Tuesday, 28 February 2012

Rick Santoliban

6 bulan, Kak Perak muncul kembali






Jenuh tunggu harga perak naik.
Baru naik pada Selasa, pada Rabu pingsan semula. Tapi menurut chart agak cantik dan kesihatan akak dah pulih.
Terima kasih Abang Mas....
Perak dah pulih sikit.



------------------------------------

iPAD3 DAH NAK KELUAR....

Dunia tech sedang sibuk kerana pada March 7, iPad3 dijangka muncul.
Selain lebih cepat dan mungkin ada kamera lebih baik, benda baru lagi ialah kemungkinan Home button - satu-satunya butang untuk iPad - akan ditiadakan. Mungkin.
Semua pakai touchscreen.
Dan iPad3 akan gunakan retina display - lebih cantik dan clear kita lihat gambar, nonton movie.
Dan tentunya akan diadakan lebih banyak Apps, mesin lebih ringan, etc.

SHORTCUT: Ia hanya incremental improvement untuk produk ni, bukan satu lonjakan besar apabila iPad1, iPhone1 mula diperkenalkan dulu.
Boringlah.
UTK PHONE: Saya kini lihat di Singapork, orang dah mula ramai mula gunakan Samsung Galaxy S baru; iPhone masih popular tentunya, tapi dah tak glam macam dulu. Lebih besar dan nipis si Galaxy.
Saya masih terus gunakan Blackberry saya - hanya utk phone. Untuk data, saya bawa iPad2 ke sana ke mari. Yawn.


------------------------------------
CHRISTIAN TALIBAN

Jika ikut kayu-ukur (the translation: yard-stick! nice) biasa, pertandingan untuk menjadi calon Parti Republican di Amriki dah lama habis.

Selepas debat beberapa kali, dan lima enam State pilih calon, dulu tinggal dua calon. Atau mungkin satu saja.
Tapi kerana Amriki ni corrupt (cuma tak ngaku; kita saja bodoh yg suka sangat ambil petunjuk dari mereka) naiklah Super-PACs (political action committee).
Saya dah tulis tentang pertandingan calon G.O.P. = Grand Old Party = Republican ini, di sini dan sini.

Hingga hari ini, masih ada empat calon yg tak perlu give-up. Selagi ada wang berjuta Super-PAC kempen Romney, Santorum, Gingrich dan Paul boleh diteruskan. Yang rilek ialah Obama.


TAPI yang menakutkan ialah kenyataan-kenyataan mereka semasa berkempen. Nampak sungguh mereka ni extremist Kristian, yang akan serang Iran dan negara lain tanpa fikir panjang, pastikan islam dibenci di Amriki dan dunia, anak tak dibenarkan belajar di college, pandang rendah kaum lain, korek satu dunia untuk minyak tanpa kisah tentang alam sekitar, pompuan kena duduk rumah jaga anak, gay dan orang yang tak disenangi akan kena ganyang. Iaitu isu-isu yg biasanya utk negara dunia ketiga, bukan superpower yg nak pimpin dunia.
Banyak sangat nonsense mereka saya pun letih nak senaraikan.
Baca sini, sini, sini, sini dan sini antaranya.

Yang paling teruk is Santorum dan Gingrich, sehingga mereka menghina orang kulit hitam negara sendiri pun.
Yang super-teruk ialah Santorum hingga orang negara itu sendiri dah mula panggil dia American Taliban, the Christian Taliban, Santoliban, Rick Kelantan, Rick NewCastle (hee, the last two, tambahan sendiri).

HARI Selasa depan, big day untuk semua empat calon: Super Tuesday.
Pada hari itu (March 6), pengundian di 10 States termasuk Massachusetts, Ohio dan Virginia.


Yang diiharapkan olehh GOP ialah hanya satu akan muncul sebagai pemenang. Tapi belum tahu juga. Mungkin tiga yang kalah teruk terus tak mahu berundur sebab masih terus dapat wang sogokan Super-PAC.
Itulah demokrasi cara superpower.

Wednesday, 22 February 2012

War heroine, war hero. Dead

SAYA NAK SAMAN M.B. PAHANG

Unkerr penat-penat bagi idea Demo Tourism - baca cerita lama saya di sini.
Kini, idea kena kebas menteri besar Pahang. Ini nak kena saman ni.... :-)

"Kerajaan Negeri mengalu-alukan demo secara aman ini kerana ia menjana kegiatan ekonomi khususnya untuk pengusaha dan peniaga di Kuantan. ..... Saya namakan ini Demo-Tourism. Demo-Tourism ini patut digalakkan."
 
-------------------------------------------


BAPA NYANYI LAGU UNTUK ANAK


Bapa, dengan rubber-lips yang terkenal, nyanyi lagu theme song dalam movie Armageddon, di mana Anak jadi heroine.











Untungnya anak kecil yang disayangi begitu.
Poetry, Ninot.



I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you're far away and dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment, forever
Where a moment spent with you
Is a moment I treasure.

  - I Don't Wanna Miss A Thing (Aerosmith)




-------------------------------------------

ATOK BATMAN


Jangan hina atau dipinggir orang tua.
Now you have another reason to take care of them.... di sini.
Bak kata movie P.Ramlee "Ada makna tu".


-------------------------------------------
COLVIN, OCHLIK

Berani betoi pompuan mata satu ni.
Mata Marie Colvin, 55 tahun, yang satu buta kena bomb shrapnel di Sri Lanka pada 2001.
Hari ini beliau dan rakankerja, Frenchman bernama Remi Ochlik, 28 tahun, mati kena bom di Homs, bandar keluarga Steve Jobs di Syria.
Baru ni Anthony Shadid, dari New York Times, mati ketika di Syria juga.


Lihat apa yang Colvin, warga Amriki, kata kenapa wartawan perlu masuk medan perang.

Malaysia pun ada wartawan perang. Pompuan lagi. Doc SAVE baru ni tulis tentang Shahanaaz Sher Habib dari The Star (ahem, kawan aku, tapi 1,000 kali lebih berani daripada aku).

"Our mission is to report these horrors of war with accuracy and without prejudice" - Colvin.

Banyak award kedua-dua Marie Colvin dan Remi Ochlik pernah menang.
Apa kata si Remi Berani pula.
Website beliau dengan banyak gambar di sini.


SAYA menangis hiba untuk rakan-seperjalanan yang saya tak pernah jumpa.
Berani mereka masuk medan perjuangan di mana peluru tak kenal bangsa, agama, martabat dan pekerjaan.
Orang nak tuduh kita pelacur atau kata kita mereng ke kiri atau kanan sokong golongan yang mereka benci, tak kisah.
Mereka hanya akan bahagia jika kita sokong mereka dengan buta-tuli. Tapi jika kita buat gitu, golongan musuh mereka pula akan tuduh kita pelacur.

To your own self, to your own profession, be true.

Tuesday, 21 February 2012

Harajuku kawaii & Megazord

WANG KERTAS BARU MALAYSIA






Saya pun dah beli, dan Bank Negara keluarkan ribuan, sehingga harganya jatuh.
Pandai berniaga, tapi BNM belum pandai main benda ni sangat. Sebab marah collector dan hobbyist jika benda yang mereka baru beli dah jatuh harga.

Bank pusat negara lain dan mint selalunya bila issue coin atau banknote, mereka pandai release agar harganya tetap atau naik secara perlahan, agar orang tak marah. Baca sini.



-----------------------------------
TERBARU - EMAS PERAK
Itu rupanya permainan Singapore buang GST bagi emas dan perak - cerita lama saya.
Pandai Abang Loong.

-----------------------------------
CERITA ASAL

Kenapa perfumes pompuan dan cologne jantan mesti omputeh yang buat, ataupun omitam dari negara barat?
Payah nak dapat selain brand seperti Issey Miyaki dan Anna Sui, yang datang dari Asia.
Saya nampak ada juga brand Shah Rukh Khan - tapi yang beli hanya pekerja India di Mustaffa Centre.


Kenapa tak ada brand Kak Mah Belacan No.5 atau SimplySiti's CoolDurian yg dipuja ramai?
Atau mungkin Ho Ching 4RunTalons?

Kenapa mesti popular hanya Chanel No.5 dan Davidoff CoolWater? Lihat top fragrances di online seller di sini (tak tahu tepat atau tidak senarai ini).
GAMBAR: Gwen Stefani's Harajuku Lovers perfumes. Nama Jepang, tapi pompuan barat yg curi!


Saya bertanya ni sebab sedang sibuk baca latar belakang ekonomi dan perangai Jepang ni. Nak paham sikit apa yg motivate mereka.
Just a Fun Research Project for a bored old man - tak dapat bayaran apa-apa dan tak berguna utk sesiapa melainkan diri sendiri.

Kaum samurai, Si Pak 'Pun, ialah kaum militant, menurut sejarah mereka.
Mereka sama seperti kaum Afghanistan, Iraq, Iran, Yemen etc - yang suka berperang dan serang-menyerang. Dari zaman samurai, ke zaman 'Bagero, kepala potong'.

Ini jauh berbeza dgn kita malayos di Malaya dan Temasek - kaum yg tak pandai perang sangat (cerita Hang Tuah dan LTC Adnan dongeng -penipuan oleh orang tua kita rupanya!!!), tak suka argue dan senang kena buli.
Kita dah AMOK baru orang takut.

DAH seminggu dua ni saya sibuk nonton kat Youtube - Final Fantasy trailers, juga Sailor Moon part 1 dan kartoon Gundam (Yang tak perlu, Pokemon dan Doraemon, yg saya dah paham pun).
Dan saya ke China Square Centre mall di Temasek dua kali, minggu lalu - orang gila saja yg jalan2 gini hari tak kerja.
Di mall tu ada banyak kedai jual patung dan barangan mainan Jepun seperti yang di sebut di atas, serta Mecha anime (mechanical robots seperti Power Rangers' Megazord) dan manga.

Kebetulan saya ada patung Megazord (Power Rangers in Space) anak saya yg lama. Depa kecik dulu suka dgn patung jepang ni. Sekarang dia dah bujang, bapak dia yg main patung tu.
Saya lupa namanya, lalu berjam-jam cari apa nama patung ni kat Internet baru jumpa: Thunder Megazord (woah, garangnyer nama), GAMBAR ATAS.
Hee, pork chick gila juga beli di mall tu second-hand Mega Voyager Megazord!

Mahal oi, walau second-hand. GAMBAR.
Syok yang ni boleh dismantle - lihat Youtube dismantle dan pasang-kembali. Syok wor! Sila nonton hingga tamat - permainan sambung patung mereka saja dah tunjuk bijaknya Jepang ni. Ish segan aku. Kita nak pasang homemade bomb pun meletup kat rumah sewa di Thailand. Bahalol sakan.


PANTAI SABAK
Si Pak 'Pun ni dulu mereka militant, lalu teruk kena bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.
Ini setelah mereka bantai orang tua kita bila conquer Malaya dan Singapork. Saya harap anda dah nonton sejak seminggu ini dokumentari2 panjang di History Channel tentang penjajahan negara kita oleh Jepang.
Mereka masuk gunakan Pantai Sabak di Klate (dekat airport Kota Bharu - saya kerap ke sana bila nak tunggu flight, naik teksi, nak lihat kemiskinan rakyat yg mengingatkan saya ke kampung saya semasa kecil) -- lalu naik basikal conquer Kuantan, KL, Johor. Lepas tu jewel of the British empire in the east, Singapork darul omputeh, jatuh.
Mereka juga masa tu perang di China, conquer Philippines, Sumatra, Jawa dan kepulauan lain.
Mereka buat railway (movie Bridge over the River Kwai) dari Thailand ke Burma, kerana nak masuk dan conquer India! The biggest jewel of the British Raj.

Dah kena bom atom, Jepang buang senjata terus!
Hingga kini, dah 70tahun, terus jadi Pacifist Nation - negara yg tak mahu gunakan senjata. Mereka ada tentera etc, tapi tak digunakan utk berperang lagi.
Lalu energy 'militant' itu disalurkan kpd menaikkan nama mereka dibidang teknologi - buat kereta, barang rumah dan dapur, dan lainnya.
Saya dah sebut dah jenama mereka Toyota Honda Sony Toshiba National Sharp Panasonic etc etc etc dan etc. Terlalu banyak brand mereka!

Bayangkan jika kita dapat buat yg sama kepada Iraq, Egypt dan Afghanistan. Libya, Yemen dan Tunisia.
All these excess anger and angst are turned towards production of goods and services for the world.

CHINA juga begitu - dulu sibuk berperang sama sendiri di bawah period Seven Kingdoms, jadi Romance of the Three Kingdoms, lepas tu disatukan Qin Shi Huang (Shih Huang Tee) jadi negara bernama 'China' di bawah Chin dynasty; lepas tu kena conquer Mongols. Dijajah pula negara-negara keparat...maaf, barat, lepas tu Jepun pula.
Marah Mao Zedong naik pula Komunis, lepas tu pembunuhan beramai-ramai dalam 10tahun Cultural Revolution (macam hari ni Taliban Gila bunuh orang dia sendiri dan Iraq-Libya sibuk tembak bangsa sendiri).

SAYA bukan historian, cuma amateur reader, jadi tak ada jawapan. Cuma tentunya ada great leadership yg bantu negara sampah seperti Jepang setelah kalah World War 2 dan China setelah Gang of Four ditangkap naik jadi world-beaters.
Ah, sayang, dunia Muslim sungguh perlukan seorang pemimpin besar.


BALIK KEPADA PARFUMS:
Eh! Ada pun parfums pompuan jenama Jepang, Harajuku.
Malang, ia dikeluarkan pompuan omputih Gwen Stefani. Tidoq Si Pak 'Pun ni! Omputih dah curi brand name tempat mereka, made millions!!!

Takpelah, saya terus menunggu parfum ChinaDoll dan CowDung keluaran Meysia.
Dan jenama Paid&Paid serta HiSalarymen keluaran Temasek Holdings di Singapork.
We live in hope.

-----------------------------------
* Apa tu 'kawaii'? Saya baru paham semalam. Terima kaseyyy Londong.

-----------------------------------
COLOGNE pujaan saya ialah 1Million oleh Paco Rabanne (maaf, bukan nasyid group Rabbani! Dan bukan RebanAyam). GAMBAR.
Bukan sebab baunya sedap, tapi it makes me feel like a million dollars - ia berbentuk gold bar.
Saya pernah sengaja keluarkan dalam kedai kopi di Singapork, nak action.
Bersinar keluar dari beg, orang ingat - "Oh man, look at that guy with the gold bar. Meley some more! Must be a blardy robber".

Friday, 17 February 2012

Yay! Cukai GST emas, perak ditiadakan

Baca cerita di blog logam mulia unkerr di sini.
Di Singapork, ada GST 7 peratus untuk semua barang dan perkhidmatan. Ini akan ditiadakan untuk emas dan perak mulai 1 Oktober, financial year Temasek. Kata Menteri Kewangan hari ini, hari baget pulau kecik.

Apa itu GST (Goods and Services Tax) pun saya terangkan secara basic - mungkin berguna untuk anda kerana Malaysia pun ada rancangan nak adakan cukai ini.
Ia dipanggil VAT atau Value-Added Tax di setengah negara.

Cerita lama saya tentang GST di sini - Bah. 1 dan Bah. 2.
Juga bual-kosong lama antara subsidi dan cukai di sini.

---------------------------------------------
BERITA BAIK UTK ORANG TUA

Dalam baget:
-- Hospital beds ditambah, nursing homes, lebih mudah nak ke poliklinik - sini.
-- Sumbangan CPF (central provident fund; sama seperti EPF) dinaikkan utk orang tua - sini. In penting kerana orang tua jika sumbangan majikan turun, makan turunlah wang simpanan hari tuanya.
-- Income tax diberi double relief utk orang di atas 55thn. Dulu jika kamu 55-59, dapat potong cukai S$3,000, akan naik kpd $6,000. Jika kamu 60 ke atas, kini relief digandakan kepada $8,000.
-- Dapat S$20,000 cash jika membeli flat lebih kecil kerana dah tua (anak dah keluar rumah, tak perlu flat 3-4bilik; 1-2bilik pun cukup). Ini perlu kerana ada orang tua, macam saya, flat masih hutang walau umur dah meningkat (kerana anak masih tinggal dengan saya). Jadi jika dapat wang beli rumah kecik sikit, akan kurangkan beban tua.
-- Geran S$120 sebulan jika keluarga ambil orang gaji nak jaga bapak-emak tua.
-- Dapat subsidi jika nak pasang old-friendly facilities di rumah. Tak diberi contoh, tapi saya rasa misalnya jika kita pasang hand-rails dalam toilet, dan dari bilik ke dapur agar orang tua mudah pegang. Atau special-needs toilet utk orang tua yg tak boleh nyangkung.



UNTUK kebaikan orang tua, saya harap garmen kita letak AED ni. GAMBAR.
Banyak saya nampak AED di station subway Tokyo.
Kenapa? Sebab ramai orang tua, jika jantung mereka terhenti, boleh zap sikit agar tak kojol sementara tunggu ambulans tiba.
Tapi tentunya perlukan staff station dan orang ramai yang pandai pakai benda ni.
Good idea for garmen, no? Saya tak pernah nampak di Temasek mahupun KL.



Jika kamu pernah nonton movie, defribillator tu ialah dua besi yg kita pegang tangan kiri kanan, lepas tu letak kat badan orang yang tak bernafas, 'electric shock' diharap kejutkan orang itu.

Kat negara kita, ada kegunaan tambahan.
Jika kita tangkap snatch thief, sementara tunggu abang polis datang, kita kasi 'electric shock' kepada mamat perampok tu. Nak beri dia 'Kesedaran'.
Tapi kalau dia mampos pun bagus juga :-)

Wednesday, 15 February 2012

Lari! Cepat!!!! (a better mouse trap)

KRISIS PEMBANGKANG TEMASEK


Hmmm, tepaksa juga saya masuk bab politik.
Bila pembangkang Workers Party menang enam kerusi dalam pilihanraya Singapore Mei lalu, bergoncang takhta PAP.
Dan muka baru yang jadi harapan pembangkang ialah Yaw Shin Leong. Kini mamat yang dah kahwin ni dituduh syiok dengan pompuan pembangkang lain, tapi buat donno.
Kini mengejutkan - kena tendang dari parti itu, kerana tidak mahu menerangkan dalam meeting WP apa yang berlaku.
Nampaknya akan ada by-election. Di sini dan sini.

Dan mungkin, langkah ini akan menarik lebih Banyak undi untuk pembangkang.
YAY! Syiok dapat by-election. Better to play political games and attack one another like in Malaysia, rather than having a dull life going to work and writing stupid blogs.

-----------------------------------------
POSTING SEBELUMNYA

Sejak kena penyakit yang boleh bawa maut ni, dah tiga tahun lebih, saya sibuk ler nak exercise.
Dulu jika jalan kaki, 100m tu macam rekod untuk setahun.

Pejabat saya lebih-kurang 2km dari office, dan hanya satu stesen MRT.
Tapi saya gi kerja dan balik kerja dulu naik teksi woi! Sebab takut berpeluh jika jalan kaki antara rumah dan stesen, dan dari stesen kedua ke pejabat!
Tak sedap rasanya jika berpeluh. Bodohnya aku.




Lalu meletup penyakit. Terus masuk hospital. 
Baru Lamunan Terhenti. Nasib baik jantung tak terhenti.

Dah kena diabetes, baru tahu - perlu exercise.
Ini selain jaga permakanan.
Bukan tak boleh makan yang sedap, tapi kena kurangkan.
Dan tiap hari kena telan beberapa pil nak turunkan gula dalam badan, nak pastikan tak kena heart attack, blood pressure tak naik. Padan muka aku.

JADI selepas tu, saya sibuk nak beli running shoes.
Nak gi gym.
Orang tak 'caya bila nampak saya dalam gym.
Dulu saya tak pernah jenguk pun gym di tingkat tujuh pejabat tu.

Tapi nak beli kasut pun rupanya ada bermacam jenis. Macam-macam ada!
Trail running, trainer, cross-trainer, gym shoes, for trekking, mountain climbing, water shoes, yoga.
Ini belum lagi masuk biking, mountain biking, hiking, snowboarding.

Makkkk tolong aku, saya tak tahu pun.
Pandai penjual ni nak CONsumerkan kita! Agaknya yang belum ada ialah sports shoes apa nak pakai jika kita mampoi.
Masa saya kecik dulu, kasut sekolah putih tu - yang paling mahal dulu kasut Bata - satu-satunya kasut.
Nak ke sekolah, masa PE (physical education), main bola kat padang dengan rakan, atau basketball mahupun gi shopping lepas sekolah, itulah kasut aku.

Kasut sports pertama tiga tahun dulu (setelah hampir maut) ialah kasut hitam New Balance. Jenis ikat kasut biasa - pakai tali.
Lepas tu macam syiok pula jalan-jalan pakai kasut sukan - dan bukan 'office shoes'.
Lalu beli beberapa yang lain jenis bertali.
Lece juga untuk orang tua macam saya yg susah nak bongkok, jika tali kasut terlerai. Kena duduk kat bangku nak ikat semula.
Dan bila masuk toilet basah, alamak, payah nak ikat tali kasut dan rasa geli jika tali terkena air kat lantai.


TAPI BARU ni ternampak pula ada shoe laces jenis lain.
Kasut Solomon dari Amerika. Molek designnya, tapi yang paling saya suka ialah ia tali kasut yang Oldman-friendly (untuk pork chick).
Lihat GAMBAR. Ini mungkin bukan teknologi baru, cuma saya jakun baru nampak.
Tak payah nak sibuk-sibuk ikat lagi.
Hanya pegang dan TOLAK hujung tali itu (ada sejenis knob), tali akan terikat kuat.
Jika nak buka kasut, hanya TARIK tali nipis tu. Wow!
Itulah kasut sukan termahal yang saya pernah beli, tapi seronok tak payah ikat lagi.


YOUTUBE: Lihat speed-lace Salomon ni. Tali hitam nylon itu dalamnya kevlar - very strong material used also in bullet-proof vests.




CARA ikat begini sungguh penting jika kita sedang lari dalam perlumbaan - baik 100m dash mahupun marathon.
Atau kita sedang panjat gunung, kan lece jika tali kasut terlerai! Sujuk kamu nak buka glove nak ikat tali kasut!!!


DAN BARU ni pula, lagi teknologi baru saya jumpa - saya katakan 'baru' sebab saya baru jumpa. Mungkin anda dah tahu bertahun pun!
Hanya jenama North Face ni yang saya nampak pakai teknologi ini - saya jumpa ketika cari boot musim sujuk. North Face memang terkenal menjual mountain climbing, trekking dan snow-boots, selain haversack dan pakaian memanjat lain.

Buatan Amerika juga, North Face, saya sangka, diambil sempena nama Eiger mountain di Switzerland. Sesiapa yang boleh panjat gunung ini melalui north-face (bahagian yang menghadap utara), teror woi. Sebab payah nak panjat.
Atau mungkin diambil nama sebuah lagi mountain yang menakutkan untuk dipanjat, gunung K2. Terletak di Pakistan, ia gunung kedua tertinggi selepas Mount Everest, yang mudah dipanjat.
Nak panjat Everest kita boleh 'jalan' saja for the most part.
Nak naik K2, kena betul-betul pandai panjat gunung pakai tali etc. Dari setiap empat orang yang cuba naik K2, satu mampoi. Nak naik north face (atau North Ridge) gunung K2, lagi bahaya!
Tapi dah baca kat wiki, rupanya nama North Face sempena north face of the famous Half Dome mountain di Yosemite National Park. Susah nak panjat.
MISTERI = Kenapa north face gunung ni selalu bahaya eh?

BALIK CITER KASUT: Belek punya belek ternampak cara mengikat tali yang baru!
Ia gunakan wire juga (seperti kasut Solomon), tapi cara ikat tali kasut macam kita pusing dial radio - dipanggil Boa system (boa = ular sawa besar yang bunuh orang dengan memutar badannya di leher mangsa). GAMBAR.

YOUTUBE: Cara gunakan Boa. Clockwise ketatkan tali-kasut yang diperbuat daripada besi. Nak buka kasut? Anda tarik knob tu keluar (tak payah pusing).




Begitulah canggihnya mereka CONsumerkan kita heh.
Apa pun, bagus juga tech begini.
Resolving a very old issue by employing new methods. Boleh beri idea kepada kita bahawa benda yang kita rasa 'terpaksa buat gitu' anda boleh jadi kaya jika design yang lebih mudah digunakan orang.

MUDAH contohnya: kereta yang anda naik tu. Zaman saya dulu, 1960an, tak pakai signal light dan tak ada aircon.
Nak masuk lorong kanan? Drebar keluarkan tangan dari tingkap dan lambai-lambai.
Nak masuk lorong kiri? Drebar keluar tangan dan bengkok lengan - agar kereta belakang nampak.
Jika hujan, sebab tak ada aircon, tangan basah, dan tingkap kena tutup - berpeluh kita kat dalam kereta tu!

UPGRADE the design of simple things, patent it, and you can become rich!
The world always will need A Better Mouse trap!


SEJAK belek kasut ni, dah jumpa beberapa brand lain yang orang jarang pakai. Kita dah diCONsumerkan dengan Nike Adidas Puma NewBalance Reebok (juga Umbro Admiral Lotto etc).


Selain Salomon dan North Face (keduanya buatan Amerika dan pembuat climbing gear), saya juga mula 'nampak' brand Amerika yang dua lagi, Columbia (pembuat climbing gear) dan Saucony.
Jangan lupa juga Skechers, yang dulu dipopularkan oleh Britney Spears.
Antara brand ni semua, yang paling cantik warna-warni ialah Saucony. Tapi terlalu 'pompuan' untuk saya. Very nice rainbow colours kasut mereka ni (GAMBAR).
"Wow, nice shoes, pity the oldman wearing them is ugly and kinda limp along like Mas Selamat". Kahkahkah.
Dari Jepang ialah Mizuno serta Asics.

CUKUPLAH tu. Dah lelah saya cerita panjang lebar ni. Tapi jika anda masih tak beli kasut lari dan start jog-walk atau masuk gym, memang kamu nak kena sambar geledek.
Lari!
CEPAT!!!

Tuesday, 14 February 2012

Yen kukuh, pakcik lemah....

Baca cerita di blog kedua saya.
Pengsan brader nak nyopping di Ginza, Shibuya mahupun Harajuku dan Shinjuku.


Semua harga 'di luar dunia' = outta this world.
Tapi jika saya berkata benar - tak nampak benda yang saya rasa = wah, mahalnya, tapi kerana ia begitu molek, saya akan beli juga. Cuma soft toys Pokemon ni saya kalah.


Begitulah dunia sekarang = barangan yang ada di negara kamu, juga dijual di sini dah.
Jika anda ingat: hingga tahun 1980an pun, orang Malaysia berebut nak ke Woodlands. Nak beli kain, pakaian dan barangan elektronik di Singapore.
Kini, Woodlands dah mati sebab orang kata - ye eleh, tak 'yah masuk Singapore. Kat JB pun ada. Malah kat KL pun ada, kat New Castle pun ada, kat Alor Setaq pun dah ada.
Melainkan diamond Jacob & Co.


Dan kerana exchange rate yang begitu tinggi, benda yang sama kerap kali dapat kita beli di negara sendiri dengan harga lebih murah.
Saya kerap beli berus gigi, sabun mandi, maggi, makanan untuk kucing, etc di KL. Benda yang sama harganya double di Temasek.

Cukuplah tu cerita Jepang, nanti orang kata - mamat ni seminggu kat sana, action lebih pulak. Hee.

Thursday, 9 February 2012

Tokyo Drifters



SEMUA orang tentu dapat pengalaman baru dan berbeza bila masuk negara lain.
Jepun, dengan penduduk 127 juta (Malaysia 28juta, Singapore 5juta, Indonesia 215juta), ada sejarah lama  (terima kaseyyy Ninot), tradisi dan gaya hidup sendiri.
Ekonominya kedua terbesar selepas USA selama bedekad. Hanya tahun lalu jatuh ke tempat ketiga setelah diatasi China (ekonomi = gross domestic product = pengeluaran dalam negara seperti kereta, TV, barangan electronik, dan services seperti perbankan dan pelabuhan).



Rakyatnya mempunyai 'perangai pelik' yang saya pun kadang tak paham, seperti kenapa Manga comics begitu popular dan kenapa orang muda suka pakai Cosplay jalan sana-sini. Tiap hari saya pasti jumpa beberapa budak pompuan atau mamat pakai begini ke sana ke mari di train station atau tepi jalan.

Dan lebih pelik lagi kenapa mereka suka main dalam video arcade yang bernama Panchinko.
Saya semalam pertama kali masuk Panchinko arcade.
Makkkkkkkkk, terus nak lari keluar!
Dia punya bising! 1,000 kali lebih bising dari semua games arcade di KL Singapore yang saya pernah masuk.
Lebih teruk juga, bau asap rokok begitu tebal kerana dibenarkan merokok!
Mesin bising, nampak pakcik dan makcik syiok duduk kat situ, stone main game.
Kenapa tak main game kat rumah - main seorang diri, atau masuk MMOG = massively multiplayer online game. Tentunya duit terjaga, telinga tak pekak, dan kesihatan tak terganggu sedut asap rokok tebal.
I just don't get it!

TAPI mereka negara besar dan banyak genius keluarkan produk yang jadi rebutan satu dunia, so they can do anything they want.
Sony saja ada PSP dan Walkman, phones, keluarkan movies etc.
Syarikat besarnya keluarkan kenderaan Toyota, Honda, Mitsubishi, juga Nissan, Subaru etc.
TV, laptop, aircon, peti ais, periok nasi Sharp, Panasonic, National, Toshiba etc.
Mereka negara pengeluar, jadi kaya dengan menjual barangan begini dan mampu hidup cara mereka - berbanding dengan negara yang suka import.
Kita berangan lama dah nak jadi negara maju, tapi sibuk gaduh tak sudah, tak ada produk atau service atau apps yang menarik hati dunia. Sampai bila otak jumud sebab pemimpin kita galakkan kita bergaduh, bukan berfikir selesaikan masalah umat (baik pembangkang mahupun pihak kerajaan). Itu Malaysia.
Singapura pula terlalu kecil penduduknya - sampai bila tak akan ada mass of people dari mana boleh tercetus idea dari satu-dua genius (Steve Jobs is an example of many). Lebih lagi pemerintah ikat fikiran rakyat.

APA pun, di bawah ini adalah antara pengalaman saya di Land of the Rising Sun.
Tentunya ada yang tak tepat, tapi ini hanya pandangan tourist biasa.
Jumaat pagi, saya terbang pulang.


1) Pemandangan dari tingkat 45, Observatory, di twin towers building di Skyscraper District (Government Offices). Masuk percuma, boleh nampak Mount Fuji - jika tak kena block awan (gunung putih bersalji dalam gambar). Di depan Fuji ialah banjaran gunung lain yang terkenal di Jepang.

Tokyo nampak luas di bawah tu - banyak bangunan ketot di bahagian Shinjuku dan Shibuya, melainkan Skyscraper District ini, termasuk bangunan bentuk aneh, Cocoon.
Lokasi: di South Entrance Shinjuku Station (dekat hotel Washington dan Hilton).
Jika anda menetap di hotel mana pun di Tokyo, mudah nak cari station ni. Yang masalah ialah nak cari jalan KELUAR dari station!
Hendak ke twin towers ni cari signboard 'Skyscraper District' atau 'Government Offices'.



2) Di sebelah station Harajuku ialah Yoyogi Park, di mana terletak Meiji Shrine (tak mahu panjangkan cerita, anda kena baca siapa Emperor terkenal ini, dan jasanya kepada Jepun).


Cosplay (costume play) kids di luar Yoyogi Park. Tak ramai semasa saya di sana sebab sujuk, atau mungkin mereka berkumpul lewat petang tu.
Budak rambut putih dua orang tu dari Final Fantasy, tapi sejam saya tunggu mereka tak habis bersolek. Atau mungkin tunggu kawan lain.
Lokasi: di sisi Harajuku Station (Yamanote Line).


3) GAMBAR ATAS: Pemandangan dari tingkat 40 World Trade Center.
Boleh nampak pandangan 360 degrees - nampak satu Tokyo.
Yang paling menarik ialah Tokyo Tower (warna merah).
Dan yang mengkagumkan saya juga - tapi jauh kecik dari pandangan WTC ialah Tokyo Sky Tree (Gambar dari internet di bawah). Saya petik gambar Sky Tree dari WTC, tapi kecik sebab takde zoom lens.
Dua menara canggih hensome.



Juga nampak pusat penjualan ikan terbesar di dunia, Tsukiji Fish Market dari atas WTC.
Nak naik atas kena bayar tiket agak mahal!
Lokasi: Hamamat-sucho Station (Marunouchi Line).


4) Pokemon Center Tokayyyo! Yay.
Macam budak kecik saya syiok dapat ke sini - dengan tak sangka 'terjumpa' sedangkan yang dicari ialah Tokyo Tower.


Mahal barangan original di sini, tapi kalau dah minat.... habis yen aku belanja di sini.
Lokasi: Hamamat-sucho Station (Marunouchi Line).


5) ATAS: Pemandangan dalam dan luar shinkanzen (bullet train).
Macam naik pesawat.


Ish, saya ngendap dalam jamban keretapi ni tadi, segan. Sebab bersih, dan glam macam toilet airplane.
Tambangnya mahal sungguh, jadi kami ambil short trip nak rasa naik keretapi peluru ni.

Konon nak ke utara - lebih kurang sejam-dua dari Tokyo = nak tengok snow dan rasa 'terbang':
Ongkosnya 10,000 yen (RM400 return trip). Kalau tiga orang, RM1,200. Aiks, tak jadi.
Lokasi nak naik shinkanzen: Tokyo Station (ada station lain, tapi kat sini banyak train lines).
Mujur jumpa pompuan muda di Information counter yang boleh cakap English. Mudah nak tanya harga tiket, jadual dan platform mana nak naik. Beliau tengok kami orang kampung sesat, lalu dituliskan di kertas dalam bahasa Jepang agar mudah orang di ticket counter faham kami nak ke mana dengan harga berapa.


6) Satu benda yang saya tak paham ialah kenapa downtown Tokyo ni nampak macam kurang sangat kereta. Cuba kamu yang tahu isu ni ceritakan.
Dalam movie Fast & Furious pun nampak sedikit benar kereta di jalan raya. Saya ingat depa clear semua jalan nak buat movie. Tapi nampaknya macam memang betoi.
Apasal eh?
GAMBAR ATAS: Pandangan dari tingkap bilik hotel, waktu peak hours pagi! Where were the cars??? Setiap hari pandangan lengang yang sama.
Jangan-jangan Toyota dan Honda tipu kita tak? Mereka jual kereta mahal-mahal dengan kita, sedangkan mereka semua naik train kerana lebih efficient dan kurang rosakkan environment?
Atau seperti yang saya pernah dengar, car park rates in Tokyo are very expensive (?)



7) Perjalanan jauh dari Shinjuku untuk saya ialah ke Tsukiji Fish Market, pusat penjualan ikan dan makanan laut terbesar di dunia.
Malas nak bangun awal hanya kerana nak tengok auction ikan jam 5pagi, kami tiba 10pagi apabila ikan dan benda lain dah mula dijual.


Mampoi besarnya tempat ni! Dapat jalan sikit saja dah letih dan kerana cuaca sejuk walau dalam pasar, badan tak tahan beb. Tak sempat tengok auction area (auction dah habis pun).
Tak pernah saya nampak sebanyak jenis ikan dan makanan laut lain.
Yang cantik, yang pelik, yang nampak delicious dan yang jika diberi free pun saya tak akan makan!
Semuanya dijual jika anda nak beli - harganya saya lihat okay juga, walau tentu lebih mahal dari Pasar Geylang dan Pasar Keramat.


Lokasi: Tsukiji Station (Oedo Line).
Pakai boot yang kalis air sebab lantai pasar basah.


"I WONDER IF YOU KNOW
HOW THEY LIVE IN TOKIYO

IF YOU'VE SEEN IT
THEN YOU MEAN IT
THEN YOU KNOW YOU HAVE TO GO.

FAST & FURIOUS.
TICK, TICK, TICK".

Indeed.

Wednesday, 8 February 2012

Sinjucook, Sinjucook

Stesen metro (atau MRT, subway, tube) paling sibuk di dunia ialah di Shinjuku.
Puluhan ribu manusia keluar masuk di situ setiap jam.
Jadi bayangkan betapa mudahnya nak sesat dan confuse.

Shinjuku mempunyai lebih 200 pintu masuk-keluar!
Pada 2007, data yang dapat di internet, purata 3.64 juta orang menggunakannya SETIAP HARI.
GAMBAR: Lihat bawah kiri - Washington Hotel. Hotel ni besar, ada 1,300 bilik, tapi kecik saja berbanding underground tunnels dan malls di 'Sinjucook' Stesen ni! Ada tunnel join ke stesen dari hotel dan Skyscraper District - kawasan bangunan tinggi-tinggi pejabat pemerintah.


Ia bukan stesen metro terbesar di dunia - yang terbesar rupanya ialah di Nagoya.
Ia bukan yang paling banyak rail track bertembung di situ - yang itu ialah Tokyo Station yang terletak 10 stesen dan 10km dari Shinjuku. Ada 10 underground lines dan 20above-ground lines di Tokyo Station.

Shinjuku ada Sembilan Interchange (bukan tujuh atau lapan yg saya sangka sebelum ini) - iaitu tren dan Line lain yang kita perlu tukar jika kita nak ke arah lain. Nama-nama termasuk Maranouchi, Yamanote, Toei, Odakyu, Chiyoda. Ikut entry Wiki, ada 12 line pulak di stesen ni.

Di Singapore, Interchange paling sibuk dan memeningkan ialah Dhoby Ghaut Interchange - dua stesen selepas Orchard MRT Station. Di Dhoby Ghaut, kamu boleh tukar dari North South, ke East West, North East dan Circle Lines - iaitu keempat-empat line di pulau itu bertembung di sini di underground passages yg memeningkan.


Setahu saya, Interchange paling sibuk di Malaysia ialah di KL Sentral. Boleh tukar LRT, Monorail, KTM Komuter, malah naik keretapi KTM dan train dari airport KLIA.
Ribuan gunakan setiap pagi dan petang.
Namanya diambil sempena nama Interchange besar yang terkenal, seperti Grand Central Station di New York.
Tapi Interchange di New York ni pun - ikut mata kasar saya - tak sesibuk Shinjuku.

Total organised chaos saya rasakan setiap hari masuk Shinjuku Station ni.
Dan kami buat huge mistake kelmarin - beli tiket di mesin satu Line, sedangkan nak naik tren Line lain. Berpuluh ringgit tiga tiket - train tickets are very expensive here, berbanding dgn apa yg saya biasa bayar di KL dan Temasek.
Tiket kena reject sebab salah Line - datang pakcik inspektor cakap Jepun. Saya cuma faham perkataannya 'refund'. Lalu kena patah balik cakap Jepungeris - english-jap - minta refund dengan line yg lain.

Jika kamu berdiri dan kejam mata saja di tengah Shinjuku Station ni, rasanya boleh jadi Ultraman sedut energy mereka ni semua. So much energy expended to rush from one place to another. Ramai juga yg berlari lari - terlambat atau nak cari toilet, saya tak tahu.

Saya ceritakan tentang Station ni, sebab pada saya shopping di sini tak banyak beza dgn di KL Spore etc.
Pergi Akihabara tadi, electronic city. Jalan berbatu semua kedai electrical dan electronics - pada saya sama macam di Funan Centre atau Sim Lim Square di Temasek, atau di Low Yat Plaza di KL. Jika kita tahu apa yg kita mahu, tentu ada. Mahal barangan di Akihabara ni berbanding negara sendiri.
Sama juga barangan lain seperti kasut, baju, makanan etc di mall Shinjuku, jadi pork chic tak heran sangat. Lagipun takde baget, jadi saya Sour Grapes (Terima kaseyy Ms Ngantuk beri tips tentang beberapa tempat di situ). Baru semalam 'terjumpa' Times Square Takashimaya, kerana sesat terkeluar salah gate!
GAMBAR: Tengok diagram ni saja, unkerr pening. Kamu bayangkan kamu letak ribuan orang yang sibuk ke sana ke mari dalam gambar di bawah ini!
Dari hotel unkerr, masuk melalui South Entrance (bawah kiri). Mengharungi lautan manusia, baca signboard kecik-kecik (tulisan Jepun besar, yang Inggeris kena pakai kacamata), tolak Sakura comel dan Shintaro hensome jika nak lalu, pastikan itu entrance gate anda, baru beli tiket.
Tapi jika kamu tak buat research di KL atau hotel sebelum ni, kamu tak akan tahu berapa harga tiket, sebab semua tulisan di ticketing machine dalam bahasa Jepang! (kamu hanya boleh beli tiket di mesin, mereka tak pakai manusia! Hanya boleh tanya station inspectors jika sesat - dalam bahasa Jepun).
Dah masuk platform train pun payah, sebab ada banyak platform bernombor nak bawa ke destinasi kamu: Platform 12 atau 13? 14 atau 15, nak ke Tsukiji Fish Market?
Dan nak turun di Interchange mana nak tukar Line ke destinasi pun mungkin payah - sebab tak semua in-train announcement gunakan bahasa Inggeris!!! Nak ke Tsukiji misalnya, kena stop selepas 10 stesen dari Shinjuku, tukar ke Line lain (atau naik Oedo Line direct Shinjuku-Tsukiji, tapi jauh perjalanan).




SAMBUNG CERITA: Sejauh ini, saya paling seronok naik turun subway lines Tokyo ni, tengok gelagat manusia dan winter fashion show mereka - payah nak jumpa Jepang gumok. Semuanya kurus, agaknya makan ikan. Sedangkan makanan lain mereka termasuk kobe beef dicuri Sumo wrestler tak?

Syiok bila dah berjalan jauh, nak sampai 'home station' saya, disebut slang Jepun oleh announcer - 'Anone anime cosplay ajinomoto Sinjucook, Sinjucook'.
Lepas tu slang American (for some Lines only) 'The next station is Shinjuku, Shinjuku. You can change to xxx, xxx, xxx (the nine lines)'.

Terbaikkkk, sebab ia bermakna aku tak sesat!
Di Singapore pulau kecik, gerenti tak sesat. Di KL pun, line habis di Subang, Gombak, Sentul. Di Jepun, takut pula salah naik kamu tiba di Yokohama dan bandar lain.
GAMBAR Internet: Mak, ramainya orang. Ini gambar lama musim panas, sebab tu ramai pakai teeshirt. Kini semua pakai jaket tebal, muffler.


Nasib baik doter saya buat research tambang sebelum ke Tokyo (tambang mereka ikut distance, bukan berapa Line kita tukar) dan pandai bahasa Jepun dan baca signboard mereka, walau tak begitu fasih.
Mampoi mahal - satu stesen Shinjuku ke Shin-Akubo ialah 130yen seorang, lebih kurang RM4.50 one-way. Gi balik RM9!

Another day, another experience - cuaca syiok, purata 5 to 10 deg C. Coldest in 20yrs, kata mereka.

MINTA TOLONG: Tentu ramai dah ke sana. Berbanding rusa tua ni yg baru masuk bandar Jepang dan jakun habis. Sila beritahu taktik dan tips anda naik train Jepang ni. Untuk kebaikan pengunjung di masa depan juga dan kita seronok tukar cerita.

Sunday, 5 February 2012

Rukuk di Sutabu

Penat aku rukuk kat negara ni.
Naik pesawat, rukuk. Turun pesawat rukuk.
Nak naik bas dari airport pun sama. Turun bas lagi sekali.

Masuk Sutabu (Starbucks) atau Lumine mall, dia rukuk, kita pun lawan rukuk.
Lain kali aku nak sujud, biar terkejut mamat Jepang ni = Anak cucu Hang Tuah dan LTC Adnan tunjuk jatidiri yang buat mereka ketakutan.

Flight Sabtu malam 10.50mlm, tiba 6.15pagi, JAL.
Dalam pesawat depa announce: Tokyo temperature now is Minus 1deg C.
Di Eropah lebih 200 maut kena cuaca sejuk (orang miskin tanpa perlindungan). Di Jepun, ada juga orang miskin rupanya, 50 maut.

Nak seludup rendang, tapi bila ditanya bawa meat products, kami mengaku. Lalu di'rampas' kastam cara Jepun dengan penuh hormat. Depa rukuk minta maaf!
Ikan bilis sambal tumis, dia kata okay. Saya rukuk terima kaseyyy.

Keluar airport, menggeletar dan mulut berasap, macam masuk meat locker.
Naik bas 'limousine' (coach) 3,000 yen seorang = RM120 lebih kurang. Barulah faham mahalnya negara ni.
(Airport taxi KLIA, lebih kurang RM120 untuk tiga orang ke Wangsa Maju. Airport Changi ke rumah di Singapore lebih kurang S$18 (RM45).
Minum kopi Sutabu dua cawan, dengan scone sebiji dan donut = RM50.

Kerana masih awal, beg letak di counter hotel, lalu merayap ke Shinjuku Station ikut basement walkway (10min ikut rentak pork chic walk. 7minit utk orang muda).
Saya rasa dulu besar sungguh underground shops di Orchard Road MRT dan Takashimaya Orchard, rupanya complex kedai di bawah stesen Shinjuku lagi besaq dan pening kepala.

Kerana dah buat research, dan anak saya paham juga bahasa Jepang, naik subway (two stations) ke Harajuku.
Usang betul subway sistem Jepun ni. Sama macam sistem di New York.
Tak glam dan masih cantik macam stations di Singapore and KL.
130yen seorang (RM5) seorang untuk dua stesen. Aiks, bengkrap aku.

Sampai di Harajuku nampak orang bergesa-gesa ke Yoyogi Park. Dan nampak mamat muda rambut oren, putih dan perang - aha! today is Sunday, must be Cosplay kids. Kami pun kejar ikut mereka dan ratusan orang lain, dalam cuaca sejuk.
Rupanya dah jalan jauh, kat dalam tu ada famous shrine dan makam di raja.

Dah keluar (betul-betul di tepi stesen Harajuku) yang ada budak Cosway, opocot, Cosplay. Tapi kerana sejuk ada yang kata mereka mungkin start lambat.
Macam-macam winter fashion show kat Harajuku ni.

Balik ke Shinjuku station - bila nak sampai, depa announce dalam train - kita akan sampai ke Interchange xxx, xxx, xxx, xxx, xxx, xxx, xxx, xxx (antara yang saya ingat sebab naik tadi: Yamanote, Chiyoda, JR lines = satu warna, satu line).
Mak oi! Ada tujuh-lapan Interchange (to change from one line to another), termasuk Interchange ke stesen Gombak dan Circle Line di Singapore!
Rusa kampung masuk bandar.
That alone tells me how big the bloody place is - di Singapore hanya ada empat line (East-West, North-South, North-East dan Circle lines).
Di KL ada tiga - LRT (merah-biru, dan kuning-silver), Monorail dan KTM Komuter lines.

Sampai di Harijuku, kami sesat setengah jam kat basement shops nak cari jalan keluar! Signboard in Japanese and English, tapi terlalu banyak signboard! Hahaha.
Penat pork chic, sedangkan cuaca begitu sejuk kena pakai sarung tangan (Mungkin 10-15deg kot, sebab matahari dah keluar).

Dah dapat check-in baru rilek tidur dan let go beg-beg kat lantai.
Esok... well, let tomorrow comes.

PS. Ms Ngantuk: Gandhi restoran halal tu memang ada di Basement 1 Shinjuku Washington Hotel, tapi tutup pulak. Saya harap esok Isnin akan dibuka.
Apols terdelete an earlier message from you - pakai iPad untuk blogging memang susah nak control dengan baik. Terdelete message you pulak!
Yang entry saya tulis ini, saya pakai laptop kecik dalam bilik, internet percuma.

PPS. Saya dah belajar sikit bahasa Jepang ni dengan anak saya (depa belajar kat sekolah dulu sebagai Third Language).
'Arigato huzaimas, honda mitsubishi ajinomoto altis! Konichiwa panasonic, setiawangsa, wangsamas! Hait!'
Ah terror tak?

Thursday, 2 February 2012

Ultraman lawan Godzilla

SAYA dah penat kerja. Nak rilek 'jap.
Saya nak ke Tokyo first time, dengan keluarga.
Nak habiskan duit bonus -- selagi belum habis, belum puas hati.

Masalahnya kini Tokyo ultra-sejuk -- hanya 6 hingga 15 degree C.
Ada cold snap di utara Jepun, below freezing temperatures. Mak, takuttttt.

Saya dah tua gini pun tak pernah nampak snow lagi. Kesian aku. Mungkin nanti nampak bidadari turun dengan snow terus mampoi heart attack muka tersenyum.


Saya hanya nak main-main di Shinjuku dan Harajuku, harap nak ke Mount Fuji tak mahal sangat, dan dapat ke pasar ikan terbesar di dunia. Bukan Pasar Keramat, tapi Tsukiji Fish Market (where your sushi comes from).
Takde baget nak ke Kyoto atau tempat lain.

Tapi yang saya paling excited ialah nak lihat dalam jamban di hotel.
Katanya jamban Jepun banyak lektronik gadget, ada air pancut dan muzik serta lampu lip-lap.
Nak tengok boleh megaupload 'video Anwar' atau tidak dalam jamban.... heehee.





SESIAPA yang pernah ke sana, harap kongsi pengalaman. Saya ni memang jakun tentang mengembara ni.
Mana makan best (katanya McDonalds' fries digoreng pakai minyak vege campur lard, erks), beli apa murah, kat mana nak tengok Cosplay kids?
Siapa tahu alamat Ultraman?
Dan saya nak kasi makan Godzilla - bawa sambal ikan bilis yang dimasak Kak Mah. 'Here Zilla, Zilla, Zilla....unkerr is here!' (takut pula Ziela Jalil yang keluar).
Kawan saya baru ni ke Cat Cafe.

See you laters dude.