HA! ROMNEY, SANTORUM NECK-AND-NECK
Kiraan Super Tuesday sedang berlangsung.
Romney dah menang 3 states.
Santoliban dah menang 3.
Gingrich Gila menang 1.
Paul corot, tapi mungkin menang Alaska.
Tapi yang penting ialah Ohio state. Tidak ada calon yang akhirnya menang jadi Presiden Amerika pernah kalah dalam election di Ohio. Santorum di depan Romney di Ohio. Uh oh.
Gi nonton CNN atau akhbar NYT atau Washington Post.
-----------------------------------------------
WEE-WEEET! ANWAR TU 'JASON BOURNE': NAJIB
Baca ni. Hensomenyer Abang Nuar.
Pandai karate lagi.
-----------------------------------------------
SCI-FI
The good news: Pada tahun 2161 (50 thn dari sekarang), anda akan berhenti 'jadi tua' apabila sampai ke umur 25 kerana genetic engineering.
Jadi kita semua nampak muda dan glam.
The bad news: Bila lahir, di tangan kamu - tempat kamu pakai jam - akan dimasukkan sejenis mesin yg disambung kpd jantung anda.
Bila mesin tu jatuh kepada angka 00:00:00:00:00, anda akan mati.
Nak pastikan tak mampoi, anda kena kerja, minta sedekah atau merompak.
Tapi jika anda kerja, minta sedekah atau merompak, BUKAN WANG yg anda kejar.
Tapi masa.
Kamu dibayar gaji dengan Masa. Dengan transfer 'masa' dari tangan depa kpd mesin di tangan kamu.
Minta sedekah pun orang bagi kamu Masa, jika dia nak bagi.
Jika kamu merompak pun, bukan wang dan emas yg dicari, tapi Masa!
Demi Masa!!!
Nak makan atau beli rumah? Bayar dengan Masa - transfer masa di tanganmu kpd mesin masa di ATM.
Dan seperti biasa, ada orang atasan dan kroni-kroninya yg control business gini.
ITULAH filem sai-fai* yg saya nonton baru ni dlm pesawat. Untung orang yg senang tidoq dlm long-flight. Unkerr ni kalau flight 20jam pun payah nak ngorok. Nak kena beli first-clss cabin agaknya.
[*sci-fi = science fiction = a made-up story based on science].
Nama movie: In Time (GAMBAR). Dalam gambaq atas tu, mamat hero hanya ada 25 saat lagi! Time to get time-transfer fast!
Heronya ialah Justin Timberlake, dulu penyanyi terkenal dengan boyband yg saya minati, N'Sync. Sekarang dah botak tua, tak lama lagi tempang kena penyakit baru dia tahu apa rasa unkerr....
SAYA tak mau beri detail lagi tentang movie ni. Nanti tak syiok bila anda nak nonton.
Yang unkerr nak cerita ialah tentang Sai-Fai ni.
Penulis sai fai No.1 ialah mendiang Isaac Asimov. Dia dipanggil Prophet of Science Fiction.
Bila saya baca buat pertama kali The Three Laws of Robotics, makkkkk, terkejut. Sebab begitu bijak dan tepat!
First Law: A robot may not injure a human being or, through inaction, allow a human being to come to harm.
Second Law: A robot must obey the orders given to it by human beings, except where such orders would conflict with the First Law.
Third Law: A robot must protect its own existence as long as such protection does not conflict with the First or Second Laws.
HARI ini, banyak movie sai-fai yg diminati jutaan orang - kadang terbawa dari atok, kepada bapak kepada anak.
Buku, komik, movie sci-fi ini popular kerana ia membantu kita, manusia biasa = the 99 per cent = salarymen and office lady, tambahkan angan-angan kita. Boleh fikir tentang manusia di masa depan yang gelap (selepas perang atom!, atau bila semua pokok dah ditebang dan air tak cukup!) atau terang (manusia bina power-generating plant yg magic, seperti dalam siri Star Trek.
Kerana harga letrik jatuh kpd hampir kosong, maka semua barangan jatuh harganya!
Star Trek diminati setengah orang (bukan saya) kerana mengembara dari galaxy ke galaxy lain.
ATAU ada pula suka dengan dunia rekaan Aliens - dari movie, ia merebak kepada puluhan buku siri Aliens.
Manusia mengembara ke hujung galaxy, terserempak mamat alien ni - darahnya ialah acid yg boleh membakar-tembus besi.
Garang-gila nak gaduh aje!
Antara siri movie yang paling saya minati ialah dunia rekaan Aliens ni.
ADA pula apa yg dipanggil Post-Apocalypse World = dunia selepas 'kiamat' = perang dunia ketiga pakai bom atom.
Antaranya ialah dunia Terminator. Yg jadikan Arnold Schwargener top actor.
Dunia yang mereka robot, lepas tu robot "became aware" dan nak control manusia.
Juga siri robot yg saya amat minati.
Atau dunia sai-fai Matrix. Juga post-Apocalyptic world.
Di mana manusia dijadikan batteri! Kesian kita jadi Eveready.
Jika kamu lawan, potong kepala wor! Dah dunia khayalan sofwe direka agar batteri-batteri ni terus nenyak tidor = our body heat is used by the machines to make more machines!
Sayang, filem Matrix ni yg bagus cuma yang pertama. Matrix 2 dan 3 hancus, lalu tak glam lagi siri ini.
Siri Fringe di TV pun saya suka.
Zaman masakini, tapi ada Alternate World. Ada dua Remgold, dua Kak Mah, dua Anwar dan dua ekor lembu yg sama! Wow.
TV series yg saya minati.
Star Wars! Takkan kita lupa! Tapi jalan ceritanya lain sikit. Siri ni konon-nya berlaku 'A long time ago in a place far far away'.
Jadi mungkin ia nak kata mereka ni semua atok nenek-moyang manusia kat dunia ni.
Dalam Avatar pula, dunia kita nak kiamat. Lagu manusia terbang ke angkasa raya cari bahan 'unobtanium' - kira sama macam rare earths Lynas lah.
Tak kisak jika kena bunuh "blue monkeys" planet lain.
Avatar 2 akan keluar tahun ini.
BANYAK lagi beb.
Yang saya buka table bab ini ialah nak cerita bahawa pandai manusia ni mereka dan buat projection.
Tak perlu hanya risau tentang dunia kita hari ini.
Kita boleh jelajah masa depan! Dan bayangkan hidup cucu-cicit manusiawi.
The future! The future!
Video: At the Last Rally
1 hour ago




7 comments:
My favorite sci-fi, first and foremost, now and forever:
DUNE SERIES
and Frank Herbert will always be my hero.
Having said that, I loved Star Trek, Star Wars , Terminator and Stargate. Grew up on a steady diet of sci-fi, fantasy and mythical lores by Tanith Lee, Ursula Le Guin, Margaret Weis and Tracy Hickman etc etc.
Uncle Rem,
Kita suka sangat Avatar, siap beli dvd ori tau! Tengok kat high definition digital tv...cun! Another one I love is Planet of the Apes....amik kau manusia jadi hamba monyet. Hmm.....berangan nak buat filem Planet of the Felines....hahaha...manusia jadi hamba kucing. purrr....meow!
See you tomorrow , Cats! Do you like The Fifth Element? Remember that superb opera singer in blue...she fits right in Avatar!
love star trek siri kapt. botak, John Luc Picard.A very commanding presence and demeanor. A first class act as captain of a vessel.
Its a good movie about commanding,decision making and decision making thought process.
The original dengan T.J hooker hancus,the one with the lady captain pon taKleh pakai.
Betul lah kan. Income interchangeable with working time spend. Kalau sci fi ni best juga, tenaga tak habis tapi duit dapat. Cuma waktu masa depan dia cut.
Dalam majalah sains ada tanya pembaca, adakah anda mahu hidup abadi buat selama-lamanya?
Pembaca jawab, kami memang mahu hidup abadi kalau boleh. But give me option to renew the contract each 10 years, mana tahu akan datang kami akan ubah fikiran. :)
hi guys,
terima kasih tinggalkan komen tentang sci-fi ni. teringat saya cerita2 lama yg saya baca!
saya sedang bersedih.
1) kerana anak2 kita tak akan enjoy baca buku seperti kita. kerana zaman pc internet, twitter, fb, ebooks ni.
baca ni:
http://www.nytimes.com/2012/03/05/business/media/e-books-on-tablets-fight-digital-distractions.html?scp=1&sq=e%20books&st=cse
2) nak demokrasi. kini libya dah berpecah dua. mungkin akan berpecah banyak lagi.
http://rt.com/news/libya-split-cyrenaica-autonomy-971/
tapi jam tak boleh go-stan. kita kena terus pandang ke depan (jangan pandang belakang beb!!!).
sama seperti kita kini puji jepun, walhal hanya 70thn dulu mereka masuk malaya spore potong kepala keluarga kita dan kejam.
PostScript: saya pakai gambaq kucing sekarang ni. nak lawan kuch sydney.
kuching purple saya ada islamic crescent kat dahi dia. banyak sujud wor!
sebenarnya ia ialah watak dari kartun anime jepun Sailor Moon.
kucing tu bernama Luna. ada rakannya kuch putih bernama Artemis.
http://www.youtube.com/watch?v=d6FoFhJPpH4
zaman youtube juga dan tv series serta reality shows. mana ada masa nak baca buku!
maaf unkerr sonyap hari ni sebab tadi bangun awal sebab kena gi JB.
woooooooo, panjang ceritanyer!
rm22bil worth of story! ha, nanti unkerr cerita. baru balik sedang sibuk tulis story.
Post a Comment