Castle pun ada, kat Alor Setaq pun dah ada.
Melainkan diamond Jacob & Co.


Dan kerana exchange rate yang begitu tinggi, benda yang sama kerap kali dapat kita beli di negara sendiri dengan harga lebih murah.
Saya kerap beli berus gigi, sabun mandi, maggi, makanan untuk kucing, etc di KL. Benda yang sama harganya double di Temasek.

Cukuplah tu cerita Jepang, nanti orang kata - mamat ni seminggu kat sana, action lebih pulak. Hee.

8 comments:

Firdaus Shahnaz said...

heeee.

jngadirin said...

Boss nak email add boleh.?? Saya nak tanya pasal duit siling lama

laporpo said...

hehe cilakak pak rem.sempat jugak anda kenakan makcik rosmah mansor hahaha

ada jumpa roti canai/prata tak kat jepang?

keramat mali said...

Rem

Ajinomoto kat tokyo berapa harga sepacket.

remgold said...

jngadirin,
arem59@gmail.com.
hantar gambar coin sekali tuan, mungkin ia dapat permudahkan pertukaran pendapat.

tak jumpa canai-prata.
yg saya nampak ialah di akihabara ramai pekerja kedai eletronik tu orang bangla yg fasih bahasa jepun!!!
sayang terlupa nak tanya mereka - mana kamu makan? tentu ada restoran mereka sendiri.
dan ada juga nampak bangla shopping di akiba (short form for akihibara).
sujuk-sujuk tu, rindoooo rasanya nak makan canai dan minum teh tarik! someone open up a mamak shop there pls!
jangan pakai curry powder, kamu japanise the food: gunakan wasabe!

conclusion saya tentang bangla ni: seperti spore, jepun galakkan pekerja bangla kerja di sana.
yg saya agak terkejut - nampak kontraktor duduk ramai2 tepi jalan: semua bangsa jepun! sedangkan di hk, saya dah mula nampak pekerja kontraktor warna kulit bangla-india-paki (sama seperti di spore dan msia).

hmmm nasionalis betoi pak 'pang ni, kerja korek longkang pun pakai orang dia (mungkin silap kerana saya hanya nampak sekali itu saja).

ajinomoto tak dicari pulak bro. kamu tak pesan awal lagi!

mr labu said...

hi pok rem,

so far dari observation pak rem, nampaklah mereka ni semangat negara eh, camna bangsa mereka mono ke multiethnic, sayang ya rumpun Melayu masih kuat sangat semangat rumpun masing2, bayangkan kalau collective under 1 banner.

tapi teringin sangat nak pegi bandar batu yang ada ealking culture sebab udara dingin. takde jumpa port orang2 belah sini ke?

remgold said...

mr labu,
jepun memang sangat nasionalis. for emperor and country. mereka kamikaze (suicide deaths, long before muslim bodoh letupkan diri - belajar dari tamil tigers).

- di tokyo (seminggu aje beb, bukan setahun. action aku melebih nih) nampak mereka tak banyak pakai kereta asing.

- tapi saya jengok handbags pompuan mereka macam kita di sini, banyak pakai brand Kak Mah - LV, Gucci, Marc Jacobs.
winter boots pompuan dan winter jackets (lelaki dan pompuan) - terpesona saya lihat. cantik dan nampak mahal. jacket saya made-in-india beli di mustaffa centre.

- kasut sukan jantan (walau sujuk, ramai pakai sports shoes) - campur brand nike adidas dgn brand jepun (yg saya tak kenal, saya anggap buatan jepun).

- pekerja subway dan malls (selain malls di akihabara) hanya pakai pekerja bangsa mereka.
tak seperti di spore, terlalu ramai filipina sehingga habis budak-budak melayu kini dah kena bilis nak jadi salesgirls, waitress, receptionists!

tapi itu beza negara yg ada satu bangsa utama dgn yg berbilang kaum seperti msia, usa, uk (spore, pada saya, bukan 'berbilang kaum' sebab melayu hanya 13peratus dan tak ada significant contribution. cakap ganas - kalau semua melayu spore mati makan racun esok, nobody will miss us).

negara yg satu bangsa, sama agama = iaitu the majority community controls and run everything, seperti spore = lebih mudah nak tadbir. seperti japan, taiwan, korea, germany (kaum turki tak ada significant contrib), swiss, ireland, russia (kaum muslim chechya dan tartar disisirkan), china (kaum tibet, mongolia, muslim uiyghur tak banyak contrib) etc.

msia, indonesia, malah usa dan uk pun lebih payah nak tabdir.
- nak adakan sistem pelajaran nasional saja, ada pulak nak sistem sekolah cina dan tamil.
- nak tutup factory masa hari raya, ada pulak nak tutup xmas, cny, divali etc, sehingga msia lebih banyak cuti drpd bekerja.
- hari ini, nak sembelih korban pun dah payah, sebab dah ada suara kata ini sensitif kpd kaum yg tak makan lembu pulak.
- nak ban valentine's day, ada pulak suku yg suka romen bawah pokok.
maknanya kena jagi hati semua orang, itu yg buat payah nak tadbir.

usa ramai kaum hispanics, termasuk berjuta-juta yg kerja di amerika bertahun-tahun sebagai illegals.
dan walau negro tak banyak contrib, mereka juga ramai.
malah saya nampak hampir semua negro di washington dan new york dlm kedai2 jualan makanan seperti starbucks dan malls drpd omputeh.

di uk pula, ramai sangat orang dari bekas negeri jajahan british (pakis, injuns, africans). nak buat policy kena jaga hati semua.

tak semestinya negara Satu Kaum, Satu Agama tu lebih baik. ini theorinya saja.
usa malah menggalakkan immigration dan percampuran kaum agar tercetus idea baru dan cara berfikir baru (dan makanan fusion).

anyway, just another pork chic theoretical observance and nonsense.

rumpun melayu masih berpecah ikut kaum ke? pada saya melayu bugis boyan jawa minang etc dah lama kurang.
yg melayu msia bodoh ialah berpecah politik.

melayu spore bersatu hati (tak sibuk sifat kaum ni lagi). tapi pemimpin semua bingai, maka kaum terus lemah.

jika ada peluang, gi lah beb.
yg saya masih ingin benar nak pergi: rome (bukan italy, hanya rome), turkey dan egypt (yg dulu tu 3mlm saja dan sibuk bekerja). mereka semua ni ancient empires yg saya nak tengok dan pahamkan. kalau tak gi pun dah baca buku sejarah dan tengok gambaq.
china dan brazil (ekonomi terbesar di america selatan dan antara yg tarik banyak pelaburan hari ini) jika dapat, nak tengok perkembangan ekonomi mereka.
what drives them? u can see it on the streets and in their cities, not in books. u can see their leadership in action close by (sampah di jalan raya, working toilets, sense of well-being of citizens - berbanding ramai orang minta sedekah di india, indonesia).

sebab kadang negara banyak potensi tapi pemimpin bingai, hancus. macam indonesia - slow sangat nak naik sebab semua sibuk dgn corruption culture.

maaf pak, tak jumpa port orang2 kita yg ditanya. mungkin pembaca yg lain dapat bantu.

dahserikngankeris said...

question....will you ever visit japan again when u have the chance?

i like your taste in travel, china and turkey is also in my travel list, china nak visit silk road and the uighur region, turkey nak tengok the river that separates europe from asia.

heheheheh, best lah bang rem. thank you for sharing your experiences!