Tuesday, 9 February 2010

Paderi Singapore kena warning hina agama lain

DI PERAK

Isu panas di mahkamah tentang Perak?
Lepas ini kita lihat wayang pembangkang tak menerima keputusan.
Pada saya kes ini simple saja: Tiga ADUN Pakatan dah lari keluar.
Jadi matematik darjah satu menunjukkan Pakatan 29, BN 30.
Jadi betullah, Zambry menang 5-0, dan Manchester United kalah.

Kau buat bising tentang lain pun tak guna. Bohong kepada diri sendiri.
'Oh ini tak sah sebab dia rampas cara paksa!' - Ya ke?
Yang dulu Anwar buat rancangan nak tumbangkan kerajaan Putrajaya, 16 September, dengan cara defections dan beli orang, kau terima pula.

Tapi lepas ni, saya harap Zambry bubar ler DUN.
Kalau kalah pun orang kata gentleman.
Tapi sebenarnya bukan hak beliau nak bubar. Kena tanya Putrajaya dan Umno-BN. Berani ke berdepan dengan rakyat?

Pada saya, kalau ada pilihanraya di Perak bagus sungguh sebab menjadi feedback jelas, tiga tahun sebelum pengundian besar 2013.
Jadi kedua-dua pihak boleh mengatur kembali strategi masing-masing.
Yang pasti, Pakatan dah kurang hilang undi Melayu di Perak. Tapi sejauh mana, saya tak tahu.
Dan India ramai dah kembali ke Umno-BN, sebesar mana? Tak tahu.


-------------------------------------------------------
DI SINGAPORE

Kes ini panas! Meletup-letup kat Internet di Singapore.

Seorang paderi Kristian dipanggil oleh ISD
- Internal Security Department, sebahagian daripada Kementerian Ehwal Dalam Negeri/abang polis - dan diberi amaran kerana menghina agama Buddhist dan Taoist.

Orang Singapore ni, kalau sebut nama 'ISD', semua kecut.
Sebab nama mereka biasanya keluar bila menggunakan ISA (Internal Security Act) tangkap terrorist suspects dan banduan tegar.

Tetapi hari ini, berita utama muka surat 1 akhbar The Straits Times Singapore:
'ISD calls up pastor for insensitive comments'.
Di sini, sini dan di sini.

Senior Pastor Rony Tan dari gereja independen Lighthouse Evangelism divideotape bercakap kepada dua anggota gereja. Beliau membuat beberapa komen kurang ajar (pada saya) terhadap agama lain di depan kumpulannya.
Tak boleh, brader.

Kan saya dah kata, Singapore ada press freedom dan freedom of speech (tak seperti Malaysia yang bebas habis), tetapi dua perkara dilarang keras di Temasek.

1) Menyerang pemerintah tanpa bukti kukuh.
Kau nak kata apa pun katalah terhadap menteri dan pemerintah. Tetapi kalau omong kosong tak ada bukti, pemerintah ada hak nak serang balik.
Itu yang banyak menimpa pembangkang di sini - buat tuduhan melulu, kena bawa ke mahkamah, tak dapat keluarkan bukti, kena saman ratusan ribu, lepas tu salahkan pemerintah dan tuduh PAP kuku besi. Media asing pun sokong mereka sebab underdog!

Baca tulisan adik angkat saya di sini, namanya Mei Ling, dulu wartawan kini research officer di ISEAS. Dan juga tulisan rakankerja saya tentang isu Melayu di Temasek.
Boleh kritik pemerintah jika ada isu, bukan tak boleh.

2) Menghina agama lain.
Kalau nak ketawakan agama lain, biarlah kat rumah, atau tak ada yang videokan.
Saya laporkan di sini baru minggu lalu, polis cekup tiga remaja Cina sebab menghina orang India di Facebook.
Dan polis Singapore pernah dua kali dulu tangkap remaja2 Cina kerana menghina Islam di Internet forum.

Saya tak mahu post video paderi ni di sini.
Isu bangsa dan agama, kita semua setuju, adalah terlalu sensitif.
Mudah sungguh nak tuduh agama lain songsang, bangsa lain bodoh.
Tapi kalau hingga bergaduh besar, kan tak bagus.
Rosak nama negara.

-------------------------------------------------------
APA KATA ISD:

'Pastor Tan's comments were highly inappropriate and unacceptable as they trivialised and insulted the beliefs of Buddhists and Taoists.
'They can also give rise to tension and conflict between the Buddhist/Taoist and Christian communities.
'ISD told Pastor Tan that in preaching or proselytising his faith, he must not run down other religions, and must be mindful of the sensitivities of other religions.'




Walau Pakatan berpecah, Umno-BN belum OK

Selain dari kes-kes mahkamah, ada satu isu yang begitu menarik.
Saya kata menarik sebab nampaknya ada dalam Umno yang terkeliru.
Biar saya jelaskan.

- Berita bahawa pemimpin PKR seperti Zulkifli Noordin dan beberapa lagi di Penang dan Selangor tak puas hati dah tersebar luas.
Dan kini Zul Noordin dah jadi star dalam TV3. Terkejut juga: eh! Station TV kerajaan kasi muka kepada pembangkang? Zul kata akan ramai keluar dari PKR dalam beberapa minggu ini.

- Juga dalam PAS pun ada perpecahan - baik di Kelantan mahupun di kalangan orang atasan. Kita lihat Hadi Awang menyuarakan masih nak berkawan dengan Umno, walhal Nik Aziz Nik Mat dan yang lain bertegar tak mahupun dulu. Sampai ada doa supaya perut PM Najib meletup. Sampai gitu.
Dan pemimpin PAS seperti Husam Musa dan Nasharuddin Mat Isa tetap tak ngam. Ramai lagi yang tak ngam - you tanyalah yang di atas di Kelantan tu.

- Dan di Penang, kepimpinan Lim Guan Eng dari DAP pun telah diserang. Walaupun mungkin bukan oleh orang dalam, tetapi nampaknya cara beliau memerintah, katanya, agak kasar. Hingga wartawan terkenal (bukan aku), Joceline Tan, menulis mengenai isu ini.

- Dan juga heboh diperkatakan: demo pro-Anwar lepas solat Jumaat minggu lalu, kononnya nak menentang 'fitnah kedua' iatu kes sodomi, tapi hanya berjaya menarik 30 orang.
Eeks. Kalau 1998-2000, jika tak seribu orang datang tak dipanggil demo, 'bang.
Lampu Reformasi dah malap, orang berbisik.


Tetapi saya khuatir kerana sibuk mencanang dan bertepuk tangan bahawa pembangkang telah berpecah, pemimpin Umno dan orang bawahan mungkin terasa rakyat dah tolak pembangkang.
Bahawa rakyat kini dah kembali bersama Umno-BN.
Ada gembira bersyukur: Wah, our deliverance is here. No need to work hard, it shows you that the opposition cannot hold together. How to govern the country? Semuanya OK.

Masalahnya ialah ini, Tok Sri, tok siak.
Isu pembangkang berpecah, dan pengundi telah kembali ke Umno-BN, adalah dua perkara yang berbeza!

Cakap mudah: Walaupun pembangkang mungkin dah bergaduh dan mungkin diambang perpecahan besar pun, ia tidak bermakna sokongan dah kembali ke Umno-BN.

Cakap lebih mudah lagi:
Kalau esok ada pilihanraya umum, percayalah, Umno-BN akan kalah teruk sama seperti March 2008, Malah mungkin lebih teruk lagi!

Kemarahan rakyat masih ditahap sama terhadap Umno-BN di kalangan bangsa Cina dan Melayu.
Iaitu kebanyakan pengundi Cina masih tidak akan undi Umno-BN.
Dan pengundi Melayu masih berpecah dua. Kerajaan belum dapat lagi menarik ramai mereka ini ke kem Umno-BN. Masih 50:50 seperti dulu, setengah masih dengan pembangkang.

Hanya pengundi India saja, saya rasa, yang kini lebih ramai dah berpihak ke Umno-BN. Walaupun begitu, mereka masih boleh lari kembali ke pembangkang jika hati terguris lagi.
Dan mereka masih mencari siapa ketua kaum mereka - bukan Semi Value, bukan Makkal Sakti, dan bukan pun Hindraf yang sendiri telah berpecah.


-------------------------------------------------------
KENAPA? TAK PERCAYA?

Bayangkan jika pilihanraya umum diadakan hari ini.
- Kelantan, Penang, Selangor, Kedah dan Perak saya rasa di tangan pembangkang lagi.
- Terengganu, kerana Umno tongkang pecah, mungkin jatuh juga.
- Perlis, juga kerana perpecahan Umno, goyang.

- Negeri Sembilan dan Melaka mungkin tak jatuh tetapi 40:60 pembangkang kalah. Maknanya, banyak kerusi akan dimenangi pembangkang.

- Johor dan Pahang saja yang stabil.

- Di Malaysia Timur, saya rasa Sabah dan Sarawak tak akan jatuh sebab orang Pakatan Rakyat dah berpecah - biasalah politik Sabah-Sarawak, semua benda mesti berkelahi sampai kapal pecah dan tenggelam, baru semua puas hati.
Teapi pastinya, pada saya, banyak kerusi akan dimenangi oleh pembangkang. 35:65 pembangkang:BN.

Ini pandangan peribadi.
Tapi yang jelas ialah kerajaan dan Umno-BN masih kena kerja terus jika nak menang hati rakyat.
Setakat nak tunggu pembangkang berpecah saja tak cukup.

Untuk pembangkang pula, mereka tak akan menawan Putrajaya sekiranya terus cakar-mencakar, dan tanpa leadership yang jelas - sebab Abang Nuwar sibuk kat mahkamah, dan nama Zaid Ibrahim pun dah mula pahit dalam Pakatan.
Nampaknya kini Ku Li nak jadi superhero baru Pakatan.
Beliau nampaknya mahu jadi martyr, mahu sangat ditendang Umno.
Agar dapat masuk Pakatan dan jadi ketua, in case Anwar kena jail???

Dan kini PM Najib pula kata New Economic Model tidak akan diumumkan bulan ini, tetapi akhir bulan depan. Mungkin lagi sibuk nak mengatur strategi lebih baik.

Monday, 8 February 2010

Minggu mendebarkan - Saiful dan Zambry-Nizar

Minggu lalu dah banyak perkara terkeluar. Saya tak mahu banyak komen tentang kes mahkamah ini, sebab masih berjalan dan hanya tuduhuan oleh Pihak A kepada Pihak B.
Minggu ini, cross-examination, tentu akan ada banyak cerita lagi yang akan keluar.
Alamak - baru diberitahu. kes postpone hari ni sebab peguam Anwar Ibrahim nak disqualify hakim. Wayang Hindustan pun tak suspen macam ni.

Kes suspen lagi satu: Esok, Selasa, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan 'fatwa' sama ada Zambry atau Nizar patut terus bertakhta di Ipoh.
Get ready for more wayang.
Kalau Nizar menang, dia akan terima!
Kalau dia kalah, tentunya mahkamah dituduh berat sebelah, dibeli kerajaan, diinfluence PM Najib, mahkamah bodoh dsbnya.

Saturday, 6 February 2010

Jawapan saya isu Melayu Singapore 'tertindas'

Di posting saya sebelum ini, ada hamba Allah menunjukkan 'bukti' bahawa Melayu Singapore ni teruk kena tindas, dan kata saya tunjukkan konsep meritokrasi taik kucing.
OKlah. terpulang. Tetapi saya jawab.
Dan lepas itu beliau - kasilah nama Abang oi - boleh menjawab. Syiok kita bincang isu ni, daripada gaduh tentang isu liwat dan seluar dalam Levi's.
Nak kata Singapore banyak masalah suka hatilah. Tapi kalau nak kata orang Melayu Singapore kena tindas ni, pada saya, biarlah gunakan fakta yang tepat.

Apapun, saya ulangi dulu apa yg ditulisnya:
------------------------------------------------------
Anonymous

Di Singapura, orang Melayu dijaga dengan amat "baik" oleh kerajaan Singapura. Secara purata, kualiti kehidupan orang Melayu adalah lebih-baik di sana berbanding di Malaysia.
Inilah hakikat tapi kalau dibanding dengan kaum-kaum lain di Singapura ,orang Melayu akan terasa mereka hanyalah golongan kelas tiga di sana selepas Cina dan India mungkin kelas empat selepas Cina, India, Lain-lain (Eurasian ..)
Hakikatnya;

i. tiada menteri kanan Melayu di Singapura, mungkin orang Melayu tiada merit? ...

ii. kalau orang Melayu masuk kekawasan sensitif tentera untuk bekerja dsb, mereka akan sentiasa diawasi ...orang melayu tidak dipercayai?

iii. Kalau orang Melayu bekerja disyarikat Cina, berkemungkinan besar orang Cina dari Malaysia yang baru masuk akan dinaikkan pangkat terlebih dahulu dari orang Melayu Singapura...Kawan Melayu Singapura saya kata disebabkan "sakit kulit"

iv. Budak-budak Melayu kesekolah tidak dibenarkan bertudung sekiranya kesekolah kerajaan tapi anak benggali dibenarkan pula.. takut pulak orang Melayu jadi ekstremis dengan bertudung...

v. Kalau masuk National Service, orang Melayu dikhususkan menjaga stor,medical dan latihan bersenjata kurang ditekankan.. takutlah tu kalau Singapura dan Malaysia berperang, orang Melayu akan berpaling tadah

v. walaupun bahasa melayu bahasa rasmi; bahasa Melayu hanya digunakan untuk menyanyi lagu kebangsaan "Majulah Singapura";kesian kan bahasa Melayuvi. Kuota untuk orang Melayu mendapat pendidikan seperti kedoktoran, ikut merit kata pemerintah

vii. Orang-orang Jawa ataupun orang Boyan,dalam kad pemgenalan tidak diklasifikan sebagai Melayu tapi Jawa atau Boyan. Orang-orang Cina samada Hakka , Foochow akan dikategorikan sebagai Cina. Orang India pun macam tu juga.

viii. Tiada lagi kampung Melayu di Singapura

ix. Kuota penempatan orang-orang Melayu.

Hakikatnya begitulah kehidupan orang Melayu,di penjara, dipusat pemulihan dadah bersepah orang Melayu, macam golongan kulit hitam di Amerika .
Kalau meninjau di pantai-pantai Singapura telah ada golongan yang hidup merempat dikhemah-khemah sementara rata-rata mereka adalah Melayu. Sedih bukan, begitulah nasib orang Melayu ditanah kelahiran mereka itu.

Beza sungguh nasib golongan minoriti di Malaysia ni.
Mereka bukan saja kaya-raya, dibenarkan berpolitik, beragama apa saja, bersekolah aliran mereka. Malangnya mereka-mereka ni tak pernah rasa bersyukur, hak-hak orang melayu dan agama Islam dicabar dan sekiranya orang-orang Melayu yang ingin memperjuangkan hak-hak mereka akan terus dilabel sebagai rasis dan fanatik.

Saya rasa toksahlah Rem nak menjaja hebatnya kerajaan Singapura dengan konsep 'meritokrasi' taik kucing mereka tu. Kata orang Melayu Singapura; "jangan bedeklah, kita orang dah lama tahu" lah..

Bekas pencari kupang Sungai Senoko
6 February 2010 13:20


------------------------------------------------------
JAWAPAN SAYA

Anonymous,
i love it when u talk dirty.
jangan banyak makan kupang, 'bang, nanti kolesterol tinggi :-)
saya berterima kasih banyak sebab yg diluahkan exactly perasaan saya dulu sebelum berkelana di msia 12 thn dan ditambah pengalaman di negara lain.
saya dulu rasa melayu spore kelas bawahan, ditindas, dsbnya. yg peliknya apabila bertahun di malaya, saya nampak KEBAIKAN dikelasbawahkan, ditindas (perkataan anda, bukan saya). kata orang tu, kalau dah rasa kena tekan, bila dah 'naik', syiok. Ahem, ini tak ada kena mengena tentang isu Anwar, ok!

sejarah malaysia berbeza dgn sejarah spore. pada saya respons kerajaan malaysia dgn dasar bumiputra selepas mei 1969 adalah tepat.
kini dah banyak golongan profesional melayu kerana dasar itu. engineer bumiputra adalah 40 peratus dari jumlah jurutera di msia (data 9th Malaysia Plan). doktor, lawyer, akauntan pun ramai - kira-kira 20-30 peratus dari total di malaysia.
bangga saya duduk rumah di kl di kiri kanan ada profesional melayu yg dinaikkan kerajaan umno-bn. hidup umno! (mampos orang pakatan tembak aku).

cuma yg saya nampak kurang ialah golongan entrepreneur. iaitu tycoon business. itulah yg cuba dinaikkan dulu oleh dr m dgn tajudin ramli, halim saad dsbnya. tapi gagal.
nasib baik ada khazanah naikkan golongan profesional managers di maybank, tenaga, telekom, cimb, dsbnya.
memang susah nak hidupkan benda yg baik ni.
dan juga sangat kurang ialah golongan perniagaan runcit. kedai2 di kl dan serata malaysia, jarang nampak melayu yg menjadi pemilik, selain restoran makanan dan boutique pakaian melayu. memang payah, tapi kita tabik malaysia sebab terus mencuba.
tetapi hari ini, tahun 2010, 40 tahun dah, dasar 1970 ini kena tukar sikit. tetapi sebagai orang luar bukan hak saya nak sibuk-sibuk cakap tentang isu ini (tapi nanti saya sibuk di lain kali!)

sejarah spore pula dan orang melayu temasek lain. kami jadi minoriti selepas spore dan malaysia bercerai. dan tak seperti kaum cina di malaysia - kaum minoriti tetapi kaya dan kuasai ekonomi. begitu juga minoriti cina di indonesia, thailand dan filipina.
minoriti melayu di spore ni miskin dan daif (secara purata): tak ada kuasa politik. dan tak ada kuasa ekonomi. talent dan skill pun kurang.
nak bargain dgn iman saja (eh wah eh wah).

jadi jawapan saya kepada apa yg anda bangkitkan.
lepas tu anda jawab balik, biar kita semua pelajari benda baru. saya fahamlah ada yg masih marah dgn pemerintah, tetapi saya lihat ahli keluarga saya - iaitu saudara dekat dan jauh, kebanyakannya tak kaya pun - kemarahan mereka dah kurang berbading puluhan dan belasan tahun lalu. tetapi mungkin keluarga saya songsang kot.
tak semestinya pandangan saya betul pun! dan ada tempat saya jadi devil's advocate dlm jawapan saya - iaitu saya berikan jawapan yg tak semestinya saya setuju, nak tengok respons anda semua.


i. tiada menteri kanan Melayu - cabinet spore 21 orang. 1 melayu, Yaacob Ibrahim (bekas lecturer).
india ada 4 orang menteri kabinet, eurasian/serani 0. Lihat di sini.
yg india 4 orang - 1 former surgeon, 1 lawyer kanan, 1 banker, 1 bekas lecturer.

MP melayu kesemuanya ada 12, dari 84 MP yang menang pilihanraya - 14 peratus.
Ada lagi 9 lagi MP yang dilantik ke Parlimen (nominated MPs) dan seorang MP tanpa kawasanundi (NCMP) - apa kejadah ni? Baca kat sini.
Maknanya dalam Parlimen Temasek ada 94 jumlah MPs.

MP melayu senior yg lain a) Abdullah Tarmugi (Speaker of Parliment, anak melayu jadi speaker 'negeri cina'), bekas wartawan.
b) Zainul Abidin Rasheed (Senior Minister of State foreign affairs - di msia, title equivalent senior deputy minister), bekas wartawan.
c) Zainudin Nordin, Mayor di town council - kata orang, title/gaji/kerja mayor ni sama senior dgn Minister of State (ini kena check, saya diberitahu).

sila baca list nama-nama MP melayu-muslim di spore tu di sini, mahupun yg bukan islam. yg pakai tudung pun ada - Halimah Yacob. lihat qualification dan kerjaya mereka. saya gerenti kita pun segan.
(semua ada alamat rumah, phone no. dan email! senang nak contact).

masalahnya: ramai melayu bijak pandai lain tak mahu masuk politik, ada rakan saya banker melayu (dua orang!) di dua bank terkemuka di dunia diajak jadi MP. tak mahu. gaji mereka dah lebih dari s$15,000 sebulan, jadi MP elauns katanya s$16,000 sebulan tapi sentiasa diawasi orang ramai. juga ada seorang pendidik melayu terkenal di spore dipujuk, tak mahu.
jadi jgnlah mudah marah pemerintah sebab melayu ada 'merit' tak masuk PAP, boleh jadi menteri. mereka takut mat kerang kutuk mereka 'belot masuk parti cina' tak?

ii. orang Melayu dan kawasan sensitif tentera - betullah tu. yg samdol nak mengebom tentera amerika di spore dulu kan anak melayu spore juga. kumpulan JI. jadi tentu pemerintah takut melayu geylang nak jadi jebat taliban!
kita kenalah bagi mereka 'caya sama kita balik.

iii. bekerja di syarikat cina - yg melayu gi kerja dgn syarikat cina tu buat apa! samalah misalnya di msia (mahupun indonesia, india, thailand, filipina, jepun, perancis, amerika): tentulah jika naik pangkat ikut bangsa bos!
misalnya, ada harapan ke cina msia jadi ketua khazanah? ceo petronas? boss maybank? atau melayu msia masuk syarikat genting, public bank, berjaya group - sampai kiamat tak akan jadi bos besar!
tapi kalau kerja di syarikat antarabangsa lain cerita.
- anak melayu spore kini jadi MD di bank besar swiss, UBS, di spore.
- Executive Director UBS Investment Bank pun ialah anak melayu spore.
- juga CEO Carrefour for msia, spore markets.
- dan CEO Cathay Organisation.
- ada MP melayu spore kini - dulu dia jadi CEO SingTel international.
- seorang lagi MP melayu kini MD syarikat MNC amerika.
- anak melayu spore pernah jadi bos Apple di spore.
- dan GM di DHL spore.
ramai mereka ni saya kenal, jadi tak letak nama. nanti depa kata saya nak 'gaduh' kat blog menjaja nama mereka pulak!

iv. ke sekolah tidak dibenar bertudung - ini form over function. kita lihat sendiri: di sekolah atau tempat kerja, bila waktu makan atau duduk bersama, semua orang lebih SELESA (bukan pasal racist) dgn bangsa sendiri (atau yg kaki bola dgn gang sendiri, yg sokong PAS/Umno dgn mereka saja).
jadi dikhuatiri melayu bertudung hanya sesama mereka, dan cina dan india - dah memang susah pun nak ajak kaum lain duduk bersama - semakin tak rapat dgn melayu di sekolah.
'tapi ini agama kata wajib!'. masalahnya ialah pemerintah takut benar dgn melayu jadi extremis ni. kau nak salahkan depa?
yg jadi JI 30-40 orang lebih tu semua melayu. yg pakai serba hitam nampak mata saja pun ada di spore, tak banyak campur dgn melayu lain pun sebab mereka suci sangat.
apa kata kita beri kaum lain selesa dgn kita. kita tunjukkan melayu 'terror' belajar dan pintar bekerja dan rajin tekun, jadi orang segan.
lepas tu kau pakai selimut masuk sekolah pun orang kasi.
dikhuatiri melayu spore ni dah lah pembelajaran lemah, nanti duduk sesama sendiri tak mahu cedok pengetahuan dari yg lain.
kalau tak terima apa yg saya kata ni ada jalan lain - ada empat madrasah kat spore - semua ajar matematik, sains dlm bahasa inggeris - baca di sini - kamu masukkan anak dlm tu lah.
tapi anak anda rugi sebab tak campur bangsa lain.
dan lebih penting lagi, orang bangsa lain tak akan tahu tolak ansur yg perlu bila duduk campur dgn pelajar melayu. mereka tak akan tahu cara islam dan cara orang islam.
akhir kata: betullah ada tak puas hati, tapi the bottomline is brutal: kamu kaum minoriti. dah lah tu lemah lagi. tak suka boleh gi hijrah. ramai pun orang spore bangsa cina, melayu dan india dah calibut ke australia, canada dan US. ini zaman 'talent flows', ada qualification, we don't have to take the bullshit.

v. National Service, orang Melayu jaga stor dan latihan bersenjata kurang. takut Melayu akan berpaling tadah - dah saya bincang di (ii) di atas.
memang betul lah tu, pemerintah takut kamu tak tembak askar melayu di raja bila malaysia menyerang spore kelak, tetapi menembak ah chong spore kat sebelah.
tapi nak kata melayu semua dibodohkan, tak juga.
dah ada jeneral anak melayu pertama dalam Angkatan Bersenjata Singapura, Spore Armed Forces. saya pernah tulis di sini.
dan dalam civil defence, apabila gempa di sumatra yg saya cover dulu, ketua team 42 orang itu ialah anak melayu spore. pangkat Lieutenant-Colonel (LTC) - di sini.
ini bukan sebab team ni di hantar ke indonesia, baru letak budak melayu. dia Commander of Second Civil Defence Division. ada desas-desus mamat ini akan terus naik ke atas sebab cekap.
kadang orang melayu ni suspicious sangat tentang 'sikap racist' pemerintah spore jadi tak nampak ke-terror-an bangsa sendiri.

vi. bahasa melayu bahasa rasmi, dah lemah - ini bukan pasal racist ke apa, tapi sebab ekonomi.
kat spore, cina sama cina gaduh besar sebab bahasa mandarin pun setengah dari masyarakat mereka pandang rendah. sebab tak ada economic value.
kau nak jadi banker kaya? accountant, lawyer dan surgeon? nak cakap bahasa mandarin saja? tak laku kamu!
di msia pun bahasa melayu jadi lemah atas sebab yg sama.
di india tentang bahasa hindi, mereka pun gaduh. ada slogan parti politik hindu BJP: 'Hindu, Hindi, Hindustan' dulu - terkejut orang yg suka tengok filem hindustan.
maknanya india patut beragama rasmi hindu, berbahasa hindi, dan nama negeri hindustan - negara utk orang2 hindu. BJP menang kejap, lepas tu kena halau, Congress menang kembali!
di china sendiri, orang berebut nak belajar inggeris.
memang kesian, tapi takkan nak salahkan pap lagi? esok kupang tak ada pun, kau salahkan pap.

vii. ada kuota orang Melayu dlm pendidikan seperti kedoktoran - cerita ni dari saya di sekolah dah dengar. tapi ada bukti ke? maaflah kalau setakat tuduh2 tanpa data. tunjukkan budak melayu yg tak dapat masuk sebab kena bilis orang cina, india? saya sendiri nak tahu ni! nak tunjuk kementerian pendidikan. kau ingat aku takut ke kalau ada fakta? tapi jika setakat dengar dari kawan, tah 'yah lah.
atau kamu nak special quota agar lebih ramai melayu jadi doktor? kalau itu yg disarankan, forget it fool.

viii. Orang Jawa, Boyan dalam kad pemgenalan tidak ditaraf Melayu tapi Jawa, Boyan. Orang Cina hanya Cina saja. India pun macam tu juga - setahu saya, ini kerana yg hendak begitu ialah orang melayu, jawa dan boyan sendiri!
mereka bangga dgn keturunan masing-masing masa tu. mungkin saya silap. cuma tanya orang dulu-dulu kalau tak percaya. pemerintah untung apa jika golongkan kamu jawa dan boyan?
(dan saya nak tambah - di kad pengenalan singapore saya - ada nama saya dalam tulisan JAWI. ya! IC spore saya ada nama saya dlm tulisan JAWI. ini pilihan saya. IC cina boleh letak nama mandarin, india letak tamil. kalau tak mahu pun tak apa. sebab masa tu orang melayu bangga dgn bahasa jawi ni. sekarang dah tak ada dah sebab orang tak bangga lagi).

ix. Tiada lagi kampung Melayu di Singapura - kampung cina pun dah tak ada kat spore ni. kampung india pun dah tak ada. apasal kamu bising tak kena tempat? satu buah kampung pun dah tak ada lagi di seluruh singapore!
spore kecik semua dibina flat dan kondo, mana ada tempat nak bersawah, berkampung dan berak dalam jamban atas sungai?
masjid spore banyak yg tiga, empat dan lima tingkat kau tak nampak pula?
masjid malaysia semua dua tingkat saja (purata) sebab dia banyak tanah, abang kupang.

x. Kuota penempatan orang Melayu - ini saya dah bincang dulu kenapa pentingnya orang melayu dicampur dengan bangsa cina di spore - lihat sini.

Dan kamu ada tambah lagi:
xi. orang Melayu,di penjara, dipusat pemulihan dadah bersepah.
xii. di pantai-pantai Singapura ada golongan hidup merempat di khemah sementara, rata-rata mereka Melayu.

hai! ini pun salah pap juga? kalau melayu merampok, makan dadah kan salah mereka!
saya ada beberapa anggota keluarga makan dadah, masuk penjara, jadi saya tahu secara detail problem ini. pada saya nasib baik pemerintah membantu mereka ini - dapat kerja lagi.
kat msia pun melayu bersepah dlm penjara dan pusat pemulihan dadah! tak pula mereka salahkan kerajaan umno-bn!
jamal abdillah keluar masuk pusat serenti, dan kerap cerai berai - takkan salah umno-bn?

tentang yg merempat di pantai tak ada rumah - kau gi duduk dgn mereka, macam saya buat.
tanya 'apa dah jadi brader?'
kebanyakan mereka ni bercerai berai, makan dadah, malas nak kerja dgn gigih - kerja seminggu, kena marah bos sikit, merajuk. kerja overtime lebih sikit, esok ponteng (masalah gian dadah ialah punca utama).
atau, ada yg membeli rumah mahal drpd kemampuan, apabila tak boleh bayar kena tendang keluar, lalu bercerai.
ie ini bukan masalah sebab mereka melayu, tetapi sebab poor planning dan dadah.

sekali lagi, saya tahu sebab ada anggota keluarga macam ni.
baru bulan puasa lalu, pemerintah, masjid dan persatuan islam di spore adakan kempen 'Bijak Belanja' di sini. malu aku sebab menunjukkan bodohnya bangsa aku.
orang melayu ni dia suka beli rumah di luar kemampuan, lalu ditambah balak dgn beli furniture mahal2 dan TV besar2.
kat spore ni kalau tak ada 40inch TV macam miskin sangat, walhal bapak kerja jadi peon. ini saya cakap tentang ahli keluarga sayalah.
nak salahkan govt lagi?
konsep meritokrasi taik kucing? suka hatilah.

bukan cantik lihat orang spore papa kedana ni.
tetapi ada social net juga kalau ada masalah - jumpa MP, jumpa persatuan kebajikan, persatuan islam dsbnya.

kalau tak puas juga - kamu masuklah malaysia: kamu ingat orang msia nak terima kamu jika papa kedana dan tak ada skill?

jawapan basicnya: elakkan dadah, merokok, berjudi, minum arak (sebab nak jimat wang).
belanja yg mampu.
rumah kecil tak apa, duduk kat lantai tak apa, asal hutang tak banyak.
simpan wang utk hari hujan.

tolonglah orang melayu spore: jangan gunakan excuse 'kena tindas' ni.
buang masa fikirkan benda yg pada saya hanya melemahkan semangat. pada saya, tak betul pun. itu cerita lama masa singapore menjadi sebahagian daripada malaysia, kemudian bercerai dan bapak-ibu kita kecewa.

arwah bapak saya drebar. mak saya dulu amah.
jadi saya tahu apa itu kemiskinan, tak cukup makan, hidup merempat, dihina orang.
inilah yg membuat negeri china, india naik kini. orang miskin semua rush nak ke atas.
mereka tak fikir banyak tentang kena tindas ni, walau ada sistem komunis di china, sistem kasta di india.

kamu orang melayu buat ni: naikkan taraf pelajaran anak2.
naikkan taraf pelajaran anak2.
dan naikkan taraf pelajaran anak2 kalian.

Singapore cekup 3 remaja kerana hina bangsa lain

Jumlah penduduk Temasek Darul Kecik ialah hampir 5 juta.
Dari jumlah itu, orang Singapore tulen ialah 3.2 juta, bakinya 1.8 juta ialah penduduk tetap dan pekerja asing.
Dan di negara sebesar Pulau Pinang ini (atau untuk orang KL: Negara sebesar Gombak ke Shah Alam), kaum majoriti Cina berjumlah kira-kira 76 peratus dari 3.2 juta rakyat.

*Malay-Muslim ialah kira-kira 15 peratus, dan 9 peratus kaum India.

(*Malay-Muslim ni ialah istilah rasmi yang digunakan secara meluas. Sebab kalau kira orang Melayu saja kira-kira 13 peratus atau 400,000 orang. Yang lainnya ialah kaum India Muslim, Arab Muslim dan orang bangsa lain yang masuk Islam, converts. Kalau campur semua, agaknya adalah 450,00 Melayu-Muslim ni.
(Ramai juga kaum convert di pulau ni sehingga ada tiga kumpulan untuk aktiviti mereka - yang utama ialah Muslim Converts' Association -Darul Arqam Singapore.
(Dua kumpulan lain membantu aktiviti converts - Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura -Pergas dan Muslim Missionary Society Singapore -Jamiyah).

Dan di Temasek ada lagi satu 'kaum' yang diterima rasmi dalam kad pengenalan - Eurasians.
Iaitu kacukan orang Asian dan mat salleh dulu.
Sehingga ada persatuan mereka sendiri, Eurasian Association Singapore. Saya ada kenalan dan rakan Eurasian bernama Fernandez, D'Silva, Desker.


Kalau kamu nak kata Melayu Singapore tertindas pun suka hatilah.
Pada saya, yang lebih tepat ialah: kami ni ramai yang miskin, iaitu di taraf ekonomi yang lemah, jadi ada yang merasakan tertindas.
Itupun pemerintah menghulurkan bantuan macam-macam, termasuk ada dua persatuan - Yayasan Mendaki dan Association of Muslim Professionals - membantu keadaan pelajaran dan sosio-ekonomi orang Melayu-Muslim ni agar tak tertinggal jauh sangat di belakang dalam serba-serbi.
Pemerintah takut kalau si Muslim ni tertinggal di belakang sangat, boleh jadi problem terrorist pula, agaknya. Saya pernah menulis tentang isu ini di sini.


Tetapi kerana sikit sangat kaum minoriti kami ni, dan daif lagi, kenalah pemerintah protect masyarakat kami - yang Melayu, India dan Eurasian.
Kalau tidak mampos kami kena 'bantai' dengan kaum majoriti Cina, agaknya.

Sekarang sedang gempar di Singapore - pemerintah telah menangkap tiga remaja Cina kerana serangan berbaur rasis dalam Facebook. Juga di sini dan di CNN di sini.
Mereka menghina orang India dalam sebuah group di Facebook.

Di Singapore ni, hak rakyat minoriti dijaga. Takut benda kecil nanti jadi isu perkauman yang merebak, lagi parah.
Ini bukan pertama kali pemerintah menangkap orang yang menghina agama-bangsa lain di Internet.
Pernah dua kali, remaja bangsa Cina kena cekup sebab menghina orang Islam Singapore (dah lama terjadi, nanti saya cari referencenya dan link kat sini).

Memanglah Singapore ni ada macam-macam undang-undang.
Tetapi yang ini saya sokong.
Kalau kamu menghina kaum dan agama lain, tangkap dia dan bawa ke mahkamah, agar tak kurang ajar sangat.

Thursday, 4 February 2010

Cloud Computing - teknologi baru untuk semua


TAMBAHAN 0915 PAGI

Alamak! Baru saya teringat.
Apa gunanya cloud computing jika sambungan Internet melalui Streamyx Telekom, Maxis dan Digi (di Malaysia), atau SingTel, Starhub dan M1 (di Singapura) terputus selalu?
Gigit jari kita.
Sekarang ini kalau tak de Internet kita boleh main game, atau sekurang-kurangnya menaip story atau blog, menunggu masa sambungan dipulihkan.

-----------------------------------------------------------
POSTING ASAL

Kira-kira 30 tahun lalu, semasa di kolej, saya berdepan dengan sebuah komputer buat pertama kali (dah tua aku).
Ia terletak di dalam makmal dan satu kelas berkerumun di sekelilingnya seperti baru nampak alien.
Saya masa tu takut nak picit keyboard, konon takut tersalah picit komputer boleh rosak - tetapi sebenarnya kerana buta komputer. Heehee.

Lepas tu, kira-kira 20 tahun yang lalu, saya membeli personal komputer yang pertama letak di flat saya di Singapore.
Ini menggunakan chip Intel XT, kalau tak salah. Yang top masa tu.
Game yang saya gemar masa tu ialah Dig Dug dan Pacman.
Nak taip story menggunakan program WordStar.

Masa tu nak sign-on masuk Internet kena gunakan dial-up. Bising nak mampos. Dia berbunyi kreeeeeee, ohhhhhh, kriiiiiiiiii, krokrokrokrok, kriiiiiiiii sebelum handshake Internet disambut.

Lepas tu, tahun demi tahun, macam-macam komputer keluar.
Dan setiap 3-5 tahun saya menukar PC. Bukan pasal nak kerja, tapi nak main game terbaru.

Ini diikuti oleh pengeluaran laptop dan notebook.
Dulu kalau namanya laptop beratnya ialah 3kg! Sekarang ni, kalau lebih 1kg orang kata berat.
Saya pernah menggunakan laptop pejabat berjenama HP. Mak oi, macam kena angkut Kancil ke sana sini.

Kini, dunia dah canggih. Semua keluarga middle class di sekeliling dunia sekurang-kurang mempunyai sebuah PC dan laptop.
Kalau ada dua orang anak di kolej, kedua-duanya ada laptop. Oops, maaf, kita dah tak panggil laptop lagi - mesin ni kita panggil notebooks dan netbooks.

Dan kini dah keluar iPad, Kindle, Nook dan macam-macam jenis e-Reader seperti yang saya tulis tak lama dulu.
(AWAS - jangan beli iPad keluaran Apple dulu. Mesin ni kena bantai teruk oleh pengguna teknologi kerana tak bagus!)


KINI satu perubahan besar (tectonic shift) dalam dunia komputer sedang berlaku!
Ia dipanggil "cloud computing" oleh para engineer Google dulu.
Dan kini merebak secara pantas.


Orang yang menggunakan email, blog dan Facebook - seperti kita semualah! - dah pun menggunakan konsep cloud computing ni tanpa disedari.
Begitu juga yang menyimpan gambar melalui Flickr (untuk yang menggunakan email Yahoo) dan Picasa (untuk komuniti Gmail).

Apa yang kita taip, gambar kita dan cerita-cerita yang kita tulis di email, Facebook dan Picasa semuanya TIDAK disimpan di dalam PC kita.
Jadi ia disimpan di mana?
Engineer Google dulu menggunakan term cloud computing ni.
The data are being kept in the clouds. Everywhere.

Iaitu isi hati dan gambar kita (termasuk rahsia peribadi?!) disimpan di data banks dan data centres di merata dunia.
Baik di Cyberjaya, di Singapore, Amerika, Eropah, India dan sebagainya.
Kalau orang tahu password kita, mereka boleh mencuri masuk dan membaca macam-macam benda yang boleh merosakkan hidup kita.

KONSEP cloud computing ini kini akan dibawa ke satu tahap lagi.
Menurut pakar, tak lama lagi, jika kamu membeli PC, tak perlu lagi ada benda besar yang mengandungi motherboard dan harddrive lagi. Iaitu tak perlu lagi desktop.
Anda hanya perlu membeli monitor, keyboard dan mouse! (mouse ni pun nak kena ganti - tapi itu cerita lain).
Tentunya harga lebih murah!

Sampai rumah, sambungkan monitor anda ke line Internet, lepas tu jeng jeng jeng, dah boleh buat kerja atau main game.
Data anda semuanya disimpan di tempat lain. Komputer atas awan! Cloud computing!

Awas. Janganlah kau simpan gambar bini muda kamu kat cloud computing.
Lebih-lagi jangan simpan gambar kau belikan dia BMW baru, sedangkan isteri ori masih naik Merc 1995.
Atau gambar kamu lagi minum todi kat pub tadi.

Begitu juga apabila membeli laptop-notebook-netbook.
Tak payah ada hard drive lagi! Jadi lebih ringan daripada 1kg!

Di tempat kerja?
Tak payah nak banyak mesin desktop ni. Menyemak saja.
Meja hanya perlu ada screen, keyboard dan tikus.


Baiknya konsep ini?
Seperti sekarang kita senang hati sebab boleh baca email, update blog dan menyocok orang dalam Facebook di mana saja kita berada, di masa depan, SEMUA data anda boleh 'dibawa' ke mana-mana.
Di rumah, baik di jamban, di restoran mamak atau di Paris, anda boleh membaca semua maklumat anda di e-Reader ringan anda. Boleh tunjukkan gambar-gambar dalam simpanan anda.

Kalau anda menggunakan browser Chrome oleh Google (dan bukan Internet Explorer atau Firefox) - ah, itu kan menggunakan konsep keawanan ni!
Syarikat sofwe terbesar di dunia, Microsoft, pun dah mula nak buat besar-besaran cloud computing ini - di sini.


Olahan panjang tentang pro dan con isu cloud computing itu di sini.
Juga di sini.
Berani ke syarikat simpan maklumat sensitif di data centre kelolaan orang lain?
Nanti SB boleh baca!?
Nanti CIA boleh curi!?
Pandangan saya ialah mungkin data syarikat yang paling sensitif tetap disimpan di server atau desktop di pejabat.

Apapun, bersedialah kita semua untuk menyimpan maklumat kita di awan.

Wednesday, 3 February 2010

Trial has started, so let's see the evidence

Despite more wayang, the trial proper has started.
Let's hope it continues in peace.
If truth is what you wanted all along, then you must be prepared to wait.

The problem is of course, what happens inside the court could well be overshadowed by what happens outside.

To those pro-Anwar types, kasilah budak tu chance nak bentang hujah dia. Kalau dia penipu besar, tak akan ke mana kes ini.
To the pro-government ones, let the case run its course also.

Of course, everyone is saying that Umno, BN, PM Najib, the government, the judiciary, police, the AG's office, and Malaysia itself is on trial.
But they forgot to add that Anwar and the opposition will also be on trial.
How everyone behaves will be scrutinised, just in time for voters to decide whether the 'bullshit' you present (by whichever side) is acceptable.

And it is good to know that one blog at least will try to bring us the verbatim of what happens as per the court record - let's hope the authorities or whomsoever won't stop this.
http://malaysianstory.wordpress.com/

Tuesday, 2 February 2010

Hurricane Anwar hits Malaysia (ahem, again)

RABU 0940. GAMBAR TERBARU SAIFUL
-------------------------------------------------------

Kini dia berusia 26 tahun, bukan 23. Silap saya.
Mamat ni dah bersumpah dalam masjid.
Najib pun berani bersumpah tentang isu Altantuya.
Yang belum ialah, ahem, calon perdana menteri 2013.

Walaupun bersumpah tak bermakna tak bersalah, tetapi kalau pembangkang tak mahu percaya dengan keputusan mahkamah, bersumpah dalam masjid pun, pada saya yang tak pandai agama, boleh dapat point dalam pandangan manusia.

Sekurang-kurangnya ia menunjukkan dia berani mengambil nama Allah, memegang Quran dalam isu besar ini. Dan bukan berdolak-dalik.
Tapi ini pandangan orang daif agama.

Mengenai gambar Saiful:
Saya pernah bertemu dua kali dengan dia semasa dia menjadi pembantu di pejabat Anwar dan PKR.
Tiga minggu selepas kami kebetulan bertemu (semasa menunggu press conference di pejabat PKR di Tropicana, dan kemudian semasa Anwar memberi ceramah di Keramat), isu sodomi ini meletup.
Dulu Saiful tak ada bintik dua biji di dahinya.
Kata orang, itu tanda orang banyak sembahyang.
Betul ke?
Kan mamat ini penipu besar, kata pembangkang?

Saya cuma tunjuk apa ada dalam gambar, jangan kamu tembak saya pula.


DITANGGUHKAN (lagi)

-------------------------------------------------------

Katanya esok akan bermula. Dulu pun katanya begitu.
Lepas tu tangguh dan tangguh.
Tak tahulah bila perbicaraan akan bermula.
Saya bukan apa. Nak sangat saya lihat apa bukti yang Saiful ni ada.

Sebab kalau setakat 'aku tuduh kamu liwat aku' di sebuah bilik hotel di PJ, tanpa bukti, akan cepat hancur kes ini, Anwar dapat bebas dan kerajaan Umno-BN akan tumbang dalam pandangan ramai.
Kan bagus untuk pembangkang?

Jika bukti yang dibawa Saiful lemah dalam pandangan ramai - the court of public opinion - tetapi mahkamah tetap kata Anwar salah dan sumbat dia dalam jail, tentu akan menjadi kemarahan rakyat juga.
Jadi, dengan melewat-lewatkan permulaan ini, ia seperti menunjukkan seperti Anwar takut nak berdepan dengan bukti.
Tentunya pandangan seperti ini seleweng.

Sebab takkan seorang berusia 62 tahun dapat bertenggek dengan budak muda, berusia 23 tahun DULU, kini 26 (pembetulan), yang lebih tinggi darinya tanpa Saiful dapat menolak balik sehingga Anwar jatuh patah pinggang.
Tentunya Saiful tak ada bukti?

Dan Anwar kata nak bawa isteri tercinta Wan Azizah Ismail sebagai alibi.
OK what! Maknanya akan hancur kes ini.

Jadi, tolonglah percepatkan mulanya drama mahkamah ni!
Agar Anwar dapat lepas dan boleh terus kempen untuk jadi PM dalam 2013.
Semakin lama diheret begini semakin membusukkan nama negara.
Malaysia is always attracting the wrong headlines. Saya kata gini, orang Malaysia marah pula.
Jadi Saudara Anwar, kasi cepat start lah brader.
Tak gereklah gini, kata mamat Geylang.

------------------------------------------------------
EARLIER POSTING

He controls international public opinion with a clever meeting with diplomats.
He controls international media opinion that the charges were all trumped up. You can see reports with such tones written by the major news agencies, the minor news websites and even the international magazines.
And Anwar Ibrahim is slick at doing these even as the Najib administration is seemingly hiding in the bunkers, seemingly unable to resolve the Allah issue, answer questions about the economy, uniting people again, etc.
The Chinese and Indians are angry with the government over the handling of the Allah issue.
The Malays are also angry with the government.
And now PM Najib Razak is facing a hurricane known as Sodomy 2.

And yet, the trial has not even started!

As a reporter, I covered the 1998 to 2000 trials involving the former deputy prime minister and finance minister.
I was in court almost daily (depan Dataran Merdeka), including seeing the infamous tilam Dunlop brought into court, watching Sukma Dermawan, driver Azizan, Ummi Hafilda and Anwar himself testifying.
Anwar was charged with abuse of power (basically for telling police personnel to force Ummi Hafilda and friend to retract allegations of sexual improprieties) and for sodomy.
I saw a lot of bullshit by both sides in court and outside. By both sides, yes.
Now the country will go through that spectacle again.

These days, the opposition had already decided that the court system is corrupt and can be manipulated by the government.
Ie anything less that a 'Not Guilty' verdict will mean that the judiciary is corrupt. The government has influenced the judges.

So the next time, if ever, you guys get brought up to court for not paying taxes, or for rape and murder, you should insist the same: We accept only a 'Not Guilty' verdict.
Anything else means the court system is corrupt and the judges have been bought.
Sigh.

I am not so much against Anwar or the opposition (I have said many times that as a reporter, I cannot take sides), as the fact that the court system to them is just another thing to manipulate to their advantage - the country's reputation be damned.
Re-read here my argument over the Perak issue - where the opposition only supports any court decision when it says Nizar betul, Zambry salah.
Anything else means that the court is corrupt.
Kalau macam ni, dia menang selalulah.

Oops, before I forget: The court will very soon decide on the Nizar-Zambry case.
So if Zambry wins 5-0, will the opposition accept the court decision?
I might as well ask if it's going to snow in Malaysia tomorrow.
It won't happen.

Sunday, 31 January 2010

Psst Datuk, nak beli Lamborghini Madura?


Orang marketing ni memang pandai nak menarik perhatian kita agar membeli produk dan melanggan services mereka.
Sebab itu ada kereta bernama Ferrari California, Mitsubishi Pajero (nama sejenis kucing di Argentina) dan Toyota Harrier (nama sejenis burung - sebab tu logo di depan SUV ini ialah burung).
Ada website dinamakan sempena sungai terkenal di Brazil, amazon.com.
Ada sofwe graphics yang sama nama dengan sejenis kopi, java.com (sebab engineer sofwe ini suka minum java coffee - kopi pahit. Walaupun di Tenggara Asia, mungkin kita lihat nama ini sebagai nama pulau Jawa).
Browser pilihan saya namanya pun cantik, firefox.

Saya selalu berharap mungkin satu hari nanti ada supercar dinamakan berasaskan sebuah tempat yang saya kenal.
Misalnya, Ferrari Geylang atau Aston Martin Keramat.
Atau Audi Pekan mungkin. Mitsubishi Woodlands pun OK.

Tapi apakan nasib.
Orang Itali dah pilih pulau Indonesia sebagai concept car baru: Lamborghini Madura - di sini . Glam macam kereta Batman kereta orang Jawa ni - di sini.

Giler punya nama, pada kita.
Kata mat salleh: This name rocks! Nama ini kerasbatu!

Nanti bila dah keluar, nak juga aku tengok berapa ramai jutawan Damansara Heights dan Orchard Road beli Lambo Madura.
Kat Orchard Road, ramai jutawan Indonesia (kebanyakannya bangsa Tionghua) yang mempunyai kondo mewah. Tentu mereka syiok menunggang Madura.

TAMBAHAN: Eh! Ada datuk baru dari kalangan wartawan! Psst, Datuk Rocky, nak beli Madura? Saya nak tunggu Lamborghini Bawean.



Saturday, 30 January 2010

Bitten by the Bollywood bug


I must be mad!
I have watched three Indian movies in the last 48 hours – twice for each movie! - and am now looking to buy more. This can’t be real.
For years and years I studiously avoided all Hindi movies and anything Bollywood.
When I was working in Kuala Lumpur, a fever hit Malaysia in 1998 with Kuch Kuch Hota Hai (Something Happens), starring Shah Rukh Khan and Kajol.
I avoided that one too, although that must’ve been the year when my wife and daughter got struck with the Bollywood virus.

Me? I couldn’t stand those weak plots about a poor guy falling in love with a rich girl (or vie versa), fights between the hero and villain where no one suffer bruises at the end.
And urgh, those songs in the course of the movie - where the heroine would roll on the grass without messing up her dress and tresses, and the hero would wail some song from some waterfall one minute and atop a mountain the next!
How could any moviegoer go through that!
(I knew all these after getting glimpses of past Hindi movies that my parents used to watch. Yes, they are fans too. Sigh).
Give me Aliens, Terminator or even Sleepless in Seattle anytime, I often say.

But things have changed since 1998.
In the last few years, whenever a top Hindi movie played on TV, I would be told by my wife and daughter to not disturb them until Shah Rukh or Aishwarya Rai and friends had finished their last song and dance.

And then last week, the government of India invited a group of Asean journalists to take part in a high-level forum, tour New Delhi, Agra and Mumbai, and arranged interviews with top business players.
I was put aboard Air India for the 5-hour Singapore-Delhi flight.
There was an entertainment screen at every seat, but to my horror, the six channels only played Bollywood movies. Arghh, I said to myself.
Getting bored half an hour into the flight, I listened to my Walkman and read Matthew Reilly’s latest thriller.
I just happened to switch to one channel and a movie was playing. But my eyes kept glancing at the movie which had English subtitles.
There was a sweet actress busy with some love affair with a short fat guy. I learnt later that her name was Deepika Padukone and his name was Saif Ali Khan.
The movie was Love Aaj Kaal (Love These Days) – I learnt this from the movie guide in the airplane much later.
I must admit I have never heard of the duo or the movie.

You see, my Bollywood dictionary didn’t go beyond Shah Rukh Khan (SRK to his zillions of fans), Kajol, Aishwarya Rai, Amitabh Bachchan and Kuch Kuch Hota Hai.
I didn’t even know how Kajol looked like and what Kuch Kuch was about.

Back to my flight - Thanks to the English subtitles, I suddenly stopped listening to my Walkman and reading the book, and started to follow the plot of the movie. It turned out that there were two separate stories in this Love Aaj Kaal movie.
At the end of 1.5 hours, I had become a fan of Deepika and Saif. I was to learn later that they are big names in Bollywood (though I still could not understand why the ugly Saif could be a star. Then again, his physique is like Charles Bronson’s, the anti-hero).
And, wow, Love Aaj Kaal is in fact a hit movie for 2009, with many nominations for top awards.
I watched it twice on the plane (in between dinner and naps)!
Heck, I even like the dance routines.

This is weird, how come Hindi movies suddenly got this pull on me?
During my trip to Mumbai, I bought Love Aaj Kaal and another hit movie, Om Shanti Om, starring SRK and Deepika.
And back in Kuala Lumpur for a short holiday, I bought Slumdog Millionaire, a hit movie that I had avoided because it was, in my mind, another Bollywood movie.

I think these movies caught on with me because I could identify with the angst, simple life and hardships plus this 'kehidupan manusia biasa' portrayed in them.
I guess that unlike those Hollywood movies, I see a bit of old P.Ramlee movies in some of these Hindi ones except Saloma, Aziz Sattar and Sarimah didn't do any high-energy dance number.

-------------------------------------------------------
Indian journalists and officials that I met during that one week trip to India have been listening with bemusement at my own theory on why the country will be bigger than China on the global stage.
It goes like this: America the Superpower has shown the world its prowess in software (Windows, Apple, Google) which is backed by the huge commercial success of Hollywood movies.
In simple terms, America shows how great the country is every time you switched on your computer in the office and TV at home.
At home, America dominates as most Western movies and shows come from the US of A, seen through American lenses.
The media also is dominated by America – CNN, Newsweek, International Herald Tribune, Wall Street Journal. The world is analysed from American perspective of the world, and the world largely accepts this.
And then America also has financial prowess. Before the 2008 global economic crisis, Wall Street banks were much loved from Lehman Brothers to Citibank and Bank of America.
Backing up all these? Benign American military power (though not so benign in the George W. Bush era).

So, I told those who would listen to me, India already has software power – just look at those Indian IT engineers all over the world. From those in Google, HP and those who are everywhere in other big technology companies, including those in Singapore.
Indians just need a hit apps (application software) or a hardware blockbuster to seal its technical greatness in this area. China has Lenovo.
So, okay. China, too, has many great IT engineers but they are not as seen widely in the global market - perhaps because the Indian ones speak English readily and thus are more employable.
And India has another advantage compared to China because it has Bollywood!
China
, too, has its own movie world, sure.
China
’s biggest movie star is Jackie Chan, known widely as being “from Hong Kong” – ie not quite China proper.
Zhang Zi Yi and Jet Li! Yes, but they don’t do dances like those Bollywood stars that somehow captivate audiences, including those in Southeast Asia (think of the Indian diaspora in Singapore, Malaysia, Thailand, and the millions of SRK fans among Malays in Indonesia, Malaysia, Brunei and Singapore).
India
, of course, does not have the financial brand name of the Wall Street banks and investment houses. Neither is India’s military prowess near China’s.

But from here, by careful nurturing or chaotic expansion, India could grow its “soft power” brands – IT engineers and Bollywood - in a crowded global marketplace.
Just like Singapore is known for its “efficiency” and an Asian financial powerhouse to the world.
Then again, maybe all these are the imaginings of someone who had watched too many Hindi movies in such a short span of time…

Enough said. Let me now go out and buy Kuch Kuch Hota Hai, 3 Idiots and Billu Barber. While I wait for Salman Khan’s Veer (Gladiator Mamak - see PICTURE) to play here.
Hahaha, aku merapu lagi!